Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam satu Malaysia, Adakah "visually impaired users" sesuai diterjemahkan sebagai "pengguna cacat penglihatan"? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "visually impaired users" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "impaired vision" yang padanan bahasa Melayunya ialah penglihatan cacat. Oleh itu, "visually impaired users" boleh diterjemahkan kepada pengguna cacat penglihatan. | Istilah | 03.04.2014 |
Salam sejahtera, Apakah kesalahan pada perkataan (adik-beradik) dalam contoh ayat ini, Setelah kematian bapa kami, tinggallah kami tiga (adik-beradik) dengan ibu kami yang cacat pelihatan. | Berikut ayat yang telah dipinda sedikit kesalahan. Setelah kematian bapa, tinggallah kami tiga adik-beradik bersama-sama ibu yang cacat penglihatan. | Tatabahasa | 04.02.2013 |
maksud sempurna | Makna sempurna ialah tidak ada cacat celanya(kekurangannya; lengkap;baik lagi teratur; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4 halaman 1442. | Makna | 03.09.2007 |
Assalamualaikum Penanda wacana yang tepat bagi ayat berikut: Alif seorang pemuda yang cacat.________, dia tidak pernah mengharapkan belas kasihan daripada orang lain. A. Justeru B. Oleh sebab itu C. Oleh itu D. Sungguhpun demikian | Penggunaan "Sungguhpun demikian" lebih seuai digunakan dalam ayat di atas. | Lain-lain | 15.03.2018 |
Apakah maksud Orang Kelainan Upaya | Perkataan yang sering digunakan ialah Orang Kurang Upaya atau OKU yang bermaksud orang yang cacat, kekurangan atau keadaan kurang sempurna pada tubuh dan pancaindera. | Makna | 12.11.2009 |
kenapa photobomb dipanggil tunafoto dalam bahasa Melayu? ada penjelasan tak? Terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "tuna" ialah "luka, cacat atau rosak". Maka terjemahan bagi photobomb ialah "tunafoto" yang bermaksud gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto. | Makna | 10.06.2022 |
apakah maksud perkataan daif? bolehkah anda bagi contoh ayat yang menggunakan perkataan daif dan laif?? terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan daif bermaksud cacat, hina, dan lemah, contoh ayat: Tidak baik jika kita memandang rendah kepada orang yang daif. | Makna | 01.04.2010 |
Apa terminologi sesuai untuk "Deafblindness"? 1. Buta tuli 2. Kebutatulian 3. Buta pekak 4. Kebutapekakan https://en.wikipedia.org/wiki/Deafblindness | Kami mencadangkan "deafblindness" diterjemahkan sebagai "cacat pendengaran dan penglihatan" atau "masalah pendengaran dan penglihatan". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 08.09.2021 |
1. Apakah perbezaan antara penggunaan ya, benar dan betul. terima kasih | Ya ialah kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku!. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, betul ialah benar, tidak salah. Bersinonim dengan tepat: jitu, persis, tidak salah, sebenar, benar, sahih, sah, boleh dipercayai, cacat">tidak cacat. | Tatabahasa | 06.04.2010 |
Saya nak tahu samada Dewan Bahasa mempunyai sistem 1) TTS (Text to Speech Recognation) -Sistem dimana perkatan di sebut dan didengari apabila siap taip. 2)STT ( Speech to Text recognation)- Apabila menyebut sesuatu perkataan, ianya di taip dan boleh di baca bagi mereka yang cacat pendengaran. Kedua-dua sistem dah ada dalam bahasa lain dan bagaimana dengan Bahasa Kebanggaan kita. Jika ada siapa boleh saya hubungi dan sekiranya tak ada kami sedia membantu. | Maaf tuan, buat masa ini DBP belum menyediakan perkhidmatan tersebut. DBP sekarang ini sedang menambahbaikan sistem penyampaian ke arah sistem penyampaian yang lebih berkesan dan cemerlang. Terima kasih atas cadangan tersebut. | Lain-lain | 01.04.2009 |