Pantun |
Sumber |
Tema |
Sakit kaki kena lalang, Kena pula di bayang dusun; Sakit hati kata dek orang, Kata pula di dalam pantun. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kata tua kata penyejuk, Penyejuk hati penenang jiwa; Hina bangsa suka merajuk, Merajuk lari membuang nama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Keling meniup api, Api tidak mahu menyala; Kurus kering menahan hati, Hati bukan mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kinabalu bertangga peti, Ambil kumala di mulut naga; Jikalau sudah kata di hati, Tepian hidup terus dicuba. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sapu tangan pelikat hijau, Jatuh ke kaki berela-ela; Luka tangan sebab pisau, Luka hati kerana kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah berangan masak hijau, Masak sebiji di tanah rata; Luka tangan kerana pisau, Luka hati kerana kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tuan boleh hilir ke kuala, Naik rakit tidak berperahu; Tuan kata bergurau senda, Hati sakit tuan tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau cik puan memotong baju, Tambat denak di tengah jerami; Kalau abang kata begitu, Sungguh enak hati kami. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kucing kurus meniup api, Api nan tidak mahu menyala; Biarlah kurus asal tak mati, Hati nan tidak menurut kata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| kata (kata nama) | Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz,
sebut, ujar, syarah, bahas;, | | Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan, |
|
Puisi |
---|
|
Kucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata.
Lihat selanjutnya... |
|