Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SUARA | Suara. Hampir semua haiwan mempunyai suara. Beberapa jenis haiwan seperti zirafah, jarang menggunakan suara tetapi kebanyakan haiwan peringkat tinggi boleh menyalak, memekik, melolong, mengerang, berkicau atau membuat bunyi lain. Banyak haiwan menggunakan suara untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Burung boleh menggunakan suara untuk melagukan muzik. Anjing boleh menyatakan perasaan tertentu menggunakan suara misalnya mengeluh ketika meminta makanan atau ketika berasa bersalah, melolong apabila marah dan menyalak kesukaan. | UMUM | |
PUNGUTAN SUARA | Pungutan suara ialah pengundian oleh rakyat tentang sesuatu persoalan. Pungutan suara memberi peluang kepada semua pengundi di sesebuah negara atau wilayah untuk membuang undi bagi menentukan dasar kerajaan atau cadangan undang-undang yang baru. Dalam pungutan suara, pengundi hanya menyokong atau menentang sesuatu cadangan. Kadangkala pungutan suara juga dikenali sebagai plebisit . | UMUM | |
SUARA MALAYSIA | SUARA MALAYSIA, rancangan penyiaran khas untuk pendengar di luar Malaysia. Suara Malaysia ditubuhkan sebagai Suara Malaya pada 15 Februari 1963. terdapat tiga perkhidmatan pada peringkat permulaan, iaitu siaran bahasa Indonesia, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Setiap unit mengendalikan satu jam masa siaran sehari. Tujuan awal penubuhan Suara Malaysia adalah untuk membanteras propaganda anti-Malaysia dan dasar Konfrontasi Indonesia. Sambutan yang menggalakkan daripada pendengar di Indonesia menyebabkan Suara Malaysia menambah waktu siaran. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MEGAFON | Megafon ialah peranti berongga, berbentuk konyang digunakan untuk menjadikan suara lebih kuat. Seseorang yang menggunakan megafon akan bercakap atau menjerit ke dalam bukaan kecil di satu hujungnya. Suara orang itu keluar dari hujung satu lagi yang lebih besar. Megafon menjadikan suara lebih kuat kerana gelombang bunyi dihalakan dalam satu arah. Megafon panjangnya mungkin sehingga 60 sentimeter atau lebih. Pembesar suara mudah alih yang menggunakan kuasa bateri, dikenali sebagai bullhorn, sering digunakan sebagai ganti megafon. | UMUM | |
TENOR | Tenor ialah suara nyanyian kedua tertinggi bagi lelaki. Hanya penyanyi lelaki yang menyanyi dengan nada suara countertenor (kontralto) sahaja yang dapat menyanyi dengan nada yang lebih tinggi. Kebanyakan penyanyi tenor mempunyai julat suara antara lebih kurang satu oktaf di bawah C tengah hingga ke B flat di atas C tengah. C tengah ialah not C yang berada paling dekat dengan bahagian tengah not nada piano. Kebanyakan penyanyi tenor opera khususnya dalam bidang drama dapat menyanyikan not yang lebih tinggi daripada julat normal yang paling atas. | UMUM | |
RAKAMAN SUARA | | UMUM | |
SUARA TUJUH | SUARA TUJUH, antologi puisi. Antologi ini mengandungi 49 buah puisi karya tujuh orang penyair iaitu Usman Awang, Kassim Ahmad, Baha Zain, Kemala, Mokhtar Yassin, Sri Ana (Salleh Haji Yusof) dan Maarof Saad. Suara Tujuh disusun oleh Usman Awang bersama-sama Maarof Saad dan diterbitkan oleh Syarikat Wijaya, Johor Bahru pada tahun 1969. setiap penyair menyumbang tujuh buah puisi yang ditulis antara tahun 1958 hingga tahun 1969. Antologi ini diberi kata pengantar oleh Syed Husin Ali. | SASTERA | Karya |
KANTATA | Kantata ialah satu bentuk muzik vokal dramatik. Kantana boleh digubah daripada suara solo atau gabungan beberapa suara solo dan sebuah korus. | UMUM | |
SUARA BENAR | SUARA BENAR, akhbar dwimingguan. Penerbitan pertama akhbar ini bertarikh 2 September 1932. akhbar ini diterbitkan pada hari Selasa dan Jumaat setiap minggu. Penerbitnya ialah Malacca Lattefiah Press, No. 9, Temple Street, Melaka. Inilah satu-satunya akhbar Melayu yang diterbitkan di Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
EVANS, SIR GERAINT | Evans, Sir Geraint (19221992), penyanyi suara bariton dari Wales yang menempah kejayaan antarabangsa sebagai penyanyi opera melalui suara dan kebolehannya berlakon. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Hilir perahu dari seberang, Dengar suara ayam berkokok; Kalau dah tahu harimau garang, Pasang jerat di pangkal pokok.
Lihat selanjutnya... |
|