Kata |
Takrif |
Sumber |
materialistik | (matérialistik) berkaitan dgn kebendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan (mementingkan) kebendaan: bangsa Melayu semakin bersifat ~ sekarang ini, sedangkan sebelum ini, orang Melayu lebih bersifat spiritualistik; kita mesti menolong sesiapa sahaja dgn mengetepikan soal ~ itu sejauh yg mungkin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebendaan | 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebendaan | 1. segala yg berupa benda (barang berharga dll): masyarakat yg gila ~; 2. bersifat (berupa) benda: keperluan ~; memberi sokongan semangat dan ~; 3. bersifat gila akan harta benda: manusia sekarang terlalu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebendaan | 1. apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2. yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. | Kamus Pelajar |
kejasmanian | perihal jasmani, yg berkaitan dgn tubuh badan atau benda, kebendaan: pembentukan aspek kerohanian bukan sahaja akan mengimbangi perkembangan ~ dan kebendaan, tetapi juga akan menyekat keruntuhan akhlak dan moral. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rohani | Ar 1. roh; 2. bkn dgn roh, rohaniah: falsafah kebendaan yg tidak mengakui ketuhanan, ~, dan perkara-perkara yg lain drpd kebendaan; 3. batin, yg berkaitan dgn jiwa, lwn jasmani: apakah sebenarnya yg hendak dikejar, kepuasan ~ atau kepuasan jasmani? kerohanian perihal rohani, sifat-sifat rohani, rohaniah: kebatinan dan ~ juga harus masuk hitungan setiap penilaian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tamadun | 1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban; bertamadun 1. telah mencapai tamadun, berperadaban, beradab: barang-barang itu ialah buatan dr negeri-negeri yg lebih ~ dan lebih maju; 2. mempunyai pemikiran (budaya dan moral) yg halus, berperadaban, beradab: kita mestilah menyelesaikan masalah itu dgn cara yg ~; mentamadunkan menjadikan bertamadun: dlm proses perkembangan sistem penjajahan Barat, Tanah Melayu mula ditamadunkan; ketamadunan perihal tamadun, (segala-gala) yg berkaitan dgn tamadun: malah drama sendiri merupakan sbg cermin kpd ~ dan kebijaksanaan sesuatu bangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sokongan | 1. sesuatu yg dijadikan sokong (tiang dll), tunjangan; 2. perbuatan menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan (wang dll), pertolongan: tidak ada sebuah parti politik yg boleh kekal berkuasa tanpa ~ orang Melayu; ~ moral sokongan yg tidak berupa bantuan kebendaan tetapi yg memberikan perangsang (mengukuhkan semangat dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jasmani | Ar 1. badan, tubuh; 2. bkn badan (tubuh) atau benda (lwn rohani); pendidikan rohani dan ~ pendidikan batin dan badan; kejasmanian perihal jasmani, yg berkaitan dgn tubuh badan atau benda, kebendaan: pembentukan aspek kerohanian bukan sahaja akan mengimbangi perkembangan ~ dan kebendaan, tetapi juga akan menyekat keruntuhan akhlak dan moral. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepentingan kebendaan | keperluan akan harta benda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
material | adj 1. rel to the physical world, kebendaan: fortunately, there was no ~ damage, nasib baik tdk ada kerosakan kebendaan; ~ wealth, kekayaan kebendaan; 2. of os physical needs, fizikal, lahiriah, jasmani: < | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
materialism | n 1. desire for possessions and wealth, sikap mementingkan kebendaan: the growing ~ among the younger generation, sikap mementingkan kebendaan yg menjadi-jadi di kalangan generasi muda; 2. (phil) materialisme, fah | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
materialistic | adj materialistik, mementingkan kebendaan: they have a ~ attitude towards life, mereka mempunyai sikap yg materialistik thdp kehidupan, sikap materialistik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
worldly | 2. rel to success, material posssesions, kebendaan; ~ /goods, possessions/, harta benda: he gave away all his ~ possessions, dia telah mendermakan semua harta bendanya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
materialist | n person who places great importance on material things, materialis, (orang yg) mementingkan kebendaan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
self-evident | ad jelas, nyata: the outcome of over-emphasis on materialism is ~, akibat yg berlaku krn terlalu mementingkan kebendaan memang jelas; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
acquisitive | adj (bersifat) cenderung /memperoleh, menghimpunkan/ harta benda; (of mind) bersifat cenderung /menimba, memperoleh/ ilmu pengetahuan; an ~ /person, society/, /orang, masyarakat/ yg berkeinginan memiliki kebendaan; ~ instinct, naluri ingin milik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
materially | adv 1. essentially, banyak: the two proposals are ~ similar, dua cadangan itu banyak persamaannya; 2. with reference to physical needs, dr segi kebendaan: aboriginal children may have benefited ~ from being pla | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
debase | vt 1. render base, a. (gen), (act.), /menjatuhkan, menurunkan/ nilai; (pass.) nilai [sst] /jatuh, turun/: the old way of life has been ~d by growing materialism, nilai hidup cara lama telah turun disebabkan sikap mementingkan kebendaan yg bertambah; b. (os), /merosakkan, menjatuhkan/ maruah: to ~ os by accepting bribes, merosakkan maruah diri dgn menerima rasuah; c. (style) merendahkan mutu: he ~d his style by including too many details, dia merendahkan mutu gaya penulisannya dgn memasukkan butir-butir yg terlalu banyak; d. (word, language, etc) mencemarkan; 2. (coin) menurunkan nilai; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
way | in /some, many/ ~s, dlm /beberapa, banyak/ segi: she is rather stubborn in some ~s, dia agak degil dlm beberapa segi; in many ~s you are fortunate, dlm banyak segi, kamu beruntung; in the ~ of, berhubung dgn: the children were given everything in the ~ of material things, kanak-kanak itu diberi segala-galanya berhubung dgn hal-hal kebendaan; in the ~ that, drpd cara sso: her disappointment could be seen in the ~ that she hung her head, dr cara dia melentokkan kepalanya, jelas menunjukkan dia kecewa; in the same ~, begitu juga: she has not been fair to others. In the same ~, she cant expect others to be fair to her, dia tdk berlaku adil kpd orang lain. Begitu juga dia tdk boleh mengharapkan orang lain berlaku adil terhadapnya; keep out of sos ~, menjauhkan diri dr sso: as far as possible I try to keep out of her ~, sedapat mungkin, saya mencuba menjauhkan diri darinya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
material world | alam kebendaan | alam kebendaan | alam kebendaan | Pendidikan |
post-materialism | pasca-materialisme | pasca kebendaan | pasca kebendaan | Sains Politik |
non-material culture | budaya non-material | budaya bukan kebendaan | budaya bukan benda/budaya material | Antropologi |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
destruction | pemusnahan | Sejarah | Tiada | Tindakan atau proses memusnahkan objek kebendaan atau bukan kebendaan sehingga pupus seperti yang dilakukan oleh tentera Nazi sewaktu perang dunia kedua. |
material culture | kebudayaan kebendaan (budaya benda) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Artifak yang ditinggalkan oleh manusia yang bersifat kebendaan, dibuat oleh manusia dan dapat disentuh. Kebudayaan ini secara tidak langsung memperlihat perkembangan budaya manusia dan melibatkan unsur kepercayaan, peralatan dan teknologi pembuatan. Peninggalan tersebut dapat dilihat seperti menhir, batu bersurat, monumen senjata dan seramik. |
cultural lag | senjang budaya | Sejarah | Tiada | Perkembangan atau perubahan satu aspek budaya yang agak perlahan biasanya budaya bukan kebendaan agak lambat berkembang berbanding budaya kebendaan atau budaya teknologi. |
corruption | rasuah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Penyalahgunaan kuasa yang dilakukan untuk tujuan kepentingan diri atau mendapatkan keuntungan, sama ada dalam bentuk kebendaan atau perkhidmatan. Tindakan ini termasuklah perbuatan memberikan habuan berbentuk kebendaan atau perkhidmatan kepada penerima dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau kepentingan secara tidak adil. |
materialism | faham kebendaan | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman yang mempercayai bahawa hanya bendalah yang menyebabkan adanya dan terjadinya segala sesuatu dalam dunia ini. |
materialism | faham kebendaan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
materialism | faham kebendaan | Sejarah | Tiada | Tiada |
materially equivalent | kebendaan) | Kesenian | Tiada | Tiada |
material culture | budaya kebendaan | Geografi | Tiada | Tiada |
material culture | budaya kebendaan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kebendaan | [ke.ben.da.an] | کبنداءن |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebendaan |
|
|