Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SEGI EMPAT TEPAT | Segi empat tepat ialah rajah bersisi empat satah yang mempunyai empat sudut tepat. Misalnya, papan hitam ialah segi empat tepat. Segi empat tepat ialah segi empat selari yang bersudut tepat. Kedua-dua sisinya yang bertentangan adalah selari dan sama. Jika keempat-empat sisinya sama, maka segi empat itu ialah segi empat sama. | UMUM | |
KRONOMETER | Kronometer ialah alat yang menjaga masa dengan amat tepat. Pembuat jam menciptanya untuk kegunaan pada kapal kerana pemandu arah memerlukan jam yang tepat untuk menentukan kedudukan mereka di laut. Ahli astronomi dan ahli sains lain yang memerlukan pengiraan masa yang tepat juga menggunakan kronometer. | UMUM | |
SOLSTIS | Solstis ialah satu daripada dua ketika yang berlaku setiap tahun apabila matahari berada pada kedudukan paling utara atau paling selatan. Matahari muncul tepat di atas kepala di garisan lintang yang berubah-ubah sepanjang tahun disebabkan oleh kecondongan paksi putaran bumi. Paksi itu condong pada sudut 2327 dari satah orbit bumi yang mengelilingi matahari. Solstis musim panas berlaku apabila matahari tiba di titik paling utara, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Sartan (garisan lintang 2327 utara). Sewaktu solstis musim sejuk pula, matahari muncul pada kedudukan yang paling selatan, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Jadi (garis lintang 2327 selatan). | UMUM | |
OAKLEY, ANNIE | Oakley, Annie (18601926) ialah penembak tepat Amerika yang terkenal (pakar menggunakan senapang) yang membintangi pertunjukan Buffalo Bills Wild West selama lebih 16 tahun. Dia dibantu oleh suaminya, Frank Butler, dan lakonannya termasuk menembak duit syiling yang dipegang oleh suaminya atau menembak rokok di mulut suaminya. Oakley juga boleh menembak kad yang dilontarkan ke udara dari sejauh 25 meter. | UMUM | |
MASA TUA | Masa tua tidak dapat didefinisikan dengan tepat kerana maknanya tidak sama dalam semua masyarakat. | UMUM | |
MESIN TRENGKAS | Mesin trengkas digunakan untuk merakamkan percakapan dengan cepat dan tepat. Mesin ini mempunyai 21 kekunci huruf. Seberapa banyak huruf boleh ditekan pada satu-satu masa. Operator mengeluarkan nombor dengan menekan palang angka dan kekunci yang mempunyai nombor yang dikehendaki. Palang angka sepadan dengan kekunci syif mesin taip. | UMUM | |
SNIPERSKOP | Sniperskop ialah peranti elektronik yang dapat digunakan untuk membidik raifal dengan tepat pada waktu malam. Ahli sains Amerika mencipta sniperskop ketika Perang Dunia II (19391945) untuk membolehkan pasukan tentera berjuang dengan lebih berkesan pada waktu malam. Sniperskop telah diganti dengan starlight skop yang dicipta pada tahun 1963 dan digunakan buat pertama kalinya ketika Perang Vietnam. Angkatan tentera dan polis bukan sahaja menggunakan starlight skop untuk menembak pada waktu malam, malah semasa meronda di tempat yang gelap. Askar-askar menggunakan peranti ini pada senjata yang lebih besar seperti meriam dan pelancar misil serta juga senapang. | UMUM | |
ZENIT | Zenit, dalam ilmu astronomi, ialah titik di langit yang terletak tepat di atas seseorang yang berdiri di permukaan bumi. Zenit terletak pada sfera samawi, tetapi kedudukannya berbanding dengan kedudukan bintang bergantung pada kedudukan geografi orang itu. | UMUM | |
OMBUDSMAN | Ombudsman merujuk pegawai awam di United Kingdom dan New Zealand atau lebih tepat dikenali sebagai pesuruhjaya parlimen bagi pentadbiran. | UMUM | |
MINGGU | Minggu ialah pembahagian masa yang mengandungi tujuh hari. Tidak diketahui dengan tepat bagaimana pembahagian masa ini bermula, tetapi orang ibrani purba adalah antara orang pertama yang menggunakannya. Menurut buku Genesis dalam Bible, dunia ini dijadikan dalam masa enam hari dan pada hari ketujuh, atau hari Sabbath, ialah hari untuk berehat dan beribadah. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tepat (adjektif) | Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;, | | Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan, |
|
Peribahasa |
---|
| 74 If the cap fits, wear it Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya.” Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur! ” tempelak pengeluar filem itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|