PeribahasaHarta pulang ke tuan (= empunya).TakrifSudah pada tempatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarta orang hendak dikebas.TakrifOrang yang mahu mengambil harta orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Harta orang hendak digalas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala.TakrifMenghabiskan harta ibu bapa atau harta majikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDapat tebu rebah.TakrifMendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDapat kijang teruit.TakrifMendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMendapat pisang terkubak.TakrifMendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Rusa dijumpai tiada dikejar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRusa dijumpai tiada dikejar.TakrifMendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKura-kura kakinya tiada basah.TakrifMendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDapat harta karun.TakrifMendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Kura-kura kakinya tiada basah, c. Mendapat pisang terkubak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaba tertinggal, harta lingkap.TakrifLaba tidak diperoleh, modalnya lenyap pula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Bukanlah mahal harga perabot, Tidak ternilai tinggi harganya; Harta orang jangan direbut, Kalau direbut buruk padahnya.
Lihat selanjutnya... |
|