Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
thermal stressTegasan yang berlaku pada bahan apabila berlaku perubahan suhu. Tegasan ini boleh menghasilkan keretakan atau kecacatan bahan.
tunnelingFenomena yang berlaku apabila zarah dapat menembusi suatu sawar keupayaan yang lebih tinggi daripada tenaga kinetiknya dan tebal sawar adalah dalam skala nanometer. Fenomena ini berlaku dalam sistem mekanik kuantum yang zarah bersifat bak gelombang dan tidak mungkin berlaku dalam sistem mekanik klasik. Fenomena ini digunakan untuk mereka bentuk peranti penerowongan elektron tunggal.
fluorescenceLuminans yang kebanyakannya berlaku pada julat cahaya tampak bagi bahan tertentu tanpa melibatkan tenaga haba. Fenomena ini berlaku apabila sinaran elektromagnet jarak gelombang pendek seperti sinaran ultralembayung diserap oleh molekul dan teruja, seterusnya memancarkan sinaran dengan jarak gelombang yang lebih panjang. Lebihan tenaga serapan diubah kepada haba. Pendarfluor ialah nama yang diberikan sempena nama galian fluorit, yang terdiri daripada kalsium fluorit yang mempamerkan fenomena tersebut.
Arrhenius processProses yang memerlukan tenaga haba tambahan bagi mengatasi sawar tenaga, iaitu tenaga keaktifan sebelum sesuatu tindak balas dapat berlaku. Proses ini memenuhi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea = tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Contohnya, tindak balas ion dalam larutan dan tindak balas yang berlaku dalam organisma hidup.
sputteringProses yang berlaku apabila zarah mikroskopik daripada pepejal dilenting keluar dari permukaannya apabila dihentam dengan zarah bertenaga kuat, plasma atau gas.
autofluorescenceProses pendarfluor yang berlaku dalam bahan asal suatu organisma. Proses ini dapat memberikan gangguan dalam penggunaan mikroskop pendarfluor organisma tersebut yang diberikan tompokan bahan berpendarfluor (seperti antibodi yang berlabel bahan pendarfluor). Gangguan ini dihasilkan apabila kesan autopendarfluor lebih besar daripada isyarat cahaya yang diperlukan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu autopendarfluor sangat berfaedah untuk dijadikan sebagai penanda diagnostik.
Ostwald ripeningFenomena yang berlaku dalam larutan pepejal atau cecair apabila butiran kecil larut dan tumbuh semula dengan saiz yang lebih besar dan stabil. Fenomena ini dapat dikesan dalam proses menghasilkan nanozarah logam yang stabil.
tunneling currentSejenis arus yang berlaku apabila nisbah ketumpatan arus melepasi sawar yang dibahagi dengan ketumpatan arus tuju tersebut yang bernilai bukan 0 (sawar ultranipis dan elektron yang mencukupi), maka elektron tersebut berjaya melepasi sawar. dengan Io = arus tuju, It = arus sawar, E = tenaga dan V = tenaga keupayaan.
Fraunhofer diffractionSejenis pembelauan yang berlaku apabila nombor Fresnel kurang daripada satu. Nombor Fresnel ialah parameter yang menentukan kawasan kesan pembelauan. Perbezaan antara belauan Fraunhofer dan Bragg seperti dalam rajah. Sudut sinar jatuhan Fraunhofer selari dengan kedudukan sampel, manakala belauan Bragg sudut sinar jatuhan tidak selari.
crystal growthProses pencambahan hablur yang berlaku secara semula jadi atau secara proses buatan. Pertumbuhan hablur dapat dilakukan dalam bentuk siri iaitu secara resapan atom bahan penghablur ke atas permukaan hablur, resapan atom ke atas permukaan hablur pada tapak khas atas permukaan, pemasukan atom ke atas hablur pada tapak dan resapan haba daripada proses penghabluran.
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,