Sesendal ialah silinder berongga yang digunakan sebagai lapik boleh tanggal dalam bahagian-bahagian bergerak pada mesin dan alat elektrik. Dalam jentera, sesendal mungkin digunakan sebagai bering bagi gandar atau pangsi untuk mengurangkan geseran dan haus. Ia juga mungkin digunakan untuk menyambungkan paip dengan aksesori paip yang lebih besar saiznya. Sesendal bagi jentera biasanya dibuat daripada plastik, gangsa, atau logam Babbit atau logam antigeseran yang lain. Dalam bahagian-bahagian alat elektrik, sesendal mungkin digunakan untuk menebat sambungan litar. |