Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Adakah skala nombor dan istilah yang digunakan menunjukkan kekerapan yang banyak ke kekerapan yang sikit? contohnya skala 5 - Amat kerap....4 - kerap kali ...3 - Kadang-kadang ...2 - Jarang-jarang ...1 - tidak pernah. Betul ke 'Amat Kerap' merupakan kekerapan yang banyak...'Kerap Kali' merupakan kekerapan yang kurang dari 'Amat Kerap'? terima kasih

1. Ya betul. Skala nombor dan istilah yang digunakan menunjukkan kekerapan yang banyak ke kekerapan yang sedikit.
2. Kekerapan merujuk kepada keadaan, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang, atau keseringan. 
Oleh itu, kenyataan bahawa "Amat Kerap" merujuk kepada kekerapan yang banyak adalah betul, dan kenyataan "Kerap Kali" merujuk kepada kekerapan yang kurang daripada "Amat Kerap" adalah betul.

Lain-lain20.02.2014
Selamat sejahtera. Betulkah ayat berikut: Amaran. Anda kerap berada di kawasan kerap berlaku kemalangan. Pengunjung dinasihatkan tidak mandi-manda di kawasan ini ketika waktu hujan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.Ayat yang betul ialah: Amaran. Kawasan kerap berlaku kemalangan. Pengunjung dinasihatkan tidak mandi-manda ketika hujan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.Tatabahasa27.06.2022
Kerap kali saya mencari konkordans melalui carian online ini, tidak keluar sebarang data pun.Pihak kami akan memaklumkan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk disiasat.  Terima kasih.Lain-lain28.12.2008
Saya pelajar Master Sains di UPM. Saya ingin bertanya tentang istilah skala mengukur kekerapan. adakah istilah ini betul? 5 - Amat Kerap 4 - Kerap Kali 3 - Kadang-Kadang 2 - Jarang-Jarang 1 - Tidak Pernah adakah istilah lain untuk mengukur kekerapan?

1. Istilah yang digunakan adalah betul. Kekerapan merujuk kepada keadaan, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang, atau keseringan.

2. Istilah lain yang boleh digunakan ialah sering, selalu, dan acap kali.

Namun begitu, penggunaan istilah haruslah menepati konsep dan sasaran yang ditetapkan supaya tidak mengelirukan apabila dibuat pentafsiran.

Istilah13.02.2014
Kajian menunjukkan bahawa lebih kerap ahli keluarga makan bersama-sama, maka lebih rendahlah kemungkinan anak-anak terbabit dalam gejala sosial. Adakah istilah kerap dalam ayat ini boleh digantikan dengan selalu? kalau tidak, mengapa? terima kasih!Dalam konteks ayat tersebut, perkataan kerap lebih sesuai untuk digunakan.
Merujuk kepada Kamus Dewan, "kerap" ditakrifkan sebagai: acap kali, berkali-kali, selalu, sering. Manakala "Selalu" ditakrifkan sebagai: sentiasa, selamanya, sepanjang masa. "Selalu" juga ditakrifkan sebagai seluruh, semua, terus dan langsung. Oleh itu, ayat yang dibina, perlulah mengikut konteks.
Lain-lain28.09.2020
Saya sedang menjalankan kajian untuk tesis saya. Terdapat beberapa perkataan yang agak mengelirukan untuk saya gunakan dalam kajian saya seperti 1. kepimpinan atau kepemimpinan, 2. kerap kali atau kerap bagi perkataan 'frequently', Saya dinasihatkan merujuk kepada DBP untuk mendapat kepastian. Oleh itu, bagaimana saya boleh mendapat maklumat tersebut?1.Ejaan yang betul ialah kepimpinan.
2. Dalam data kami, frequently diterjemahkan kepada "kerap". Penggunaan perkataan "kali" juga boleh digunakan bergandingan dengan perkataan "kerap" mengikut kesesuaian konteks ayat.
Tatabahasa07.11.2013
Saya kerap menggunakan Khidmat Nasihat didalam web ini sebagai panduan sendiri. Saya ingin mencadangkan setiap khidmat nasihat diletakan tanda suka (like) sebagai penghargaan kami sebagai pelanggan. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada team tuan sebagai pakar rujuk saya. Terima kasih.Kami mengambil maklum cadangan yang diberikan dan akan menambah baik sistem kami dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, bagi memberikan maklum balas tentang perkhidmatan kami buat masa ini, puan boleh berbuat demikian dengan memberikan Maklum Balas Pelanggan sama ada perkhidmatan kami "Memuaskan" atau "Tidak Memuaskan" pada paparan "Menu Utama". Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan puan.Lain-lain15.03.2024
walaupun kerap ke laut, ayah dan abang berasa----- ketika perahu mereka berolang-oleng dipukul ombak A resah B gerunDalam konteks ayat tersebut, kedua-dua perkataan boleh digunakan.Lain-lain24.06.2015
Kami kerap ke perpustakaan untuk membaca buku-buku. Betul?Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
KPDNKK kerap menangani isu seperti gores dan menang, skim cepat kaya dan sebagainya. Tanpa mendapat pengesahan dari mana-mana pihak terutama dari DBP sendiri sering penggunaan tanda " digunakan. Contohnya "Gores dan Menang" "Skim Cepat Kaya" dan sebagainya. Pohon panduan tuan/puan mengenai penggunaan tanda tersebut samaada sesuai atau pun tidak. Terima kasih.Untuk makluman tanda petik hanya boleh digunakan dalam keadaan yang berikut:
1. Untuk mengapit petikan langsung yang berasal daripada pembicaraan, daripada naskhah atau bahan bertulis lain.    Contoh: "Bila sampai?" Tanya Husin.
2.  Untuk mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipkai dalam ayat.
Contoh: Sajak "Dewi Malam", karya seorang penyair bukan Melayu, telah dideklamasikan pada malam pembacaan puisi.
3. Untuk mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.
Contoh: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini. 
Ejaan01.10.2014
Tesaurus
 
kerap (adjektif)
1. Bersinonim dengan acp kali: berkali-kali, selalu, sering,
Berantonim dengan kadang-kadang

2. Bersinonim dengan rapat: rapi, tidak jarang, ketat,
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : mengerapi, mengerapkan, kekerapan,

Puisi
 

Saya nak berumah di paya,
     Ada lintah kerap buang;
Saya nak berbini janda,
     Ada perintah cepat buang.



Lihat selanjutnya...