Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MORFOLOGI | Morfologi ialah satu cabang sains yang berkaitan dengan struktur haiwan, tumbuh-tumbuhan dan jirim bukan hidup. Morfologi biasanya melibatkan kajian tentang benda hidup. Ia termasuk bidang seperti sitologi, iaitu kajian tentang struktur sel; histologi, kajian tentang struktur tisu; dan anatomi, kajian tentang struktur keseluruhan organisma. Dalam geologi, morfologi ialah kajian tentang bentuk luar batuan. | UMUM | |
STRUVE, OTTO | Struve, Otto (18971963) ialah ahli astranomi Amerika yang banyak menyumbangkan kajian tentang bintang. Dia terkenal terutamanya kerana penyiasatannya tentang spektrum bintang. Struve banyak membuat kajian tentang bintang dedua spektroskopik, iaitu pasangan bintang yang hanya dapat dikenal dengan menganalisis spektrum cahayanya. Struve menentukan saiz dan jisim bintang-bintang itu dengan mengkaji perubahan berkitar garis spektrumnya daripada gelombang biru kepada gelombang merah dan kemudiannya berbalik kepada gelombang biru. Lihat Bintang (Bintang dedua). | UMUM | |
LI SIGUANG | Li Siguang (18891971), ahli geologi China. Dia memberi sumbangan penting kepada sains palaeontologi (kajian tentang fosil), glasiologi (kajian tentang glasier), dan seismologi (kajian tentang gempa bumi). Li Siguang mengasaskan disiplin ilmu baharu iaitu mekanik geologi. Disiplin ini ialah cabang ilmu geologi, yang membincangkan aspek tegasan dan terikan. Teorinya tentang geomekanik memainkan peranan penting dalam penemuan beberapa telaga minyak yang besar di China. Karya utamanya termasuk Quartenary Glaciation in the Lushan Area , Central China (1947), dan Introduction to Geomechanics (1962). | UMUM | |
SITOLOGI | Sitologi ialah kajian tentang struktur dalaman dan organisasi sel. Kajian mikroskop struktur sel dapat memberi penjelasan tentang proses pembahagian sel, dan menjadi asas kepada kajian genetik (lihat Genetik). Kajian ini juga menunjukkan bahawa setiap struktur mempunyai fungsi tersendiri, dan setiap aktiviti sel berkaitan dengan perubahan pada kandungan kimia yang membentuk sel tersebut. Sitokimia ialah kajian tentang aktiviti bahan kimia di dalam sel. Lihat juga Sel. | UMUM | |
MILLAY, EDNA ST. VINCENT | Millay, Edna St. Vincent (18921950) ialah penyair Amerika. Kebanyakan puisinya bertema romantik. Dia menulis tentang cinta dan kematian, tentang diri dan alam sejagat, dan tentang perasaan anak muda yang memberontak. Dalam menghasilkan puisi ini, dia menggabungkan sikap sentimental dengan jenaka pintar dan kecanggihan. | UMUM | |
DE SITTER, WILLEM | De Sitter, Willem (18721934) ialah ahli astronomi Belanda yang terkenal. Daripada kajiannya tentang satelit Musytari dan pengiraannya tentang unsur dan jisim Musytari dia menyumbang kepada kefahaman teoretikal tentang satelit. | UMUM | |
TERMODINAMIK | Termodinamik ialah kajian tentang pelbagai bentuk tenaga, seperti haba dan kerja, dan tentang penukaran tenaga daripada satu bentuk kepada satu bentuk lain. Jurutera, ahli kimia, dan ahli fizik menggunakan prinsip termodinamik untuk memahami kejadian dalam alam semula jadi dan dalam aktiviti seperti mereka bentuk mesin dan mengira kehilangan atau pertambahan tenaga dalam tindak balas kimia. | UMUM | |
ZOOLOGI | Zoologi ialah kajian tentang haiwan. Ahli zoologi cuba menjawab banyak pertanyaan tentang haiwan. Misalnya, mereka membuat penyelidikan untuk menentukan bagaimana haiwan melakukan kegiatan dalam kehidupannya. Ahli zoologi juga mengkaji bagaimana spesies yang berlainan berkaitan dengan satu sama lain dan bagaimana spesies berevolusi (berubah dalam tempoh yang lama). | UMUM | |
METALOGRAFI | Metalografi ialah kajian tentang struktur dalaman logam dan aloi. Istilah ini juga boleh digunakan dalam kajian tentang seramik dan komposit, iaitu gabungan logam dengan serat bukan logam. Ahli metalografi menentukan bagaimana bahan akan bertindak balas dalam keadaan tertentu, seperti dalam keadaan panas atau sejuk melampau. Industri bergantung pada metalografi untuk menghasilkan, menguji dan memperbaiki keluaran seperti misil dan kapal angkasa. Ahli metalografi mengkaji sampel bahan menggunakan sinar-x dan mikroskop. Mikroskop elektron yang berkuasa tinggi membantu mereka mencipta bahan baru. | UMUM | |
SCULLARD, HOWARD HAYES | Scullard, Howard Hayes ( 19031983) ialah pakar Inggeris tentang sejarah Rom purba. Karya Scullard sebahagian besarnya tertumpu pada penulisan tentang Republik Rom, tetapi salah sebuah bukunya yang terbaik, From the Gracchi to Nero (1959), merupakan fakta dan analisis yang bijak tentang peralihan pemerintah daripada Republik kepada Empayar. Karya Scullard yang lain termasuklah A History of the Roman World from 753 to 146 B.C. (1935), A History of the Roman World from 146 to 30 B.C. (1953), Rome and the Etruscan Cities (1967) , The Elephant in the Greek and Roman World (1974), dan Roman Britain: Outpost of Empire (1979). Howard Scullard pernah menjadi editor bersama The Oxford Classical Dictionary. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tentang (kata tugas) | Bersinonim dengan mengenai, berkenaan, berhubung dengan, berkaitan dengan, bersangkutan dengan, darihal, terhadap, untuk;, | | Kata Terbitan : bersetentang, bersetentangan, bertentangan, bertentangan, menentang, menentangkan, mempertentangkan, tertentang, tentangan, pertentangan, penentangan, penentang, |
|
Puisi |
---|
|
Buaya putih buaya keramat, Mari tentang lubuk batu; Abang putih melawa sangat, Saya tidak memberi malu.
Lihat selanjutnya... |
|