Kata |
Takrif |
Sumber |
benda | 1 sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2 barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3 segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
benda | 1. sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2. barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3. segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1. apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2. yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. | Kamus Pelajar |
pantang | 1. = pantangan sesuatu yg dilarang melakukannya (menurut adat atau kepercayaan), larangan: bagi ibu-ibu yg sihat tiadalah apa-apa ~ atau larangan yg dikenakan tentang apa-apa makanan; ~ di hutan (di laut) sesuatu yg tidak boleh disebut atau dibuat sewaktu di hutan (di laut); 2. = pantangan makanan (minuman) yg ditegah (terlarang) utk sesuatu penyakit dll: penyakit gatal ini ~nya ialah udang; daging lembu ialah ~ bagi orang yg beragama Hindu; 3. keadaan tidak boleh melakukan atau memakan sesuatu (bkn perempuan sewaktu 44 hari selepas bersalin dll): keadaan Minah selama dlm ~, tidur baring di atas penyalai; memang laki-laki ~ surut; dlm ~ dlm keadaan tidak boleh berbuat sesuatu yg terlarang selama 44 hari (bkn perempuan yg baru bersalin), dlm hari; makan ~ makan dgn tidak boleh memakan makanan tertentu; 4. tidak mahu (suka): Lahuma tersangat ~ padinya dikacau musuh; dia kepala batu, ~ menyerah; 5. tidak dapat (boleh): orang sini ~ tengok orang yg belum berkahwin; musuh ~ dicari musuh tidak boleh (jangan) dicari; 6. = kepantangan sesuatu yg tidak disukai (dibenci, dikutuki); ~ gelanggang perbuatan yg dilarang melakukannya sewaktu menyabung ayam; ~ larang = ~ pemali bermacam-macam pantang atau larangan; ~ kutu dicukur, ~ manusia dihina prb berhati-hati bercakap supaya jangan sampai menghina orang yg dilawan bercakap; ~ lang dgn ayam lambat-laun disambar juga prb a) lelaki kalau berdekatan (bergaul) dgn perempuan akhirnya jadi tidak baik jua; b) pencuri tidak boleh melihat harta orang, lambat-laun dicurinya jua; ~ mati sebelum ajal prb tidak akan mati sebelum waktunya; ~ si tegang dibawa mengetul prb orang keras kepala tiada dapat mendengar kata (nasihat) orang; berpantang 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg berpantang-pantang; memantang 1. sengaja tidak mahu memakan dll sesuatu; ~ kopi tidak mahu meminum kopi; 2. menolak, menampek; tiada ~ lawan tiada menolak lawan; memantangkan menjadikan pantang, melarang memakan (melakukan dll) sesuatu: makanan-makanan ini tidak dipantangkan kpd semua orang; tiada ~ barang sesuatu pekerjaan apa-apa pekerjaan pun dikerjakan; pantangan pantang, larangan, makanan (minuman) yg terlarang; kepantangan pantang, yg tidak disukai: bergambar bertiga itu ~ orang tua-tua; bagai memegang buah ~ beruk, ditelan mati emak diluahkan mati bapa prb serba salah; pejatian awak ~ orang prb berbeza (bertentangan) pendapat dgn orang ramai; perpantangan bkn pantang: barang ~; pemantangan perihal atau perbuatan memantang atau memantangkan: kehamilan yg kerap dan ~ makanan yg berulang kali tidak memberi peluang kpd ibu yg bersalin utk kembali pulih kpd keadaan kesihatan yg asal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serba | 1. semua(nya), segala(-galanya), seluruhnya: ia berpakaian ~ hijau; 2. dlm apa juga hal, apa (bagaimana) jua pun; keadaan-nya yg ~ lemah keadaannya lemah dlm segala hal; pd masa ~ maju ini pd masa maju dlm segala hal; 3. = ~-serbi bermacam-macam (hal, perkara, dll), berbagai-bagai: dilihat oleh Tun Mamat ~ bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan ada dlm taman itu; 4. sl (segala jenis) alat perkakas; ~ kapal alat perkakas kapal; ~ rumah perabot rumah; ~ aneka (jenis) pelbagai aneka, bermacam jenis; ~ dua a) bagi tiap-tiap jenis dua (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); b) Id dualisme; ~ guna berbagai-bagai gunanya: dewan ~ guna; periuk ~ guna; ~ sama (Mat) sama betul bentuk dan besarnya (dua benda atau lebih); ~ satu bagi tiap-tiap jenis satu (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); ~ sedikit hanya sedikit drpd tiap-tiap jenis; ~-serbi segala macam, segala-galanya; ~ zat Id materialisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pun | 1. juga, dan demikian juga: memang saya ~ berpendapat demikian; perkara rompakan ~ berkurangan waktu akhir-akhir ini; esok ~ boleh saya ambilkan; itu ~ dia datang; permintaannya itu sudah ~ diterima; 2. biar, kendati, meski, walau: susah ~ dikerjakannya juga; hendak tidak ~ makan jugalah saya; 3. bahkan, malahan, sedangkan... (apa lagi...): duduk ~ penat apa lagi berjalan; jangankan menegur memandang ~ tidak hendak; 4. apa saja, bagaimana saja, apa-apa jua: apa ~ dikerjakannya (juga); siapa ~ boleh menjadi ahli persatuan ini; 5. ~ ...lah utk menyatakan bahawa perbuatan mulai berlaku (terjadi): maka rotan itu ~ tumbuhlah; 6. utk menguatkan serta menegaskan pokok ayat: setelah selesai bersiram baginda ~ berangkat masuk ke dlm istana; 7. = sekali ~ sekali juga; kalau ya ~ biarlah aku bersalin dulu; tidak bayar ~ tidak apa; apalah yg Ida berikan kpd abang tu; tidak sejemput ~ tidak sedikit jua pun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pun | 1 juga: Saya ~ hendak pergi sama. 2 saja; jua: Apa ~ sanggup dilakukannya. Sesiapa ~ boleh menjadi ahli syarikat itu. 3 sedangkan ; bahkan : Hendak berdiri ~ belum dpt, apatah lagi hendak berlari. 4 walau; meski: Barang itu mahal ~ dibelinya juga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mudah I | 1. tidak susah atau sukar, gampang, senang: sajak baru, bukanlah satu hasil seni yg ~ difahami; dgn takdir Allah Taala, Manjung pun alah dgn ~nya; 2. cepat atau lekas sekali (menjadi dll): ada setengah-se-tengah orang yg ~ menganggap bahawa pengarang itu seorang manusia yg luar biasa; kalau angin kencang, mungkin api yg meliuk-liuk lemah itu padam dgn ~nya; 3. bp senang diperdaya (perempuan), tidak kuat imannya; ~ jua pd yg ada, sukar jua pd yg tidak prb orang kaya dapat memenuhi adat apa pun jua sedangkan orang miskin segalanya susah; bermudah-mudah menganggap senang sahaja sesuatu pekerjaan, mengerjakan dgn tidak bersungguh-sungguh; memudahkan 1. menjadikan mudah (utk dikerjakan dll), menyenangkan: utk ~ men-dapat makan, mereka telah menyewakan rumah mereka; 2. memandang atau menganggap tidak penting (mustahak, berharga, dll), menganggap enteng: maksud senang di sini bukanlah bererti yg mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan zakat; memudah-mudahkan menganggap atau memandang ringan; mempermudah menjadikan lebih mudah: tujuan logaritma ialah hendak ~ kerja kiramengira biasa; mudah-mudahan; bukan ~ bukan perkara (hal dll) yg mudah; kemudahan 1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan (senangnya atau mudahnya sesuatu); 2. kesenangan, keselesaan: pihak yg tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu utk ~ rakyat; 3. sesuatu yg memudahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan dsb): pelbagai ~ disediakan utk projek ini; ~ awam perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dsb; pemudahan perihal (perbuatan dsb) memudahkan; pemudah (orang) yg suka kpd perkara yg senang-senang sahaja; ~ cara orang (pihak) yg memudahkan sesuatu tindakan atau proses (spt pemindahan ilmu): sektor awam akan bertindak sbg ~ cara kpd perkembangan sektor swasta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pun | 1 juga: Saya ~ hendak pergi sama. 2 saja; jua: Apa ~ sanggup dilakukannya. Sesiapa ~ boleh menjadi ahli syarikat itu. 3 sedangkan ; bahkan : Hendak berdiri ~ belum dpt, apatah lagi hendak berlari. 4 walau; meski: Barang itu mahal ~ dibelinya juga. | Kamus Pelajar |
layar | 1. kain penampung angin (utk menjalankan perahu, kapal): setelah itu sauh dibongkar, ~ pun ditarik, belayarlah geliung panjang itu; kapal ~ kapal yg menggunakan layar; 2. tirai, penutup jendela, dll, langsir; 3. = ~ perak (putih) kain tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit dll): bintang-bintang lawak di ~ perak cuma berada di bibir mulut peminat-peminat filem selagi mereka berlakon; 4. = kain ~ sj kain tebal (utk dibuat layar); ~ agung layar yg terbesar (pd kapal); ~ apit layar pendua (bagi layar agung); ~ batang layar yg dipasang pd kayu yg menghubungkan tiang dgn hujung layar itu; ~ bubutan (temberang) layar dekat layar agung (utk membelok); ~ bulu ayam layar pengimbang (pd tali penyokong tiang); ~ cucur layar segi tiga (yg dipasang pd tiang yg terdepan), jib; ~ dastur (pinggir) layar kecil sbg pembantu layar yg besar; ~ gap (gusi) layar yg dipasang pd canggah yg dilekatkan di bahagian atas tiang kapal; ~ padau layar yg dipasang ketika angin ribut; ~ pengapuh layar yg dipasang di atas layar terbawah; ~ penyorong (baksi) layar yg dipasang pd tiang belakang jib; ~ pucuk jala (tanjak, tanjung) layar besar di belakang jib; ~ sabang layar yg dipasang pd tiang perahu kecil di belakang; ~ terbang (top) layar segi empat yg dipasang melandai pd tiang; ~ topang layar yg terbesar pd tiang depan; ~ menimpa tiang prb seseorang yg diharapkan menjadi pembelot; berlayar menggunakan layar (perahu, kapal): perahunya lilin ~ kertas; belayar 1. berjalan atau bergerak (bkn kapal atau perahu): kapal itu sedang ~ menuju ke pelabuhan Kelang; 2. pergi (berpergian) dgn kapal atau perahu: mereka akan ~ ke India dgn menaiki kapal penumpang; ~ dulu ki meninggal dunia; ~ ke pulau kapuk tidur; ~ atas angin prb berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain; ~ bernakhoda, berjalan dgn yg tua prb segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yg lebih berpengalaman; ~ sambil memapan, merapat sambil ~ prb sekali melakukan kerja, dua tiga maksud tercapai; berbuat di alang tahun, ~ di luar musim prb mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak pd waktunya tentu tidak mendapat hasil; melayari belayar di (laut, sungai) dgn kapal atau perahu, mengharungi: tiga hari sudah mereka ~ laut lepas dgn tiada diganggu oleh apa-apa jua; ~ Internet mencari dan mendapatkan maklumat, data dsb dlm Internet; melayarkan membuat supaya belayar (kapal, perahu), menjalankan (kapal, perahu), membawa belayar: kapal itu dilayarkan kembali ke pangkalannya; pelayaran perihal belayar, perjalanan kapal dsb: pejabat ~; sekolah ~; selama dlm ~ itu, ia tidur atau duduk sahaja; orang ~ orang yg kerjanya belayar, pelayar; berpelayaran ark telah biasa atau selalu belayar; pelayar 1. orang yg kerjanya belayar; 2. (Komp) sj program komputer yg digunakan utk melayari Internet: laman Web ini hanya boleh dibuka dgn menggunakan ~ Netscape Navigator sahaja; 3. (Komp) orang yg melayari Internet: ~ boleh mendapatkan maklumat dr laman Web; kepelayaran hal, sifat dsb yg berkaitan dgn pelayar: semuanya bermula drpd sifat kepahlawanan dan ~ orang Melayu pd waktu itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengeluarkan | 1. membawa atau menyebabkan keluar dr sebelah dlm sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dll) ke sebelah luarnya: ~ alat perkakas dr dlm bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu; dia ~ kotak rokok dr dlm saku baju; ~ sedikit darah dr tubuh pesakit; ~ air mata menangis; 2. menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yg tertanam atau terbenam: dicungkil-cungkilnya dgn hujung pisau utk ~ duri itu dr ibu jarinya; doktor akan berusaha utk ~ peluru itu dr dadanya; 3. menyingkirkan, memisahkan (dr kumpulan dll): Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dr PBB; dia mesti dikeluarkan dr kampung ini; 4. memecat (ahli, pegawai, dll), memberhentikan dr jawatan (kedudukan dll): pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang; 5. mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dll): ~ arahan dan peraturan baru kpd kakitangan kerajaan; kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu; 6. melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dll), mengucapkan (kata-kata): ia pun menaruh dendam dlm hatinya, tiada dikeluarkannya pd seorang jua pun; ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yg menambahkan kerisauan hati anaknya; 7. membelanjakan: mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk pelajaran anak-anak mereka; 8. mengadakan, menyediakan (wang dll); ~ modal mengadakan modal; 9. menerbitkan (buku, majalah, dll): Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran utk sekolah-sekolah; 10. menghasilkan (galian, barang-barang mentah, dll): Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; ladang pun belum pula ~ apa-apa yg boleh dijadikan wang; 11. Id mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
anyhow | adv 1. in any case, (walau) bagaimanapun: youre too late ~, walau bagaimanapun saudara sudah terlambat; 2. in any manner, way, dgn cara apa /jua, pun/; 3. haphazardly, secara tdk teratur: she put back the books ~ , dia meletakkan semula buku-buku itu secara tdk teratur. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kamus Parsi.indb هچ )chahār( راهچ )chahārdah( هدراهچ )Chahārshanbe( هبنشراهچ )chahārṣad( دصراهچ )chahārom( مراهچ )che rangī?( ؟ىگنر هچ )chehre, ṣūrat( تروص ،هرهچ berapa? cakar kuku garpu kayu tiang bendera penyangkut baju seperti, contoh apa? empat empat belas Rabu empat ratus keempat apa warnanya? muka how many? claw fork wood flagstaff hanger like what? four fourteen Wednesday four hundred fourth what colour? face تروص ،هرهچ ؟ات دنچ Kamus Parsi.indb 51 5/18
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 4:01:21 PM Cetakan Pertama 2011 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan
|
Kamus Thai 2.indb ก 1 ก็ [k] ว juga, pun: ถ ้ าคุณไป ผมก ็ จะไป Kalau kamu pergi, saya akan pergi juga. หรือ Kalau kamu pergi, saya pun akan pergi. ก็ดี [-di:] ว pun baik juga: คุณอธิบาย เสียหน ่ อยก็ดี Anda terangkan sedikit pun baik juga. ก็ได ้ [-dai] ว pun boleh: น ั ่งเก ้ าอี้ ต
|
Kamus Thai 2.indb งท ี ่ 1 พ.ศ. 2551 © สภาภาษาและหน ั งสือ (DBP) 2551 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan |
Kamus Thai 2.indb นอกเหนือ [-na] ว lebih daripada: เขาทำงานนั้นนอกเหนือจากที่ ได ้ สั่งไว ้ Dia membuat kerja itu lebih daripada yang diarahkan. นอง [n:] ก berlinang: หลังจากฝนตก น ้ ำก็นองบนถนน Selepas hujan, air pun berlinang di jalan. นองเลือด [-lat] ว tumpah darah: เหตุการณ ์ นองเลือดนั ้ นเกิดขึ ้ นในวันที่ สามของ การประท ้ วง Peristiwa tumpah darah itu berlaku pada hari ketiga tunjuk perasaan 1 บายศรี [ba:ysi :] น sirih junjung บ ่ าย [ba:y] น 1 petang ก 2 tergelincir: เขาออกจากบ ้ านเมื่ อตะวันบ ่ าย Ketika ma- tahari tergelincir, dia pun keluar dari rumah. บ ่ ายเบี ่ ยง [ba:ybia] ก berdalih: ลูกของฉัน ชอบบ ่ ายเบี่ ยงเมื่ อใช ้ ให ้ ไปตลาด Anak saya suka berdalih apabila disuruh ke pasar
|
|
Tesaurus |
---|
| pun (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,
2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,
3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,
4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,
|
|
|