SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Jeddah pulang ke Jeddah, Segala harta di bawa balik; Berpantun sudah berdoa pun sudah, Teruna dan dara masuk ke bilik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukanlah mahal harga perabot, Tidak ternilai tinggi harganya; Harta orang jangan direbut, Kalau direbut buruk padahnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna pelita minyak, Sumbu kain berjurai-jurai; Apalah guna harta yang banyak, Kalau teringin maksud tak sampai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAngin bertiup bercampur embun, Ombak memukul dengan taufan; Apa guna harta bertimbun, Sudah mati selesai kapan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMalam ini malam Selasa, Digulai itik sama angsa; Jika tidak cukup periksa, Harta habis badan binasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari redup berjalan di kota, Alamat hujan malam hari; Kalau hidup tak punya harta, Biarlah mati tinggalkan budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa diharap padi Belanda, Tempat semut buat sarang; Apa diharap pada kakanda, Tiada harta bangsa pun kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke hulu menebang seraya, Hilir berakit waktu malam; Apa ada kepada kaya, Banyak harta budi kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBertanam cempedak di luar kota, Tumbuh rendang condong ke desa; Orang nan tidak memandang harta, Tapi memandang budi bahasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan petutu ikan pelata, Ikan puyu di sawah padi; Kalau sudah bertutuk dia punya harta, Tolonglah timbang agar memuaskan hati. |
|
Puisi |
---|
|
Bukanlah mahal harga perabot, Tidak ternilai tinggi harganya; Harta orang jangan direbut, Kalau direbut buruk padahnya.
Lihat selanjutnya... |
|