Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
OISTRAKH, DAVID | Oistrakh, David (19081974), pemain biola Ukraine yang terkenal. Dia terkenal kerana tekniknya yang sungguh hebat dan tonnya yang lantang. Penggubah Rusia yang terkenal seperti Sergei Prokofiev dan Dimitri Shostakovich mencipta muzik kamar dan konsert biola untuknya. Oistrakh juga merupakan pemimpin yang terkenal dan guru biola yang cemerlang. Salah seorang anak muridnya ialah anak lelakinya, Igor, yang menjadi pemain biola yang terkenal di seluruh dunia. | UMUM | |
NILSSON, BIRGIT | Nilsson, Birgit (1918 ), penyanyi soprano Sweden yang terkenal. Dia terkenal kerana suaranya yang bertenaga dan jelas. Pengkritik menganggap Nilsson sebagai salah seorang penyanyi terbaik yang berperanan sebagai watak utama dalam opera Richard Wagner. Persembahannya sebagai pelakon wanita utama dalam opera Wagner, Isolde dan Brünnhilde menjadi ukuran pada masa itu. | UMUM | |
SCHREINER, OLIVE | Schreiner, Olive (18551920) ialah salah seorang penulis Afrika Selatan yang terkenal. Dia terkenal sebagai perintis yang mengakui dan melayani watak wanita yang sepatutnya ada dalam memanfaatkan landskap Afrika dalam fiksyennya. Oliver Schreiner ialah penulis pertama zaman penjajah yang diterima memasuki dunia kesusasteraan London. | UMUM | |
ZWEIG, STEFAN | Zweig, Stefan (18811942), penulis cerita, biografi, sajak, dan novel psikologi Austria yang terkenal. Ceritanya yang paling terkenal termasuk Amok (1922), Conflicts (1927), dan Beware of Pity (1939). Antara biografi terbaiknya ialah Romain Rolland (1921), Marie Antoinette (1932), dan Erasmus of Rotterdam (1934). Zweig lahir di Vienna. Pihak Nazi memaksa Zweig meninggalkan Austria kerana dia berketurunan Yahudi, dan dari tahun 1934 hingga tahun 1940 dia tinggal di London. Dia dan isterinya membunuh diri di Brazil kerana berasa sedih dengan hal-ehwal dunia. | UMUM | |
SENNECTT, MACK | Sennectt, Mack (18841960) ialah perintis dan penerbit filem yang terkenal kerana komedi bisu slapstiknya. Ramai bintang komedi bisunya yang terkenal muncul dalam filem-filem Keystone Filemnya yang ganas dan kasar itu telah mencabar kewibawaan sosial. Keystone Kops, terbitannya yang terkenal telah menambahkan kekacauan di sebalik menguatkuasakan peraturan. Sennett memilih watak lucu seperti Rosco Arbuckle yang gedempol untuk menggambarkan gadis jelita yang jatuh cinta kepada penyangak. Watak ini dan watak-watak lain sering terlibat dalam adegan kejar-mengejar yang berakhir dengan pertarungan, suatu bentuk adegan yang terkenal dalam banyak filem terbitannya. | UMUM | |
KELLER, GOTTFRIED | Keller, Gottfried (18191890) ialah penulis Swizerland yang paling terkenal yang menulis di Jerman sebelum tahun 1900-an. Dia terkenal dengan watak jenakanya dan sikap yang mengambil berat tentang etika baik rakyat. Keller menulis beberapa prosa yang pendek dikenali sebagai novella. Novellanya yang paling terkenal terbit dalam 2 siri, The People of Seldwyla (1856, 1874). Novella ini termasuk cerita jenaka Clothes Make the Man dan kisah tragik Romeo dan Juliet in the Village. Siri-siri lain yang penting termasuk Seven Legends (1872), iaitu versi moden yang lucu dari kisah-kisah agama yang terkenal, kisah sejarah Zurich Novellas (1878), The Epigram (1882) yang merupakan satu koleksi kisah cinta yang sedih; dan kisah kehidupan daerah Swiss, Martin Salander (1886). Keller lahir di Zurich. | UMUM | |
SARIMAH | Sarimah (1942 ) ialah pelakon filem Melayu yang terkenal. Selain pelakon, Sarimah juga terkenal sebagai penerbit dan pengarah filem Melayu. Nama sebenarnya ialah Sarimah binti Ahmad. | UMUM | |
SINATRA, FRANK | Sinatra, Frank (19151998) adalah antara penyanyi paling terkenal dalam sejarah muzik popular. Dia digelar The Voice, dan terkenal dengan nyanyian balada dan penghayatan lagu-lagu ritma. Bermula pada tahun 1941, dia muncul dalam lebih 50 buah filem. Dia memenangi Academy Award sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik melalui lakonannya dalam filem From Here to Eternity. | UMUM | |
PICKFORD, MARY | y (18931979) ialah bintang bagi filem-filem bisu. Pickford terkenal sebagai Buah hati Amerika kerana kepopularannya. Dia terkenal sebagai watak heroin muda yang berani dan suci. Pickford muncul pertama kali di layar perak pada tahun 1909 dan muncul dalam 194 buah filem. Antara filemnya yang paling popular ialah The Poor Little Rich Girl (1917) dan Rebecca of Sunnybrook Farm (1917). Dia memenangi anugerah pelakon wanita terbaik Academy Award tahun 19281929 melalui lakonannya dalam Coquette . Dia juga menerima Anugerah Khas Academy Award pada tahun 1976 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan seumur hidupnya dalam dunia filem. | UMUM | |
ROTHSCHILD | Rothschild ialah nama keluarga Jerman yang menubuhkan firma perbankan yang terkenal pada akhir tahun 1700-an. Keluarga tersebut membuka beberapa buah bank di beberapa buah negara Eropah pada tahun 1800-an, dan syarikat itu terkenal dengan nama House of Rothschild. Keluarga tersebut juga terkenal dalam bidang industri, politik, kedermawanan, dan sains. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kenal (kata kerja) | Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;, | | Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal, |
|
|