Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
NIHAYAT AL-ARAB FI FUNUN AL-ADAB | Nihayat al-Arab fi Funun al-Adab adalah ensiklopedia komprehensif sastera yang mengandungi banyak ilmu sezamannya. Ia ditulis oleh Ahmad ibn Abd al-Wahhab al-Nuwayriy al- Misriy (677733 H./12781332 M.). Ensiklopedia yang diterbitkan dalam 18 bahagian ini mengandungi 30 jilid yang berpandukan sumber-sumber yang berbeza. Sesetengah sumber disebut manakala kebanyakannya tidak disebutkan. Kandungan ensiklopedia ini menunjukkan sejauh mana kepentingan mengumpul, mengikat dan membuat analisis ilmu-ilmu umum ke dalam ensiklopedia yang komprehensif. Ia juga menunjukkan perkembangan penulisan dan pembahagian bab. Penulisnya tidak sekadar membahagikan bukunya kepada tajuk-tajuk utama sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang terdahulu. Sebaliknya, dia membahagikannya kepada lima disiplin ilmu dan setiapnya dibahagikan kepada lima bahagian. Setiap bahagian pula dibahagikan kepada beberapa bab dan fasal. | UMUM | |
PERENGGAN | Perenggan ialah sebahagian daripada karya tertulis yang terdiri daripada satu atau lebih ayat yang dibina atau disusun untuk berfungsi sebagai satu unit. Baris pertama biasanya diengsot. Perkara atau tajuk perenggan biasanya dinyatakan dalam ayat pertama, yang dinamakan tajuk ayat . Perenggan berbeza-beza panjangnya daripada satu kata yang digunakan untuk penekanan seperti Never, hingga kepada beberapa ratus kata. Tetapi kebanyakan perenggan panjangnya dari 100 kata hingga 200 kata. | UMUM | |
PERBAHASAN | Perbahasan adalah beberapa siri perdebatan secara formal, sama ada menyokong atau menentang, terhadap tajuk yang dicadangkan. | UMUM | |
MALORY, SIR THOMAS | Malory, Sir Thomas ( ? 1471?) ialah penulis Inggeris bagi buku Le Morte Darthur. Tajuk dalam bahasa Perancis ini bermaksud Kematian Arthur. | UMUM | |
PIAGET, JEAN | Piaget, Jean (18961980), ahli psikologi Switzerland yang terkenal dengan kajiannya tentang proses pemikiran kanak-kanak. Dia dan rakan kongsinya menerbitkan lebih daripada 30 jilid buku tentang tajuk ini. | UMUM | |
SPOCK, BENJAMIN MCLANE | Spock, Benjamin McLane (19031998), doktor Amerika, menjadi masyhur kerana bukunya tentang penjagaan kanak-kanak. Bukunya yang paling terkenal Common Sense Book of Baby and Child Care (1946) telah diterjemahkan ke dalam lebih daripada 25 bahasa. Untuk edisi kemudiannya, tajuk buku ini dipendekkan kepada Baby and Child Care. Bukunya yang lain termasuk Feeding Your Baby and Child (1955), Babys First Year (1955), Dr. Spock Talks with Mothers (1961), Problems of Parents (1962), dan Caring for Your Disabled Child (1965). | UMUM | |
TANDA TITIK BERTINDIH | Tanda titik bertindih ialah tanda baca yang ditunjukkan sebagai: Fungsi utamanya adalah untuk memisahkan pengenalan daripada apa yang diperkenalkan: senarai, petikan panjang, ilustrasi, atau penerangan. Tanda titik bertindih paling kerap digunakan apabila kata yang mendahuluinya membentuk ayat lengkap, seperti dalam ayat kedua rencana ini. Terdapat dua kekecualian. Tanda titik bertindih boleh digunakan untuk mengakhiri pembukaan surat perniagaan formal, dan ia boleh digunakan selepas tajuk utama sesuatu garis kasar. Lihat juga Tanda baca. | UMUM | |
SIMPOSIUM DIALEK MELAYU | SIMPOSIUM DIALEK MELAYU, simposium tentang dialek atau bahasa daerah. Simposium ini diadakan pada 2 hingga 3 Disember 1981, anjuran Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Persatuan Linguistik Malaysia. Simposium ini diberi tajuk Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan dan bertemakan Ke Arah Mengenal Dialek dan Fungsinya. Tema tersebut menjadi pilihan pihak penganjur kerana dialek atau bahasa daerah adalah penting dan tidak dapat sama sekali dipisahkan daripada kehidupan dan pergaulan sehari-hari masyarakat Melayu. | BAHASA | Kegiatan |
MASTIKA | MASTIKA, majalah umum terbitan Utusan Melayu (M) Berhad. Mastika keluaran pertama diterbitkan pada 1 Jun 1941. Moto majalah ini ialah Majalah Bulanan mengandungi makalah adabiah, ilmu pengetahuan, tarikh dan cerita rekaan. Moto ini diletakkan di bawah tajuk Mastika. Majalah ini berukuran 27 cm x 19 cm, mengandungi 76 halaman dan bertulisan Jawi. Harga senaskhah ialah 50 sen. | SASTERA | Penerbitan |
SYAIR SULTAN MAULANA | SYAIR SULTAN MAULANA, puisi Melayu tradisional. Naskhah syair ini ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi dan mempunyai 1 102 rangkap. Nama pengarang syair ini tidak diketahui dengan tepat tetapi ialah seorang pembesar yang ikut serta dalam peperangan antara Siam dengan Burma untuk merebut Pulau Jong Salang. Pembesar ini daripada angkatan Kedah yang diperintahkan oleh Siam untuk membantu mereka. Pengarang menghasilkan karya ini atas kehendaknya sendiri. Syair ini dinamakan Syair Sultan Maulana mengambil sempena nama Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (1797-1845). Syair Sultan Maulana telah diterbitkan pada tahun 1980 oleh Penerbit Universiti Malaya dengan tajuk Syair Sultan Maulana; Suatu Penelitian Kritis tentang Hasil Persejarahan Melayu Tradisional. Pada tahun 1985, C. Skinner telah menghasilkan buku The Battle for Junk Ceylon (Syair Sultan Maulana) dan pada tahun 1986, kajian oleh Siti Hawa Salleh Review: The Battle for Junk Ceylon Edited by C. Skinner. | SASTERA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| tajuk (kata nama) | 1. Bersinonim dengan mahkota: patam, jamang, tiara, puspa, taj,
2. Bersinonim dengan judul: nama, topik, tema, perkara, subjek,
| Kata Terbitan : bertajuk, |
|
|