Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
YANG MANA BETUL DAN TEPAT: 1. PROSES PENYIAPAN BERJALAN LANCAR 2. PROSES MENYIAPKANNYA BERJALAN LANCARProses persiapan berjalan lancar yang tepat dan betul. Harap maklum.Tatabahasa12.12.2007
berjalan lancar atau berjalan dengan lancar?Berjalan lancar atau berjalan dengan lancar, kedua-duanya betul dan boleh digunakan.Tatabahasa10.03.2010
Siapakah yang bertanggungjawab memastikan capaian internet agar berjalan lancar?Bahagian yang bertanggungjawab memastikan capaian internet agar berjalan lancar ialah Bahagian Sistem Maklumat, DBP.Lain-lain22.06.2009
yang mana lebih tepat - aturcara atau agenda?Agenda bermaksud susunan perkara yg dike­muka­kan utk dibincangkan (dlm mes­yua­rat): mesyuarat berjalan lancar kerana ~ tersusun baik;

Manakala atur cara bermaksud jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan (biasanya dalam sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dll).
Ejaan11.02.2014
Maksud perkataan pemantauanPemantauan berasal daripada kata 'pantau'yang bermakna memantau, melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa memantau  projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. pemantauan perbuatan atau tindakan memantau: Pemantauan  terhadap projek penting itu sentiasa dibuat. pemantau 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan pemantau sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan pemantau degupan jantung. Oleh itu, kata pemantauan bermakna perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau.Makna06.10.2010
bagaimanakah perancangan bahasa melayu moden dijalankan di malaysia...Perancangan bahasa adalah usaha dan tindakan yang dilakukan untuk menentukan sistem komunikasi verbalnya, yakni yang menggunakan bahasa, berjalan lancar dalam segala bidang kehidupan terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi dan tidak kurang pentingnya dalam bidang penyatuan negara. Perancangan bahasa keseluruhannya melibatkan dua tahap, iaitu penentuan dan pembinaan. Ia berkait juga dengan aspek bimbingan. Untuk maklumat yang terperinci, sila rujuk buku Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Melayu oleh Prof. Asmah Haji OmarLain-lain30.09.2006
Bolehkah dirumuskan bahawa perkataan berimbuhan ber yang disusuli dengan keterangan keadaan kata kerja itu digugurkan kata depan dengan? Contohnya, berjalan lancar, berfungsi baik, berlari pantas, berkelakuan baik( di mana dengan telah dugugurkan)

Frasa berkenaan boleh digunakan, hal ini ada diterangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 291 di bawah tajuk Kata Adverba, contoh yang lain berjalan laju dan bertiup kencang.

Tatabahasa16.12.2011
tolong berikan pengertian frasa berikut bagi tujuan gubalan: 1) tidak berada dalam keadaan baik 2) tidak ditentusahkan1. Tidak berada dalam kedaan baik bermaksud keadaan sesuatu objek/orang/projek/kenderaan dan sebagainya, yang tidak begitu sempurna, tidak sihat atau tidak berjalan lancar. 2. Tidak ditentusahakan bermaksud tahap/keadaan/peringkat/perkembangan sesuatu itu yang belum disahkan kedudukannya.Makna13.04.2007
Assalamualaikum...salam sejahtera... Saya nak bertanya...perbezaan ejaan saidina dengan saiyidina...contoh...saidina ali. Soalan 2 Maksud mengawal selia... Maksud mengawasi.... Terima kasih.Alaikumussalam.
Ejaan yang tepat ialah "sayidina"

Mengawal selia berasal daripada perkataan kawal selia yang bermaksud: tindakan atau usaha mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, tugas dsb supaya dpt berjalan lancar selaras dgn peraturan, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan. mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia: Pihak Kementerian sentiasa ~ aktiviti syarikat-syarikat yg terbabit. pengawalseliaan perihal atau proses mengawal selia: ~ mutu pengeluaran memang diwajibkan. pengawal selia pihak, badan atau orang yg menjalankan kawal selia: Latihan itu adalah utk semua ~ kewangan.

Mengawasi pula bermaksud: memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. mem­berikan perhatian serta mengawal (supaya ter­atur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelak­sanaan sesuatu projek; ~ perjalanan me­syuarat;
Ejaan11.11.2014
Adakah perkataan lancar digunakan dengan betul? 1. Aktiviti itu berjalan dengan lancar. 2. Dia boleh bercakap dengan lancar. 3. Perjalanan ke kampung itu lancar. 4. Kereta itu bergerak dengan lancar.Kamus Dewan Edisi Keempat, mentakrifkan perkataan lancar sebagai terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih. Oleh itu,  berdasarkan keterangan tersebut, contoh ayat 1-4 yang saudara kemukakan itu betul. Tatabahasa11.03.2010
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,