Kata |
Takrif |
Sumber |
kayu I | 1. = pohon ~ = pokok ~ pohon yg hidup atau tumbuh (digunakan juga) utk menyatakan nama atau jenis pohon spt ~ ara, ~ kembang, dll; batang ~ batang pohon; dahan ~ dahan pohon; daun ~ daun pohon; 2. bahagian batang (dahan dsb) yg keras yg banyak gunanya (boleh dijadikan tiang, alat perkakas, dll): bahan api ialah benda-benda yg dibakar utk mendatangkan panas spt ~, arang batu, minyak tanah, dll; perabot yg dibuat drpd ~ jati; 3. yg dibuat drpd kayu (batang atau dahan pokok): kerusi ~; rumah ~; ~ akhir (Bio) bahagian kayu dlm gelang pertumbuhan (pd spesies pokok yg tumbuh di kawasan yg mengalami perubahan musim) yg mempunyai sel yg lebih kecil, lebih tumpat, lebih kuat, dan terbentuk terkemudian drpd bahagian kayu awal; ~ antara (Bio) lapisan pd sebelah dlm gubal kayu yg mempunyai ciri peralihan antara ciri gubal kayu dan ciri teras kayu (dr segi warna dan sifat umum); ~ api = ~ bakar kayu yg digunakan sbg bahan api; ~ arang sj kayu yg keras dan hitam warnanya; ~ awal (Bio) bahagian kayu dlm gelang pertumbuhan (pd spesies pokok yg tumbuh di kawasan yg mengalami perubahan musim) yg mempunyai sel yg lebih besar, kurang tumpat dan terbentuk pd awal musim pertumbuhan; ~ balak a) batang kayu yg telah dipotong; b) Id batang kayu yg telah ditarah; ~ bangunan kayu yg baik utk dibuat rumah dsb; ~ belantan sj gada (pemukul) drpd kayu; ~ besi sj kayu yg keras dan berat (berwarna hitam); ~ bongkok ki orang yg hina lagi miskin (selalu dipandang rendah); ~ cagak kaki penyangga (meriam dll) drpd kayu; ~ gabus kayu yg lembut dan ringan; ~ gergaji (Hut) kayu yg dihasilkan drpd pembelahan dan pemprosesan kayu balak, dan mempunyai beberapa ukuran dan bentuk tertentu, mis papan dan beroti; ~ hutan kayu drpd pokokpokok di hutan; ~ jaras kayu balak yg bergaris pusat kecil (kurang drpd 150 mm) dan boleh digunakan sebagai tiang rumah, tiang elektrik, atau jambatan; ~ keras (Hut) tumbuhan Angiospermae kumpulan dikotiledon (mis cengal, jelutung, dll); ~ kumai (Hut) kayu panjang yg dipotong dengan menggunakan mesin kumai, dan permukaannya dibentuk menjadi pelbagai rupa bentuk utk tujuan hiasan; ~ lapis kayu keping yg nipis dan berlapis-lapis (digunakan oleh tukang kayu); ~ lembut (Hut) tumbuhan Gymnospermae yg menghasilkan kayu (mis pain, damar minyak, sempilor, podo, dll); ~ lempung a) kayu yg ringan; b) Kl orang yg berbadan besar tetapi tidak kuat; ~ malam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Ebenaceae, buey, kayu arang, kumoi, meribut kumoi bukit, Diospyros spp.; ~ manis kulit drpd sj pokok yg manismanis pedas rasanya (digunakan dlm masakan); ~ masam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphorbiaceae, bagil, galang-galang penatan (Sabah), Aporusa spp.; ~ muda (Bio) bahagian kayu yg cepat tumbuh yg terbentuk di keliling empulur pokok; ~ palang a) pengancing pintu drpd kayu; b) salib; ~ pembaris (rul, skil) kayu dll yg bersenggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus); ~ putih tumbuhan yg menghasilkan sj minyak utk dibuat ubat, Meloleuca leucadendron; ~ satar Id kayu pembaris; ~ ukur a) kayu utk mengukur panjang dll sesuatu; b) ki ukuran atau standard yg digunakan utk membuat perbandingan atau penilaian: ~ ukur utk mengetahui yg mana baik dan yg mana tidak baik; ~ besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan prb pemimpin yg menjadi tempat rakyat mengadu nasibnya; ~ bongkok kura-kura pun boleh memanjat prb kalau orang itu sudah bersalah ada sahaja yg menambah-nambah kesalahannya; ~ dikatakan batu, langit hendak dicapai dgn tangan prb orang yg tidak sempurna akal fikirannya; ~ yg banyak akarnya tak takutkan ribut = ~ yg berakar tunjang tak endahkan ribut = jikalau sepohon ~ banyak akarnya lagi teguh, apa-kah ditakutkan ribut prb orang yg banyak kawan tidak takut akan susah; bagai ~ lempung ditebuk kumbang tembus-menembus prb orang yg lemah mudah dianiayai oleh orang yg berkuasa; besar ~ besar dahannya = gedang ~ gedang dahannya prb apabila banyak penghasilan, besar pula perbelanjaannya; di mana ~ bengkok, di sanalah musang meniti prb tempat yg tidak dijaga baik-baik itulah yg dimasuki pencuri; kalau sama tinggi ~ di rimba, di mana angin akan lalu prb kalau sekalian manusia sama pangkat dan darjatnya nescaya tidak ada pekerjaan yg akan menjadi; laksana pohon ~ tidak berbuah prb ilmu yg tidak diamalkan tidak berguna; seberat-berat ~ terapung juga dlm air prb fikiran seseorang itu biar bagaimana teguhnya dapat juga dihasut; tak ~ jenjang dikeping prb dlm keadaan yg serba sukar, segala apa pun dibuat utk mencapai maksud; umpama ~ buruk, buruk dek panas, reput dek hujan prb nasib malang yg tidak dapat dielakkan lagi; umpama ~ lempung, belum ditolak condong sendiri prb orang yg bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain; kayu-kayuan, kayu-kayan serba jenis kayu, bermacam-macam jenis kayu; berkayu 1. ada kayunya, berteras; 2. mencari kayu (di hutan): pergi ~ pergi mencari kayu; perkayuan 1. (segala jenis pekerjaan) yg bersangkutan dgn kayu (spt menebang, membuat kerusi drpd kayu); 2. alat-alat rumah drpd kayu: ke kampung telah dikirim surat menyuruh membeli ~ buat rumah anak; 3. rangka rumah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
mining law | undang-undang perlombongan | Kejuruteraan | Tiada | Undang-undang yang bersangkutan dengan kerja-kerja perlombongan. |
theatricality | keteateran | Kesenian | Drama dan Teater | Pernyataan yang menjelaskan sebarang perkara yang bersangkutan dengan elemen teater. Drama yang mempunyai dialog panjang dan meleret-leret tanpa sokongan aksi dan teknik teater yang seimbang boleh dianggap tidak bersifat keteateran. |
security audit trail | jejak audit keselamatan | Teknologi Maklumat | Tiada | Log yang mengandungi semua kejadian yang bersangkutan dengan keselamatan perkhidmatan pengkomputeran. |
industrial dispute | pertikaian perusahaan | Ekonomi | Tiada | Pertikaian yang melibatkan majikan dengan pekerja-pekerjanya yang bersangkutan dengan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan. |
top-down control | kawalan atas-bawah | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pemantauan atau penyeliaan majikan terhadap kakitangan dalam sesebuah organisasi. Kawalan ini merangkumi pelbagai aspek yang bersangkutan dengan budaya kerja dan persekitaran organisasi. Contoh kawalan ini ialah peraturan pejabat, misi dan visi organisasi, kod etika pakaian, tatakelakuan, pembekalan sumber organisasi seperti infrastruktur, kewangan dan sebagainya. Selain itu, ia juga mencakupi daya produktiviti organisasi, sistem pentadbiran dan pengurusan sumber manusia. |
line circuit | litar talian | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kelengkapan geganti, dalam sistem telefon, yang bersangkutan dengan sesuatu stesen yang terhubung kepada papan suis dail atau insani.,2. Litar untuk saling menghubungkan telefon dengan pangkalan saluran. |
matrix acidizing | pengasidan matriks | Kejuruteraan | Petroleum | Teknik pengasidan yang dilaksanakan dengan kadar alir suntikan atau dengan mengenakan tekanan suntikan yang lebih rendah daripada tekanan retakan batuan yang bersangkutan sehingga asid akan memasuki liang semula jadi batuan formasi dan meningkatkan ketertelapan batuan yang bersangkutan dengan dua cara, iaitu memperbesar permukaan liang dan/atau melarutkan partikel-partikel yang menyumbat liang batuan berkenaan. Rujuk : tekanan retakan batuan. |
acidizing | pengasidan | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : perawatan asid Kaedah perangsangan untuk merawat formasi di sekeliling lubang telaga dengan menggunakan tindak balas kimia asid bagi meningkatkan daya pengeluaran telaga. Dalam kaedah ini, asid pada tekanan tinggi disuntikkan ke dalam formasi melalui lubang telaga. Asid tersebut akan mengikis permukaan batuan, melarutkan sebahagian dari batuan atau melarutkan matriks batuan yang bersangkutan. Dengan demikian, ketertelapan formasi berkenaan akan meningkat. Selepas operasi selesai, biasanya asid yang digunakan akan dipam keluar dari formasi sebelum telaga memulakan semula operasi pengeluaran. Asid yang umumnya digunakan adalah asid hidroklorik atau asid hidrofluorik. Berdasarkan tekanan suntikan yang digunakan, terdapat dua jenis pengasidan, iaitu pengasidan matriks dan pengasidan peretakan. Rujuk : perangsangan; pengasidan matriks; pengasidan retakan. |
float | pelampung | Kejuruteraan | Petroleum | Unsur pasangan kawalan paras cecair yang direka sedemikian rupa supaya akan berfungsi apbila pasangan ini tenggelam seluruhnya tau tenggelam sebahagian saja di dalam cecair yang parasnya dikawal oleh pasangan yang berkenaan. Biasanya berbentuk separuh berekor bulat dengan dasar yang pipih. Dalam penggunaannya, umumnya pasangan ini akan dihubungkan dengan injap kawalan yang akan mengatur kadar aliran masuk atau aliran keluar cecair ke atau dari bejana yang bersangkutan. Dengan demikian, paras cecair di dalam bejana tersebut boleh dipertahankan pada takat yang dikehendaki. |
seabed abandonment | peninggalan dasar laut | Kejuruteraan | Petroleum | Peninggalan telaga dengan yang bersangkutan daripada dasar laut. Alat-alat tersebut termasuklah pencegah sembur liar, kepala telaga dan sebahagian daripada selongsong yang digunakan. Penanggalan ini akan menjamin supaya tiada halangan yang merintangi dasar laut setelah telaga berkenaan ditinggalkan. Rujuk : peninggalan telaga. |
Kamus Sains.indb jari dari garis paksi anggota. (UBAT) abductor (abduktor) Otot yang mengabdukkan sesuatu. Banding adductor. (UBAT) abend (aben) Penamatan atur cara akibat ralat seperti ralat yang berlaku apabila huruf di- gantikan dengan nombor. Istilah ini dibentuk daripada abnormal ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 farad. (KEJ) abhenry (abhenry) Unit ukuran kearuhan elektrik yang bersamaan dengan
|
|
Tesaurus |
---|
| sangkut | | Kata Terbitan : bersangkut, bersangkut, bersangkutan, menyangkut, sangkut-menyangkut, menyangkutkan, tersangkut, tersangkut-sangkut, sangkutan, persangkutan, |
|
|