PeribahasaBunga kembang berbalik kuncup.TakrifSeseorang yang mulanya menurut kehendak kita, tetapi kemudiannya ia ingkar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga kembang menanti layu.TakrifKecantikan dan keelokan seorang perempuan tiada kekal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga tengah kembang di taman, baunya merebak ke mana-mana.TakrifKecantikan seorang gadis yang telah gah ke mana-mana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga raya kembang pagi.TakrifMuka yang merah padam kerana terlalu marah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga layu kembang semula.TakrifOrang tua yang bersolek seperti orang muda.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga yang layu balik kembang.TakrifOrang tua yang bersolek seperti orang muda. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga layu kembang semula).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana bunga kembang, di situ kumbang banyak.TakrifDi mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda. (Bandingkan dengan: Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti bunga raya kembang pagi.TakrifMuka yang merah padam kerana marah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.TakrifPelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman.TakrifBagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kembang (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka, Berantonim dengan kuncup
2. Dalam konteks masakan bersinonim dengan muai, bangkit, naik, Berantonim dengan batat
| Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan, |
|
Puisi |
---|
|
Bunga Pak Mail kembang berkuntum, Kembang pula dinihari; Laksana bunga sekuntum, Hilang di mana hendak dicari?
Lihat selanjutnya... |
|