Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan.

Takrif

Menghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi. berudu = anak katak yang masih sebagai ikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Telinga yang lembut, itulah yang kerap dipulas.

Takrif

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laksana jauk penjauk yang kerap.

Takrif

Terlalu kikir. jauk (sauk) = jaring kecil yang diberi bertangkai untuk menangkap ikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Adat gajah terdorong.

Takrif

Orang yang berkuasa kerap kali menyalahgunakan kekuasaannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga.

Takrif

Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mulut hang lebih daripada gedembai.

Takrif

Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. hang = engkau; gedembai = gergasi, raksasa yang mengubah orang menjadi batu kalau kena tegurannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.

Takrif

Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rindu akan jadi batasnya, maka manis tidak jadi cuka.

Takrif

Pergaulan yang terlalu mesra, kerap kali berakhir dengan dendam kesumat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mulut kamu harimau kamu, mengerkah batu kepala kamu.

Takrif

Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mulut hang lebih daripada gedembai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tangan kanan jangan percaya tangan kiri; luka tangan kanan oleh tangan kiri.

Takrif

Jangan terlalu percaya kepada sahabat, kerap kali sahabat pula yang mencelakakan kita.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
kerap (adjektif)
1. Bersinonim dengan acp kali: berkali-kali, selalu, sering,
Berantonim dengan kadang-kadang

2. Bersinonim dengan rapat: rapi, tidak jarang, ketat,
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : mengerapi, mengerapkan, kekerapan,

Puisi
 

Saya nak berumah di paya,
     Ada lintah kerap buang;
Saya nak berbini janda,
     Ada perintah cepat buang.



Lihat selanjutnya...