Kata |
Takrif |
Sumber |
tercabut | 1 sudah dicabut; terhunus. 2 dpt dicabut: Akar kayu itu tidak ~ olehnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tercabut | 1. sudah dicabut; 2. dapat (boleh) dicabut: keris itu tidak ~ drpd sarungnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tercabut | 1. sudah dicabut; terhunus. 2. dpt dicabut: Akar kayu itu tidak ~ olehnya. | Kamus Pelajar |
tulang tercabut | tulang yg tersalah letak (kerana terseliuh, tergeliat, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbantun | tercabut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhunus | sudah tercabut (dr sarungnya): Dia memegang pedang yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cepol | Jw tercabut, terbantun (barang yg melekat dll), rosak; mencepol 1. menumbuk (kepala dll); 2. menarik dgn paksa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhunus | sudah tercabut (dr sarungnya):Dia memegang pedang yg ~. | Kamus Pelajar |
terkopak | terkupas, terkelopak, tercabut, tertanggal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhunus | telah sedia tercabut (dr sarungnya): memegang pedang yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
come | ~ away, a. become detached, tercabut, tertanggal: he swung the pail and the handle came away in his hand, dia menghayun baldi itu dan tangkainya tercabut; b. leave (a place) meninggalkan tempat itu; (with a person) mengikut: we came away feeling that st was not quite right, kami meninggalkan tempat itu dgn perasaan ada sst yg tdk kena; Im going to Pattaya this weekend. Why dont you ~ away with me, saya akan ke Pattaya hujung minggu ini. Marilah ikut saya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
come | ~ off, a. become detached, tertanggal, tercabut; (of paint, lacquer, plaster, etc) tertanggal: the doorknob came off in my hand, tombol pintu itu tercabut apabila saya memegangnya; b. able to be removed, tanggal, hilang; (of st detachable) ditanggalkan: the stain did not ~ off, kesan kotor itu tdk mahu tanggal; does the lid of the washing machine ~ off?, bolehkah penutup mesin basuh itu ditanggalkan?; c. fall from, jatuh dr: he came off his bicycle and hurt his knees, dia jatuh dr basikalnya dan lututnya luka; d. (of event) take place, diadakan; (of wedding) berlangsung; (in negative construction) jadi: the match came off in spite of the rain, perlawanan itu diadakan walaupun hari hujan; their wedding never came off, mereka tdk jadi berkahwin; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
wrench | ~ st off, /merenggut, merentap/ sst hingga tercabut: in my hurry, I accidentally ~ed the handle right off the drawer, dlm tergesa-gesa, saya dgn tdk sengaja merenggut tangkai laci itu hingga tercabut. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
mangy | adj 1. suffering from mange, kurap: a ~ dog, anjing kurap; 2. becoming threadbare, buruk dan tercabut-cabut bulunya: a ~ carpet, permaidani yg buruk dan tercabut-cabut bulunya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
uproot | vt 1. pull (plant etc) out of the earth, (act.) mencabut; (pass.) tercabut: many trees had been ~ed in the storm, banyak pokok yg tercabut semasa ribut itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
twiddle | vt memain-mainkan: he ~d the knob until it fell off, dia memain-mainkan tombol itu hingga tercabut; she sat there twiddling her hair, dia duduk-duduk sambil memain-mainkan rambutnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
pop 1 | n 1. short, sharp explosive sound, bunyi pop: the cork came out with a ~, gabus itu tercabut dgn bunyi pop; 2. sweet, fizzy drink, minuman bergas: lets buy a few bottles of ~, mari kita beli beberapa botol minuman bergas; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
squall 1 | n sudden violent windstorm, ribut, badai, angin kencang: the ~ uprooted many trees and damaged some of the houses, badai menyebabkan banyak pokok yg tercabut dan merosakkan beberapa buah rumah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
stump | 4. (in cricket) one of the three wooden poles of a wicket, pancang: the ball sent the middle ~ flying, bola itu menyebabkan pancang yg tengah tercabut lalu terpelanting; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
handle | n grip for holding, opening, a. (gen) pemegang: the ~ of a sword is called the hilt, pemegang pedang dipanggil hulu; the door- ~ has come off, pemegang pintu itu tercabut; b. (of st long like a hoe, broom, shovel, etc) batang; c. (of some household items like kettle, pot, bucket, etc) tangkai; d. (of weapons like axe, dagger, sword) hulu, pemegang; e. (of cup) telinga, tangkai, pemegang; f. (of wok) telinga; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
avulsion of tooth | gigi teravulsi | Pergigian | Tiada | Gigi yang tercabut daripada soket tulangnya. Biasanya, gigi yang tercabut ini disebabkan trauma seperti jatuh dan kemalangan. Sekiranya gigi teravulsi tidak tercemar oleh kotoran, gigi ini boleh dimasukkan semula ke dalam soketnya dan kemudian diikat pada gigi bersebelahan dengan menggunakan dawai atau simen pergigian. Kejayaan gigi untuk bercantum semula bergantung pada masa pesakit mendapat rawatan selepas gigi tersebut tercabut dan tahap pencemaran gigi. |
reimplantation of tooth | penanaman semula gigi | Pergigian | Tiada | Peletakan semula gigi yang tercabut ke dalam soket. Peratus kejayaan gigi penanaman semula berintegrasi dengan tulang bergantung kepada tempoh gigi terdedah kepada persekitaran serta keadaan tisu periodontium. Medium yang digunakan untuk menyimpan gigi tercabut juga memainkan peranan dalam menentukan kejayaan prosedur penanaman semula. Contoh medium ialah air liur pesakit, air distil dan susu segar. |
shothole | lubang tembak | Biologi | Patologi | Gejala padadaun berupa lubang kecil akibat tercabut atau terkoyaknya bahagian yang telah mengalami nekrosis. Biasanya terdapat jasad buah patogen pada tepi lubang tersebut. Contohnya ialah penyakit hawar daun Amerika Selatan. |
mechanically sound | teguh mekanikal | Teknik | Elektrik | Berkenaan sambungan yang tidak mudah longgar dan tidak mudah tercabut (regang). Keadaan ini penting bagi setiap sambungan dawai elektrik. |
bracket | pendakap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian yang dipasang dengan bolt, skru atau nat untuk memegang bahagian lain daripada menjadi longgar atau tercabut. |
cable clamp | pengapit kabel | Teknik | Elektrik | Alat tambah berupa pengapit bersaiz besar dengan kedua-dua bahagian pelananya mempunyai skru untuk memegang kabel agar tidak tercabut dari tempat sambungannya. |
slot preparation | penyediaan slot | Pergigian | Tiada | Penyediaan gigi intrakorona bagi mendapatkan pegangan untuk restorasi inlai atau kaviti amalgam kelas II. Slot ini berbentuk alur dan dapat menahan restorasi daripada tercabut keluar dari kaviti. Slot ini dibuat di dinding bukal dan lingual permukaan proksimal kaviti. |
camphorated monoparachlorophenol | monoparaklorofenol berkamfor | Pergigian | Tiada | Campuran bahan kimia antiseptik yang diletakkan pada tisu pulpa gigi desidus berkaries bagi mematikan bakteria dan mendevitalkan tisu pulpa secara perlahan-lahan. Oleh itu, rawatan kanal akar tidak perlu dilakukan pada gigi tersebut sehingga gigi tercabut dengan sendirinya. |
alveolar bone fracture | fraktur tulang alveolus | Pergigian | Tiada | Kepatahan tulang yang menyokong gigi. Keadaan ini boleh disebabkan trauma seperti kemalangan dan jatuh atau teknik cabutan yang salah. Kepatahan tulang alveolus akan mengakibatkan gigi di kawasan tulang yang disokong itu menjadi goyah atau tercabut daripada soket. Tulang alveolus yang telah patah tidak akan tumbuh semula dan mengakibatkan kecacatan pada kawasan gusi yang terlibat. |
exfoliation | pengeksfoliatan | Pergigian | Tiada | Proses penanggalan gigi desidus daripada arkus secara semula jadi dan digantikan dengan gigi kekal. Proses ini berjalan dengan perlahan dan tanpa melibatkan pendarahan. Gigi kekal yang sedang erupt akan meresorbkan akar gigi desidus secara perlahan-lahan sehingga menjadi goyah dan tercabut atau dicabut oleh kanak-kanak itu sendiri. Proses pengeksfoliatan berkait dengan susunan erupsi gigi kekal. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
babut | mabut hasil) mencabut: ~ rumput mencabut rumput; tebabut tercabut pemabut pencabut; alat utk mencabut. | Iban | |
luah | longgar, galir; 1 tidak sempit, lapang (pakaian, lubang dll): ~ angai sangat longgar; 2 tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas: ~ sekeru longgar skru, galir skru; 3 tidak ketat bkn undang-undang, syarat, dsb: aturan wak ~ nulik wak nda adil aturan yg | Melanau Mukah | |
pelekak | telanjang, bogel; 1 tidak bertutup tubuhnya (dgn pakaian): temok ~ mandi telanjang; 2 tidak bersarung (keris, pedang, dll), tercabut, terhunus: pedeng yen nda puuok atau pesaruong ~ gejiyen un pedang itu tidak berbungkus atau bersarung, telanjang begitu s | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tercabut | [ter.ca.but] | ترچابوت |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercabut |
|
Puisi |
---|
|
Intan terpilih tercabut sarung, Disambarlah oleh dewa alperi; Puas kupilih di dalam kampung, Baru mendapat si jantung hati.
Lihat selanjutnya... |
|