Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Ensiklopedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Kamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
buruk lakutidak baik kelakuan;Kamus Dewan Edisi Keempat
patut I1. baik atau elok (perangai, perbuatan, dll), senonoh: jangan kamu ingin akan yg tiada ~, dan jangan kamu bersalahan dua bersaudara; orang ~-~ orang baik-baik; 2. layak, sesuai (utk melakukan sesuatu dll):guru hendaklah tahu bila ia ~ bercakap dan bila ia ~ diam; aku periksa erti-erti perkataan itu dan bagaimana ~ dipakai; 3. tidak berlebihan atau berkurangan, padan, sesuai: harga barang itu sudah ~; 4. sl sepadan (dgn), sesuai benar (dgn), setuju: maka menjadi ~lah Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan spt saudara sejalan tadi; 5. berpadanan, seimbang, setimbal: belum ~ dosanya Hang Tuah ini dibunuh; kalau begitu ~ benar kaya-kaya orang Lampung itu; 6. tidak boleh tidak, mesti, wajib: ukuran dada ~ bertambah kira-kira tujuh setengah sentimeter apabila dikembangkan; 7. perlu, penting: ~ juga diberitahu di sini bahawa ...; 8. sudah seharusnya, selayaknya: jika orang bergelar itu ~ bergajah, dibawakan gajah; tetapi Menteri Muda bukan orang yg ~ dilupakan; 9. sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya, dialah yg menjadi raja kerana dia yg tuanya; 10. tidak dihairankan, padan benar: ~lah beria-ia benar dia memandang ke mari tadi; 11. Kl boleh jadi, mungkin; sepatutnya 1. semestinya, selayaknya, sepantasnya: kasihan, ~ engkau duduk bersenang-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; 2. sudah selayaknya, sudah tentunya, sebenarnya: polis ialah pegawai keamanan yg ~ menjadi tempat orang mencari perlindungan; 3. = dgn ~ dgn selayak­nya, dgn baik-baik, tidak dipermudah-mudah atau dipermain-mainkan: ia akan menghukum orang yg didapati bersalah dgn ~; berpatut-patut ada had atau batasnya yg patut, berpada-pada; berpatutan 1. tidak lebih dan tidak kurang, padan benar (dgn), sesuai: kita sendiri juga sedang memerlukan pertahanan yg ~ utk mempertahankan diri kita; 2. setimbal, se­cocok, sepadan: jikalau negara mesti mengambil harta itu utk kebajikan umum harga yg ~ haruslah diberi; 3. tidak keterlaluan, sederhana, sedang: bagi melaksanakan percubaan ini kita mesti mengeluarkan udara terlebih dahulu dr satu bikar yg ~ besarnya; 4. sl baik (kelakuan, perangai, dll), elok, se­nonoh: maka adat itu meluluskan yg boleh sahaya menegurkan kelakuan raja-raja yg tiada ~; 5. sl kena, cocok, sesuai: jikalau barang satu perkataan itu dipakaikan ~ dgn tempatnya, nescaya sedaplah bunyinya; 6. perlu, cukup: mereka memikirkan bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu itu ialah suatu pertubuhan yg terlalu jauh utk diberi perhatian yg ~ dlm rancangan pelajaran kebangsaan; mematut 1. mengatur atau mengenakan sesuatu supaya elok, memperbaik, memper­elok: ia berdiri di hadapan cermin besar sambil ~ ikatan sampingnya; 2. = mematut-matut; ~ diri menghias diri supaya kelihatan tampan, bersolek, berdandan: bujang itu mundur selangkah ke belakang, demi dilihatnya Rijnhaard mematut-matut dirinya; mematut-matut 1. Mn melihat (menye­lidiki, memandang, dll) utk mengetahui buruk baiknya; 2. mengira-ngira (utk mengetahui berapa banyaknya dll), mengagak-agak, menimbang-nimbangkan: dia lantas ~ dan menduga-duga keadaan masa depannya; kalau saya bersuamikan Kamal nanti, demikian dia ~, dapatlah saya menolong meringankan penderitaan mereka nanti; mematutkan 1. mengatur (menyusun dll) supaya elok, membaikkan lagi, mengelokkan; 2. sl menganggap patut (padan, sesuai): maka Tengku Mansor pun hendak menjadi Raja, kerana banyak orang tua-tua ~ dia, kerana ia pangkat tua; 3. = mematut-matutkan; ~ diri mencantikkan diri (supaya kelihatan sajak, segak, tampan) dgn bersolek, berdandan, dsb: di hadapan cermin muka, ia ~ diri; 4. menjadikan patut (padan, sesuai, dll): kepatutan 1. = patutan pendapat (baik buruk dll); pertimbangan; 2. perihal patut, kelayakan, kesesuaian, kecocokan.Kamus Dewan Edisi Keempat
berjurus1. berbudi bahasa, ber­kelakuan baik; 2. bersungguh-sungguh.Kamus Dewan Edisi Keempat
surat jaminansurat utk menjamin sesuatu (kelakuan baik orang dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
jurus IIIKl; berjurus 1. berbudi bahasa, ber­kelakuan baik; 2. bersungguh-sungguh.Kamus Dewan Edisi Keempat
buruk1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik: Zaini sedang terbaring di tilam ~, pusaka ayahnya; kalau seorang perempuan ~ datang ke rumahnya mengemis, haram mereka mahu menolong; 2. tidak baik, jahat: perangai yg ~; pendedahan yg menyingkap tujuan ~ mereka; 3. tidak menyenangkan, merosot: ekonomi yg semakin ~; ~ ambil salah terima, menganggap kurang baik; ~ hati jahat (hati); ~ laku tidak baik kelakuan; ~ makan lahap, rakus; ~ mulut kasar mulut; ~ perut a) banyak makan; b) mudah kena sakit; ~ pok Kl, Tr buruk sekali; ~ sangka salah sangka (terima); ~ siku a) sudah memberi sesuatu kpd orang tetapi mengambilnya balik; b) tidak menyebut-nyebut kebaikan atau berian orang; ~ muka, cermin dibelah prb kesalahan dibuat sendiri tetapi dilemparkan kpd orang lain; ~ perahu ~ pangkalan prb tidak mahu melihat rumah bekas isteri (bekas tempat bekerja); ~ tak tahu akan hinanya prb tidak insaf akan kekurangan diri sendiri; ~-~ (bak) embacang prb pengetahuan (akal) bukan hanya terdapat pd orang yg elok rupa sahaja; biar ~ kain dipakai, asal pandai mengambil hati prb pakaian yg elok mudah dibeli tetapi berlainan halnya dgn budi bahasa yg halus; tiada ~ yg tiada elok prb orang yg berselisih itu akan berbaik juga; tiada elok yg tak ~ prb orang yg berbaik-baik itu akan berselisih juga; berburuk, berburuk-buruk bermusuhan, berselisihan; memburuk menjadi buruk (busuk dll): sekarang dia terpisah drpd golongannya, ~ dan tidak diperlukan lagi, kotor dan dibuang;memburukkan 1. menjadikan buruk (busuk dll): hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu; 2. = memburuk-burukkan mengata-ngata, mencela, mencaci, mencerca: lekas sekali tuduhan datang ~ Ida; mereka telah menggunakan isu-isu yg berunsur negatif dgn tujuan memburuk-burukkan kepimpinan dan kerajaan;keburukan 1. kekurangan, kelemahan, kepincangan: berikan ~ dan kebaikan tinggal di bandar; 2. hal yg tidak baik (tentang orang atau sesuatu): ~ orang yg telah meninggal, terkubur dgn jasadnya; bercerita tentang ~ keluarga sendiri; pemburukan perihal memburukkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpatutan1. tidak lebih dan tidak kurang, padan benar (dgn), sesuai: kita sendiri juga sedang memerlukan pertahanan yg ~ utk mempertahankan diri kita; 2. setimbal, se­cocok, sepadan: jikalau negara mesti mengambil harta itu utk kebajikan umum harga yg ~ haruslah diberi; 3. tidak keterlaluan, sederhana, sedang: bagi melaksanakan percubaan ini kita mesti mengeluarkan udara terlebih dahulu dr satu bikar yg ~ besarnya; 4. sl baik (kelakuan, perangai, dll), elok, senonoh: maka adat itu meluluskan yg boleh sahaya menegurkan kelakuan raja-raja yg tiada ~; 5. sl kena, cocok, sesuai: jikalau barang satu perkataan itu dipakaikan ~ dgn tempatnya, nescaya sedaplah bunyinya; 6. perlu, cukup: mereka memikirkan bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu itu ialah suatu pertubuhan yg terlalu jauh utk diberi perhatian yg ~ dlm rancangan pelajaran kebangsaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
jahatburuk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll); orang ~ orang yg berkelakuan tidak baik; buat baik berpada-pada, buat ~ jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, pekerjaan yg bu­ruk hendaklah dihindarkan; sejahat-jahat bagaimana (betapa) jahat se­kalipun: ~ harimau itu tidak akan sanggup me­makan anaknya sendiri; berjahat melakukan perbuatan jahat: Ali dikatakan pernah ~ dgn Tipah; berjahatkan sl memfitnah, memburukkan: maka Laksamana berdatang sembah ~ Ben­dahara; menjahati melakukan perbuatan jahat ter­hadap: kita dilarang ~ orang yg lemah; menjahatkan 1. menyebabkan jahat; 2. mem­fitnah, memburukkan; kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat; penjahat orang yg berbuat jahat (spt pencuri, penyamun, dll); ~ perang a) orang yg menye­babkan (me­nim­bulkan) peperangan; b) askar-askar musuh yg menganiaya tawanan atau penduduk negeri yg diduduki.Kamus Dewan Edisi Keempat
membaikkan1. membuat jadi baik, memulihkan; 2. menganggap lebih baik: dia ~ kelakuan anaknya; 3. mendatangkan kebaikan (faedah dll) kpd; serta sepucuk surat diberi, ~ maksud paduka seri utk membawa faedah bagi maksud paduka seri;Kamus Dewan Edisi Keempat
adat tertibkelakuan yg baik dlm pergaulan, kesopanan: perbuatan yg kita lakukan demikian adalah melanggar ~ negara timur iniKamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,