Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SUMPAH BOHONG | Sumpah bohong ialah jenayah apabila seseorang itu bersumpah atau mengaku untuk bercakap benar dalam mahkamah undang-undang atau dalam prosiding pentadbiran atau perundangan, tetapi kemudian secara sengaja berbohong. Di kebanyakan negara, berbohong dianggap sumpah bohong hanya apabila ia mempunyai kesan langsung terhadap sesuatu isu yang dihadapkan ke mahkamah, tribunal atau badan perundangan. Penyataan silap yang tidak disengajakan tidak dianggap sumpah bohong. | UMUM | |
SUMPAH PEMUDA | SUMPAH PEMUDA, ikrar pergerakan pemuda Indonesia pada masa pergerakan nasional pada 28 Oktober 1928 di Jakarta. Pemuda Indonesia adalah tunggak penting dalam sejarah pertumbuhan bangsa dan negara Indonesia. Ketika dibuat sumpah ini hanya disebut sebagai putusan kongres pemuda pemudi Indonesia. Istilah Sumpah Pemuda hanya muncul dalam perkembangan kebangsaan Indonesia selanjutnya. Keputusan ini dipersetujui pada penutupan Kongres Pemuda II yang diadakan pada 27-28 Oktober 1928 di Jakarta. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PERSETIAAN SUMPAH | Persetiaan sumpah lihat Kerakyatan. | UMUM | |
SUMPAH | SUMPAH, pernyataan yang dilafazkan dengan niat secara rasmi atau dengan tekat sama ada bersaksi kepada Tuhan atau kepada sesuatu yang dianggap suci. | BUDAYA | Konsep |
SAKSI | Saksi ialah orang yang memberi testimoni semasa prosiding kehakiman, perundangan atau pentadbiran. Testimoni ini diberi sesudah saksi mengangkat sumpah, atau sekiranya agama saksi melarang amalan mengangkat sumpah, saksi bolehlah berikrar berkata benar. Orang yang menandatangani surat cara undang-undang, contohnya surat wasiat atau surat ikatan, yang disempurnakan di hadapan saksi, juga merupakan saksi. | UMUM | |
NOTARI AWAM | Notari awam ialah pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengesahkan dokumen tertentu, dan untuk mengangkat sumpah. Banyak dokumen, seperti surat ikatan, mesti disahkan oleh notari sebelum ia boleh dikuatkuasakan secara sah dari segi undang-undang. Tujuan pengesahan sesuatu dokumen oleh notari adalah untuk melindungi mereka yang menggunakannya daripada pemalsuan. | UMUM | |
MAHSURI | Mahsuri ( ? ? ) ialah tokoh legenda Pulau Langkawi, Kedah. Dia dipercayai hidup pada awal abad ke-19. Ibu bapanya bernama Pandak Maya dan Mak Andak Alang, berasal dari Kampung Mawat, Langkawi. Dia terkenal dengan sumpah tujuh keturunan. | UMUM | |
STYX | Styx ialah sungai yang suram dalam Alam Ghaib dalam mitologi Yunani dan Rom. Styx ialah perkataan Yunani yang bermakna terkutuk. Charon, seorang pendayung sampan, sering kali diperihalkan sebagai pembawa roh orang yang telah mati menyeberangi Styx. Dewa-dewa mengangkat sumpah suci mereka atas nama sungai suram Styx ini. Jika mereka melanggar sumpah tersebut, mereka akan menerima hukuman dengan menghabiskan masa selama sembilan tahun di Tartarus, satu lubang yang dalam di Alam Ghaib. Sungai Styx dikatakan bermula sebagai air terjun di kawasan Yunani purba yang dikenali sebagai Arcadia. Airnya yang dikatakan beracun mengalir terjun ke dalam gaung yang dalam dan terus masuk ke Alam Ghaib. Lihat juga Charon; Hades; Tartarus. | UMUM | |
BIARA | Biara ialah sebuah komuniti keagamaan, yang lazimnya terdiri daripada wanita, yang telah mengangkat sumpah keagamaan dan hidup di bawah peraturan agama yang ketat. Istilah ini biasanya digunakan bagi merujuk sebuah mazhab atau persatuan rahib wanita Kristian, dan khusus merujuk bangunan yang menempatkan mereka. Ketua sesebuah biara lazimnya dikenali sebagai ketua biarawati, tetapi mungkin mempunyai gelaran yang berlainan seperti abbess atau prioress. | UMUM | |
SURAH AL-LAYL | Surah al-Layl ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-92 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 21 ayat. Surah ini dinamakan al-Layl kerana dimulai dengan lafaz sumpah al-Layl (malam) iaitu satu waktu yang kebiasaannya tenang dan gelap. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sumpah (kata nama) | 1. Bersinonim dengan pengakuan: pengesahan, pengiktirafan, persetujuan, penyungguhan, penyaksian,
2. Rujuk seranah
3. Bersinonim dengan janji: ikrar, pengakuan, persetiaan,
| Kata Terbitan : bersumpah, menyumpah, |
|
Puisi |
---|
|
Banyak belah pecah seratus, Nampak berbalam di hutan lipur, Demi Allah sumpah putus, Sudah digenggam masakan lebur.
Lihat selanjutnya... |
|