PeribahasaOrang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.TakrifTiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertitah lalu, sembah berlaku.TakrifJika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTitah lalu, sembah berlaku.TakrifJika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Bertitah lalu, sembah berlaku).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPancing makan umpan.TakrifOrang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSokong membawa rebah.TakrifOrang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: Pagar makan padi [= tanaman]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTongkat membawa rebah.TakrifOrang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPagar makan padi (= tanaman).TakrifOrang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pancing makan umpan, b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIsi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita.TakrifKita yang berusaha, orang lain yang senang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau getah meleleh, kalau daun melayang.TakrifDalam keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang lain akan meninggalkan kita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan menjadi seperti kacang lupakan kulit atau ulat lupakan daun.TakrifJangan kita lupa akan asal keturunan kita atau akan orang yang telah berbudi kepada kita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kita (kata nama) | Bersinonim dengan kami, saya, aku, kawan, eden, ese, beta, cek, teman, hamba;, | | Kata Terbitan : kekitaan, |
|
Puisi |
---|
|
Bulan Ramadan bulan puasa, Awal Syawal beraya kita; Kita baru berkenal biasa, Berdondang sayang bermesra kita.
Lihat selanjutnya... |
|