Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KELUMPUHAN | Kelumpuhan ialah kehilangan upaya untuk bergerak. Ia mungkin bersifat separa atau menyeluruh dan sementara atau kekal. Keadaan ini boleh melibatkan otot di mana-mana bahagian tubuh. Dalam banyak kes, kelumpuhan juga disertai kehilangan deria di bahagian tubuh yang terlibat. | UMUM | |
KELLER, HELEN ADAMS | Keller, Helen Adams (18801968) ialah penulis Amerika dan aktivis bagi golongan kurang upaya. Dia menjadi contoh terbaik bagi seseorang yang berjaya dalam usaha mengatasi kecacatan fizikal. Dia lahir di Tuscumbia, Alabama. Semasa berumur dua tahun, sejenis penyakit yang serius telah merosakkan penglihatan dan pendengarannya. Oleh itu, dia tidak boleh bercakap dan terus terasing dari dunia luar. Namun begitu, dia bangkit daripada kekurangan itu hingga menjadi terkenal pada peringkat antarabangsa dalam usahanya membantu golongan kurang upaya menikmati hidup yang lebih bermakna. | UMUM | |
SUKAN PARALIMPIK | Merupakan sukan terbesar yang melibatkan penyertaan atlet kurang upaya dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Ia diadakan di tempat dan tahun yang sama berlangsungnya Sukan Olimpik. Sukan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1948 oleh Sir Ludwig Guttman dan ia dikenali sebagai Stroke Mandeville Games. Sukan ini pada awalnya dinamai demikian kerana ia disertai oleh veteran Perang Dunia Kedua yang mengalami kecederaan pada tulang belakang. Badan antarabangsa yang mengawal selia sukan ini ialah International Paralympic Committee (IPC). Di Malaysia ia dipertanggungjawabkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (Malaysian Paraliympic Council ) | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
PARU-PARU HITAM | Paru-paru hitam ialah penyakit paru-paru yang menghilangkan upaya, yang kerap dihidapi oleh pelombong arang. Penyakit ini, juga dikenali sebagai pneumokoniosis pelombong arang, disebabkan pelombong menyedut habuk arang pada jangka masa yang lama. | UMUM | |
EUTANASIA | Eutanasia ialah amalan menamatkan riwayat seseorang yang mempunyai penyakit yang tidak dapat disembuhkan, menyakitkan dan sengsara tanpa berasa sakit atau hilang upaya. | UMUM | |
SUKAN OLIMPIK KHAS | Sukan Olimpik Khas ialah program sepanjang tahun peringkat antarabangsa untuk latihan dan pertandingan olahraga bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya. Sukan ini mengandungi acara sukan seperti yang diadakan dalam Sukan Olimpik. Lebih daripada 150 negara mengambil bahagian dalam temasya Sukan Olimpik Khas ini. | UMUM | |
NABI SYUIB A.S. | Nabi Syuib a.s. ialah salah seorang daripada kalangan nabi yang diutuskan oleh Allah SWT kepada penduduk Madyan. Baginda telah berusaha sedaya upaya menyeru mereka mengesakan Allah SWT, menasihati mereka agar meninggalkan penipuan dan helah jahat dan mendorong mereka agar berlaku adil dan saksama serta berkelakuan baik. | UMUM | |
MACE | Mace ialah gas cecair pemedih mata, yang boleh disemburkan daripada bekas yang bertekanan. Gas ini menyebabkan mata berasa panas dan banyak mengeluarkan air mata. Mace boleh menyebabkan hilang upaya tetapi tidak berpanjangan. Istilah Mace dan Chemical Mace ialah tanda perniagaan yang digunakan oleh Smith & Wesson Chemical Company, Inc., Amerika Syarikat, tetapi syarikat- syarikat lain ada juga yang mengeluarkan cecair kimia yang sama tetapi jenis gas yang boleh dikawal dengan tangan. | UMUM | |
KEBAJIKAN MASYARAKAT | Kebajikan masyarakat ialah program kemasyarakatan yang membantu orang ramai mencapai satu tahap keselesaan ekonomi yang bersesuaian. Keselamatan sosial, juga dikenali sebagai insurans sosial, menyediakan bantuan kewangan untuk menggantikan pendapatan yang hilang akibat persaraan, pengangguran, hilang upaya atau kematian. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| upaya (kata nama) | Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;, | | Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan, |
|
Puisi |
---|
|
Pohon betik pohon petola, Dipanggil jua pohon papaya; Adik cantik abang gila, Adik tak mahu apa upaya.
Lihat selanjutnya... |
|