Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TAPAK KAKI RATA | Tapak kaki rata ialah keadaan lengkung panjang tapak kaki yang diwarisi kelihatan rata dari jatuh. Keadaan ini akibat daripada ligamen yang lemah yang menyebabkan ketidakmampuan untuk menampung lengkung tapak kaki. Ramai yang percaya bahawa tapak kaki yang rata boleh menyebabkan rasa sakit. Pada dasarnya, anggapan ini tidak benar, kerana ketinggian lengkung tapak kaki tidak memberikan kesan kepada bagaimana tapak kaki berfungsi. Walau bagaimanapun, keadaan ini mungkin boleh menyebabkan rasa kurang selesa, yang mungkin dapat dikurangkan dengan reka bentuk kasut yang dapat menampung lengkung tapak kaki. | UMUM | |
TAPAK KAKI KANGGARU | Tapak kaki kanggaru ialah tumbuhan berbunga yang tumbuh hanya di Australia Barat. Terdapat kira-kira 10 spesies tapak kaki kanggaru. Tumbuhan ini mempunyai daun yang sempit, yang tumbuh terus dari tanah, dan tangkainya yang panjang, kurus mengeluarkan kuntuman bunga. | UMUM | |
CAP TAPAK KAKI | | UMUM | |
ARTROPOD | Artropod ialah sebarang haiwan yang tergolong dalam bahagian besar atau filum alam haiwan yang dikenali sebagai artropod . Istilah ini dibentuk daripada dua perkataan Yunani, dan bermakna tapak kaki bersendi . Sebenarnya, kaki dan bukan tapak kaki, yang bersendi. Kesemua artropoda, atau artropod, mempunyai kaki bersendi. Antara kumpulan artropod yang terpenting adalah: (1) serangga, termasuk lipas, kumbang, lebah, rama-rama, dan banyak yang lain; (2) krustasea, termasuk haiwan yang terkenal seperti ketam, udang karang, udang, dan teritip; (3) araknid, termasuk kutu, tuma, labah-labah, kala jengking; (4) kilopod, atau halipan; dan (5) diplopod atau gonggok. Filum artropod terdiri daripada lebih tiga suku daripada kesemua jenis haiwan yang berbeza jenis. Serangga membentuk kelas artropod yang terbesar dari segi bilangan spesiesnya. | UMUM | |
ANDROCLES | Androcles juga dinamakan Androclus, ialah hamba Rom yang melarikan diri dari tuannya dan bersembunyi di dalam gua. Dia menarik keluar duri dari tapak kaki seekor singa yang menderita kesakitan. Kemudian, Androcles berhadapan dengan singa yang sama dalam gelanggang Rom. Singa itu mengenali Androcles dan enggan mencederakannya. Drama George Bernard Shaw, Androcles and the Lion (1912) adalah berdasarkan cerita ini. | UMUM | |
KAKI MAKAN AIR | Kaki makan air ialah penyakit kulit yang berjangkit yang menyebabkan gatal dan bersisik di celah jari kaki dan di tapak kaki. | UMUM | |
CERITA ASAL USUL | CERITA ASAL USUL, sastera lisan Melayu. Cerita asal usul ini menerangkan bagaimana sesuatu benda dan perkara itu berlaku atau terjadi. Ini termasuklah asal mula kejadian sesuatu makhluk, seperti kejadian manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala; dan bagaimana sesuatu fenomena atau bencana alam, seperti hujan, guruh, petir dan gempa bumi itu berlaku. Bahan cerita asal usul ini terdiri daripada benda dan perkara yang berkait rapat dengan manusia dan persekitarannya. Sebuah bukit yang tunggal, atau sekelompok batu yang berbentuk seakan-akan rupa manusia, atau sebuah tasik seperti tapak kaki di persekitaran alam Melayu, melahirkan cerita yang menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. Batu berbentuk manusia dikatakan berasal dari anak yang derhaka kepada ibunya dan tasik berbentuk tapak kaki berasal daripada bekas tapak kaki gergasi. | SASTERA | Konsep |
ANTIPOD | Antipod ialah dua tempat yang betul-betul bertentangan kedudukannya antara satu dengan yang lain pada glob. Kata ini asalnya kata Yunani yang bermaksud kaki ke kaki . Dua orang yang berdiri di antipod akan bertemu tapak kaki masing- masing. Kawasan yang terletak di sekitar Australia dan New Zealand biasanya dikenal sebagai antipod. Orang Inggeris adalah yang mula-mula sekali menggunakan istilah antipod kerana kedua- dua negara itu terletak hampir bertentangan dengan England. | UMUM | |
SERIGALA JADIAN | Serigala jadian, menurut kepercayaan tahayul, ialah orang yang menukar dirinya menjadi serigala. Dalam bahasa Inggeris, perkataan werewolf berasal daripada istilah Inggeris Lama, iaitu werwulf , yang bermaksud serigala-manusia . Serigala jadian terdapat dalam kebanyakan cerita lama. Dalam beberapa cerita, ia menukar dirinya menjadi serigala dengan menyarung kulit serigala ke badannya, dengan meminum air daripada kesan tapak kaki serigala, atau dengan menyapu salap ajaib pada tubuhnya. Dalam cerita lain pula, manusia ditukar menjadi serigala jadian oleh kuasa sakti orang lain. | UMUM | |
KELDAI | Keldai ialah nama yang diberi kepada keldai baka jinak. Keldai liar di utara dan timur laut Afrika adalah leluhur kepada keldai. Keldai liar kelihatan seperti kuda belang tetapi tidak berbelang, kecuali kadangkala pada kakinya. Keldai tingginya lebih kurang 1.2 meter pada paras bahu. Bulunya berwarna kelabu dengan garis lebih gelap di sepanjang belakangnya. Ciri-ciri lain haiwan ini adalah telinga yang panjang, tapak kaki yang kecil, dan bulu yang panjang di hujung ekornya. Pembiak baka terpilih menghasilkan keldai yang berbeza-beza saiz, warna dan bulunya. | UMUM | |
|
|