SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKembang melur kembang melati, Lalu dibungkus dalam kertas; Di dalam terang lagi menanti, Inikan pula barang yang lepas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga Pak Mail kembang berkuntum, Kembang pula dinihari; Laksana bunga sekuntum, Hilang di mana hendak dicari? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAngin berhenti lautan tenang, Buah berembang dikutip nyonya; Teringin hati memetik kembang, Rupanya kembang sudah berpunya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKembang cendawan di tengah padang, Tempat Cik Siti memacu kuda; Pada bulan baik bintang, Sungguhpun kecil selalu ada. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKembang indah menawan hati, Sayang terkerat di tengah hari; Cinta itu laksana api, Tersalah hemat membakar diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLang putih terbang ke kubur, Kembang bunga waktu pagi; Adik putih bangun tidur, Macam bunga kembang pagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaru kembang bunga seroja, Sudah ada orang mencuri; Besar-besar istana raja, Kecil-kecil pondok sendiri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga tanjung kembang tak jadi, Jatuh berserak di rumpun buluh; Hancur hati kerana budi, Di dalam air badan berpeluh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSiti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBungalah melur kembang setangkai, Taruh mari di lipatan kain; Jikalah benar adik memakai, Janganlah adik ingat yang lain. |
|
Tesaurus |
---|
| kembang (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka, Berantonim dengan kuncup
2. Dalam konteks masakan bersinonim dengan muai, bangkit, naik, Berantonim dengan batat
| Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan, |
|
Puisi |
---|
|
Bunga Pak Mail kembang berkuntum, Kembang pula dinihari; Laksana bunga sekuntum, Hilang di mana hendak dicari?
Lihat selanjutnya... |
|