Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Tuan, Ayat yang manakah di bawah betul? 1. Apa bapa cari? ATAU Bapa cari apa? 2. Apa abu ada? ATAU Abu ada apa?

Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah. Penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut:

  1. Bapa cari apa?
  2. Apakah bapa cari?
Tatabahasa26.02.2014
Saya ingin mendapatkan senarai kata-kata Bahasa Melayu yang dipinjam dari Bahasa Inggeris. Contohnya, Social Media dijadikan Media Sosial. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tersebut? Sekian terima kasih.

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Saudara juga boleh mendapatkan hebahan terkini dalam laman sosial kami, iaitu melalui Facebook dan Instagram Dewan Bahasa dan Pustaka.

Istilah11.01.2019
Saya ingin mendapakan maklumat tentang bahasa rasmi, pengantar, komunikasi, ilmu ,kebangsaan

Bahasa Melayu tetap bahasa rasmi | Cari=1&Kata=Armin Azhari Saleh">Armin Azhari Saleh | Pelita Bahasa | 01/08/1999

Dasar dan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan | Cari=1&Kata=Ainon Muhammad">Ainon Muhammad | Dewan Bahasa | 01/02/1985

Bahasa Melayu dan Bahasa Pengantar Sekolah | Cari=1&Kata=Hasan Baseri Budiman">Hasan Baseri Budiman | Pelita Bahasa | Cari=1&Kata=Hasan Baseri Budiman">01/07/2002

Bahasa Malaysia bahasa komunikasi semua kaum | Cari=1&Kata=Wardati Md Sheriff">Wardati Md Sheriff | Pelita Bahasa (Sisipan) | 01/10/1990

Bahasa Melayu bahasa komunikasi luas | Cari=1&Kata=Asiah Idris">Asiah Idris | Pelita Bahasa | 01/12/199

Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu | Cari=1&Kata=Abdul Hamid Mahmood">Abdul Hamid Mahmood | Jurnal Dewan Bahasa | 01/07/1990

Bahasa Melayu Bahasa Ilmu | Cari=1&Kata=Mohd Yusof Othman">Mohd Yusof Othman | Pelita Bahasa | 01/01/2000

Bahasa kebangsaan dalam pendidikan, antara matlamat dan cabaran | Cari=1&Kata=Zakaria Sungib">Zakaria Sungib | Massa | 01/02/1983

Lain-lain17.04.2008
Salam sejahtera, Bolehkah "Find As You Type" diterjemahkan kepada berikut? 1. Cari Semasa Anda Menaip 2. Cari Saat Anda Menaip Penggunaan kata untuk perisian(teknologi maklumat). Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP.Padanan atau terjemahan sangat bergantung pada konteks penggunaan. Tanpa mengambil kira konteks penggunaan, frasa “Find As You Type” secara literalnya boleh sahaja diberikan padanan "cari semasa anda menaip”  atau "jumpa/ketahui semasa anda menaip".  Sila berikan konteks penggunaan frasa “Find As You Type” yang puan maksudkan.Penyemakan dan penterjemahan30.01.2018
saya nak tanya apakah maksud "DIPERAKU" ? saya dah cuba cari dalam 'carian kata' tetapi perkataan yang saya cari itu tidak jumpa... saya harap pihak dbp dapat mambantu saya..sekian terima kasih..

Saudara,

Perkataan 'diperakukan'(pasif) daripada perkataan 'memperakukan'(aktif) bermaksud  memberikan sokongan (utk), menyetujui serta menyokong (atau menganjurkan): dia ~ dua hari cuti; 2. mengemukakan (menyarankan dsb) sbg baik (sesuai dsb): ~ beberapa buah buku utk diterjemahkan; Untuk mendapatkan makna perkataan ini  melalui carian kata saudara perlu menaip perkataan dasarnya, iaitu' aku'. 

Makna07.11.2009
Apakah maksud 'berkeredut'? Saya nak tahu tetapi saya tidak boleh cari makna kata itu.Keredut merupakan bahasa sukuan Melanau Mukah yang membawa maksud renyuk atau kerut.Makna03.01.2016
Salam sejahtera,tuan.Boleh tak saya tahu bahawa boleh tak cari kosa kata kamus dewan online menggunakan telefon bimbit yang biasa?Tuan/Puan perlu ada akses Internet dan layari http://prpm.dbp.gov.myLain-lain04.05.2013
sumbangan za,ba terhadap perkembangan bahasa melayu

Sila rujuk bahan ini :

Za'ba: patriot dan pendeta melayu | Cari=1&Kata=Adnan Haji Nawang">Adnan Haji Nawang | Yayasan Penataran Ilmu | 1994

Perjuangan Za'ba untuk memartabatkan pendidikan Melayu | Cari=1&Kata=Adnan Haji Nawang">Adnan Haji Nawang | Jurnal Pengajian Melayu | 01/01/1996

Za'ba Pendeta bahasa sepanjang zaman | Cari=1&Kata=Awang Sariyan">Awang Sariyan | Pelita Bahasa | 01/07/2000

Za'ba Pendeta Bangsa | Cari=1&Kata=Mahaya Mohd. Yassin">Mahaya Mohd. Yassin | Dewan Sastera | 01/03/2005

Za'ba: pendita ulung dan penyuluh bahasa | Cari=1&Kata=Azizul Azman Othman">Azizul Azman Othman | Mutiara Malaysia | 01/05/1995

Lain-lain07.05.2008
bincangkan salah satu adat resam dan tabu dalam masyarakat melayu dahulu dan kini.

Sila rujuk bahan ini :

Adat resam dan adat istiadat Melayu | Cari=1&Kata=Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed">Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1986

Orang Melayu banyak cipta adat | Cari=1&Kata=Ahmad Idris">Ahmad Idris| Variasari | 01/03/2007

"Daulat" dalam masyarakat Melayu tradisional | Cari=1&Kata=Zalila Sharif">Zalila Sharif | Dewan Budaya | 01/06/1996

Pengaruh bomoh dalam masyarakat Melayu | Cari=1&Kata=Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim">Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim | Pemikir | 01/07/2003

Tabu dalam masyarakat Melayu di Sarawak | Cari=1&Kata=Noor Aina Dani">Noor Aina Dani | Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu | 01/07/2002

Tanda Dalam Masyarakat Melayu | Cari=1&Kata=Mohamad Shahidan">Mohamad Shahidan | Dewan Budaya | 01/01/2002

Lain-lain03.05.2008
Apakah nama buku terbitan DBP yang sesuai untuk Penulis Muda yang tercari-cari bimbingan dan panduan untuk belajar tentang penulisan kreatif ?

Saudara boleh merujuk buku-buku yang berikut:

  1. Proses Penulisan kreatif Cari=1&Kata=Mana Sikana">Mana Sikana EDN Media 2004

Saudari juga boleh merujuk Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan ada menganjurkan bengkel/kursus bimbingan penulisan kreatif.

Untuk maklumat lanjut, saudari boleh menghubungi Puan Akibah binti Abu Hassan, Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan di talian 03-21482550 atau e-mel akibah@dbp.gov.my

Harap maklumat yang diberikan dapat membantu saudari.

 

Lain-lain01.03.2009
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,