Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar.

Takrif

Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga.

Takrif

Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mencencang lauk tengah halat.

Takrif

Menceritakan cacat-cela sendiri kepada orang banyak. halat = perjamuan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah seasam segaramnya.

Takrif

Sudah tidak ada cacat-celanya lagi (pekerjaan atau perbuatan yang sempurna).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tampan sudah, langgam terbawa.

Takrif

Sudah tidak ada cacat celanya; segala-galanya baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kasih tidak bersekutu dengan bijak.

Takrif

Apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat-celanya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menepuk (= mencapak) air di dulang, terpercik muka sendiri juga.

Takrif

Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacat

Puisi
 

Nyiur lamin di Pantai Lamin,
     Jatuh sebutir disambar ribut;
Hitam manis duduk beransin,
     Cacat sedikit rambutnya sejemput.



Lihat selanjutnya...