Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ANGSA HITAM | Angsa hitam ialah sejenis burung air yang berwarna hitam, kecuali tompok putih di atas kepaknya, sementara paruh dan matanya berwarna merah. | UMUM | |
KELUANG | Keluang ialah sejenis kelawar besar. Ia hidup di kebanyakan kawasan tropika kecuali Amerika Selatan. Ia biasa terdapat terutamanya di kawasan Pasifik Selatan. Kepala dan badannya kira-kira 30 sentimeter panjangnya, dan bukaan sayapnya mungkin melebihi 1.5 meter. Mukanya kelihatan seperti muka rubah. Keluang memakan buah, dan lebih sesuai dikenali sebagai kelawar buah. Ia juga memakan kudup bunga, nektar, dan debunga. Pada waktu siang, ia bergayut pada pokok, biasanya bersama kelawar buah yang lain. Ini menjadikan pokok kelihatan seolah-olah sarat dengan buah. Keluang boleh bergerak jauh untuk mendapatkan makanan. Ia boleh memusnahkan dusun buah-buahan. | UMUM | |
SUCRE | Sucre (pend. 79 941) ialah ibu negara rasmi Bolivia. Namun begitu semua pejabat kerajaan kecuali pejabat Mahkamah Agung, terletak di La Paz yang menjadi ibu negara sebenar. Sucre terletak di selatan tengah Bolivia di Banjaran Cordillera Real (Banjaran Royal) Pergunungan Andes pada ketinggian 2728 meter. Untuk lokasi, lihat Bolivia (peta). | UMUM | |
RESPIRASI | Respirasi ialah proses bagi manusia dan lain-lain benda hidup mendapatkan dan menggunakan oksigen. Kecuali mikroorganisma tertentu, semua benda hidup memerlukan oksigen untuk hidup. Respirasi juga melibatkan penyingkiran karbon dioksida, iaitu gas yang dikeluarkan apabila sel menggunakan oksigen. | UMUM | |
OTOT | Otot ialah tisu yang liat, anjal yang membolehkan bahagian-bahagian badan bergerak. Semua haiwan, kecuali jenis yang paling ringkas mempunyai otot. | UMUM | |
SISTEM PEREDARAN | Sistem peredaran ialah satu rangkaian yang membawa darah ke seluruh badan. Semua haiwan kecuali jenis yang paling ringkas mempunyai sistem peredaran. | UMUM | |
KUNCI WAKTU | Kunci waktu. Kunci kombinasi ini tidak boleh dibuka kecuali pada waktu yang tertentu seperti yang telah dilaraskan bagi kunci tersebut. Terdapat dua jenis kunci waktu. Yang pertama banyak digunakan di dalam bilik kebal bank. Kunci ini dilaraskan pada waktu yang tertentu. Hanya pada waktu tersebut sahaja kombinasi yang didail akan membuka kunci. | UMUM | |
SUKAN PASIFIK SELATAN | Sukan Pasifik Selatan dibuka kepada peserta dari semua negara dan kawasan kepulauan di Pasifik Selatan kecuali Australia dan New Zealand. Kebanyakan atlet dari kepulauan utama di kawasan Pasifik Selatan mengambil bahagian lebih daripada 12 acara sukan di temasya ini. Sukan Pasifik Selatan pertama kali diadakan di Fiji pada tahun 1965. Sukan seterusnya diadakan di New Caledonia pada tahun 1967, Papua New Guinea pada tahun 1969, Polinesia Perancis pada tahun 1971, Guam pada tahun 1975, Fiji pada tahun 1979, Samoa Barat pada tahun 1983, New Caledonia pada tahun 1987, Papua New Guinea pada tahun 1991, Guam pada tahun 1999 dan Fiji pada tahun 2003. | UMUM | |
ANTIJIRIM | Antijirim ialah jirim yang terdiri daripada zarah asas yang bertentangan dengan zarah biasa. Zarah yang bertentangan ini dinamakan antizarah . Sesuatu antizarah betul-betul sama sifatnya dengan zarah biasa kecuali casnya yang bertentangan. Contohnya, elektron ialah zarah biasa yang mempunyai cas elektrik negatif. Antizarahnya, iaitu positron, betul-betul sama dengannya kecuali positron mempunyai cas elektrik positif. Antizarah juga bergabung seperti zarah biasa. Contohnya, antineutron boleh bergabung dengan antiproton dan dengan itu membentuk antideuteron, iaitu nukleus atom antideuterium. | UMUM | |
BUSTARD | Bustard ialah burung buruan yang besar yang hidup di dataran yang kering dan lapang di semua benua kecuali Amerika. Burung ini paling banyak terdapat di Afrika, dan saiznya berbeza-beza daripada sebesar ayam hingga sebesar ayam belanda | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kecuali (kata tugas) | Bersinonim dengan melainkan, selain, lain daripada, hanya, namun, tetapi;, | | Kata Terbitan : berkecuali, mengecuali, mengecualikan, terkecuali, kekecualian, |
|
|