Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Putik pauh lempar jauh, Kayu berduri di tepi kota; Adik jauh abang jauh, Jauh dari pandangan mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pucuk pauh ulam pauh, Pauh tidak diidam lagi; Tuan jauh saya jauh, Jauh tidak terulang lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jauh-jauh kapal datang, Jintan selasih dimasak minyak; Tuan jauh ke mari datang, Terima kasih banyak-banyak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah pauh asam pauh, Mari diambil dari hulu; Tuan jauh saya jauh, Sama-sama menanggung rindu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pucuk pauh rantingnya jatuh, Jatuh terlentang dimakan ulat; Tuanlah jauh saya pun jauh, Burung terbang berkirim surat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pucuk pauh cendera pauh, Pucuk bemban ladung meladung; Abang jauh saya pun jauh, Rindu dendam sama menanggung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pucuk pauh batangnya pauh, Tengah-tengah pokok mengkudu; Tuan jauh adik pun jauh, Sama-sama menahan rindu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Air keruh telaga keruh, Air di kendi membasuh kaki; Tuan jauh saya pun jauh, Sama kita menahan hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pucuk pauh ulam pun pauh, Tidakkah ngilu rasanya gigi? Adik jauh abang pun jauh, Tidakkah rindu rasanya hati?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pucuk pauh asam pun pauh, Makan sama santan kelapa; Adik jauh abang pun jauh, Bagaimana kita hendak berjumpa?
Tesaurus
 
jauh (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak dekat: besar jaraknya, dura,
Berantonim dengan dekat

2. Bersinonim dengan amat sangat: terlampau, sangat, terlalu, sungguh, sekali, paling,

Kata Terbitan : berjauh, menjauhi, menjauhkan,

Puisi
 

Pucuk pauh ulam pauh,
     Pauh tidak diidam lagi;
Tuan jauh saya jauh,
     Jauh tidak terulang lagi.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
7

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana contoh begitulah gubahannya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana contoh begitulah gubahannya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...