Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ZAMAN PERTENGAHAN | Zaman Pertengahan ialah tempoh antara zaman purba dan zaman moden di barat Eropah. Sebelum Zaman Pertengahan, barat Eropah merupakan sebahagian daripada Empayar Rom. Selepas Zaman Pertengahan, barat Eropah termasuk Empayar Rom Holy, kerajaan England dan Perancis dan sebilangan negeri kecil. | UMUM | |
ZAMAN MESOLITIK | ZAMAN MESOLITIK, istilah yang merujuk kepada tahap kebudayaan yang wujud di Eropah yang bermula sekitar 10 000 tahun S.M. Zaman Mesolitik dikenal juga sebagai Zaman Batu Pertengahan yang menggambarkan perubahan teknologi dan cara hidup zaman prasejarah di Eropah. Zaman tersebut diperkenalkan selepas C.J. Thomsen, ahli arkeologi Denmark, memperkenalkan Sistem Tiga Zaman iaitu Zaman Batu, Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Bermula pada tahun 1892, Mesolitik meluas digunakan untuk mentafsir zaman peralihan kebudayaan di antara kebudayaan Paleolitik dan kebudayaan Neolitik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
THOMSEN, CHRISTIAN JURGENSEN | Thomsen, Christian Jurgensen (17881865) ialah ahli arkeologi Denmark. Dia ialah orang pertama sekali membuktikan bahawa sejarah manusia sebelum bermulanya rekod bertulis, boleh dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu Zaman Batu, Zaman Gangsa, dan Zaman Besi. Minat Thomsen untuk memberikan pemahaman kepada orang ramai tentang perkara ini mendorongnya mengelolakan muzium etnografi pertama dunia di Copenhagen pada tahun 1846. | UMUM | |
ZAMAN PLEISTOSEN | Zaman Pleistosen ialah tempoh zaman geologi dalam sejarah bumi. Ramai ahli sains bumi percaya zaman ini bermula lebih kurang dua juta tahun yang lalu dan berakhir lebih kurang 10 000 tahun lepas. | UMUM | |
PERIODIASASI BAHASA MELAYU | PERIODIASASI BAHASA MELAYU, tahap perkembangan bahasa Melayu. Periodisasi bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada lima zaman iaitu: . Zaman bahasa Melayu purba . Zaman bahasa Melayu kuno . Zaman bahasa Melayu klasik . Zaman bahasa Melayu moden
| BAHASA | Konsep |
ZAMAN LOGAM | ZAMAN LOGAM, zaman selepas Zaman Neolitik, dan merupakan pengenalan kepada teknologi baharu dalam penghasilan alat berasaskan sumber logam. Zaman tersebut dikatakan sebagai perubahan kebudayaan yang wujud di Asia Tenggara, di mana masyarakat prasejarah wujud di Asia Tenggara, di mana masyarakat prasejarah mampu memanfaatkan sumber logam untuk dijadikan alat. Sebab utama kemunculan zaman ini ialah daya usaha masyarakat itu sendiri, hasil daripada pengalaman industri tembikar di mana mereka mempunyai kebolehan meningkatkan suhu pembakaran dan membuat bekas tembikar yang digunakan dalam industri logam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ZAMAN KEMELESETAN | Suatu era kemelesetan ekonomi dunia yang teruk yang berlaku sekitar tahun 1929 hingga 1939. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
ZAMAN USIA KAPUR | Zaman Usia Kapur ialah tempoh dalam skala masa geologi sejarah bumi. Ahli sains percaya bahawa Zaman Usia Kapur bermula 138 juta tahun dahulu. | UMUM | |
ZAMAN | Zaman ialah istilah yang digunakan untuk sebarang peringkat kehidupan seseorang, seperti masa kanak-kanak, belia, dewasa, dan zaman tua. | UMUM | |
ZAMAN YAMATO | Zaman Yamato ialah satu masa dalam sejarah Jepun lebih kurang dari tahun 200 M. hingga tahun 646 M. Pada zaman ini, maharaja Jepun memerintah dari kawasan Yamato; iaitu kawasan di sekeliling bandar Nara kini. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Kota ini kota di tanah, Mati kijang ditanduk rusa; Zaman ini zaman fitnah, Mati muda tiada berdosa.
Lihat selanjutnya... |
|