Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
menjadi kembang | Menurut Kamus Dewan perkataan kembang bermaksud mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; | Lain-lain | 06.08.2007 |
Kata dasar "kembang" menerima imbuhan apitan "memper-...-kan" atau awalan "memper"? Kembang merupakan kata kerja atau kata adjektif? Terima kasih... | Kata terbitan yang betul ialah memperkembangkan, iaitu apitan memper-...-kan bergabung dengan kata kembang. | Tatabahasa | 02.05.2017 |
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis? | Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu. | Lain-lain | 23.06.2008 |
Salam hormat, Bolehkah saya tahu tentang peranan Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik? Terima kasih. | Saudara, Watak Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik adalah watak pembantu yang taat setia kepada wira dan wirawati. Biasanya watak-watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh atau pengiring kepada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati yang menjadi pembantu dalam tindak-takduk watak utama. watak-watak ini boleh ditemukan dalam cerita-cerita hikayat, contohnya Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat Malim Deman. Dalam Hikayat Malim Deman Bujang Selamat adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman. Peranan Bujang Selamat sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana saja Malim Deman pergi, serta menumpukan taat setia kepada tuannya. Manakala Si kembang Cina pula merupakan pengasuh perempuan kepada Malim Deman dan orang suruhan yang biasanya memiliki rupa paras yang memikat, pandai memujuk dan taat kepada tuannya. Sekian, terima kasih. | Sastera | 15.09.2011 |
Assalamualaikum.. Saya ingin mengetahui penjodoh bilangan yang betul bagi bunga kantan, sekuntum atau sebatang bunga kantan? Terima kasih | Salam, Perlu dilihat pada bentuk bunga kantan itu sendiri. Jika bunga kantan tersebut sudah kembang, gunakan sekuntum. Jika belum kembang, gunakan sebatang. Selain itu, perlu diingatkan juga, tidak semua benda perlu diberikan penjodoh bilangan. | Lain-lain | 25.06.2015 |
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi mengisi tempat kosong di bawah? Jantungnya _____________kencang semasa keputusan peperiksaan diumumkan. "Berdenyut" atau "berdegup" atau kedua-dua jawapan boleh digunakan? | Kamus Pelajar Edisi Kedua, BERDEGUP - bergerak turun naik atau kembang kempis; berdenyut Kamus Dewan Edisi Keempat-BERDENYUT--bergerak turun naik atau kembang kempis spt gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dll): Kedua-duanya boleh digunakan bagi jantung. | Tatabahasa | 07.08.2012 |
Saya ingin bertanya, bolehkah kita menggunakan perkataan kembang untuk roti yang dimasukkan ke dalam air atau hanya perlu menggunakan ayat : roti itu telah menjadi lembik apabila dimasukkan ke dalam air teh itu ? | Perkataan yang sesuai ialah lembut. Roti itu menjadi lembut apabila dimasukkan ke dalam air teh. | Tatabahasa | 09.07.2013 |
Soalan 1. Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik B. kuncup C. kembang D. layu Soalan 2. Ibu memberi abang minum air teh yang _____ untuk mengurangkan sakit cirit-birit. A. manis B. tawar C. kelat D. likat Soalan 3. Sila rujuk kepada fail yang disertakan. Perhatian harus diberi kepada tangga rumah ( pintu utama masuk rumah ). | Jawapan 1: B. kuncup Jawapan 2: D. likat Jawapan 3: A. tepi | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Mengapakah masih terdapat kata "memperkembangkan" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat sedangkan penggunaan yang betul ialah memperkembang berdasarkan khidmat nasihat bahasa. | Perlu diingatkan, kamus ialah perakam penggunaan dan makna sesuatu kata. Golongan/kelas kata bagi kata kembang ialah kata adjektif dan kata terbitannya iaitu berkembang merupakan kata kerja tak transitif, manakala memperkembang dan memperkembangkan ialah kata kerja transitif. Selain daripada menuruti hukum/peraturan tatabahasa, kita juga perlu merujuk pemerian makna daripada penerbitan sesuatu kata. Kata memperkembang bermaksud menjadikan sesuatu lebih kembang (rujuk Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan Edisi Ketiga), sedangkan memperkembangkan bermaksud menjadikan sesuatu lebih berkembang (rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). Analisis data korpus yang dilakukan membuktikan bahawa penggunaan kata terbitan memperkembang yang kerap digunakan sebenarnya lebih merujuk makna memperkembangkan, iaitu mendukung makna menjadikan sesuatu lebih berkembang. Sila rujuk kamus terkini, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1036 - 1037). | Makna | 16.12.2023 |
Tuan, perkataan "kembung" dalam ayat berikut harus diganti dengan apa perkataan ? Papan lapis itu kembung kerana terendam di dalam air hujan semalaman terima kasih. | Papan lapis itu kembang kerana terendam di dalam air hujan semalaman. | Tatabahasa | 04.12.2020 |
|
Tesaurus |
---|
| kembang (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka, Berantonim dengan kuncup
2. Dalam konteks masakan bersinonim dengan muai, bangkit, naik, Berantonim dengan batat
| Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan, |
|
Puisi |
---|
|
Bunga Pak Mail kembang berkuntum, Kembang pula dinihari; Laksana bunga sekuntum, Hilang di mana hendak dicari?
Lihat selanjutnya... |
|