Kata |
Takrif |
Sumber |
syahadat | Ar 1. kesaksian, pengakuan; 2. = kalimah ~ kalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya; 3. sijil, ijazah, syahadah; bersyahadat 1. mengucapkan kalimah syahadat: Ali mesti bertaubat atas kesalahannya dan ~ semula; 2. = anak tidak ~ anak di luar nikah, anak haram; pensyahadatan perbuatan bersyahadat: upacara ~ beramai-ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syahadat | 1 perbuatan mengaku atau menerima; pengakuan. 2 = kalimah ~ kalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu rasul-Nya. 3 sijil tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dua | (jumlah) satu dicampur (ditambah) satu (2), bilangan di antara satu dgn tiga; ~ belas (jumlah) sepuluh dicampur dua (12); ~ kalimah kalimah syahadat; ~ puluh (jumlah) sepuluh didarabkan dgn dua (20); ~ ratus (jumlah) seratus didarabkan dgn dua (200); ~ sejoli dua orang kekasih yg sangat rapat; ~ serangkai dua orang yg terlalu rapat (barang ke mana bersama-sama); ~ tahun ketiga lewat dua tahun tetapi belum genap tiga; angka ~ ark tanda pergandaan (kata berulang); main ~ puluh satu sj permainan terup; ~ badan senyawa prb karib sekali; ~ kali ~ empat = ~ kali lima sepuluh = spt lima belas dgn tengah ~ puluh prb sama sahaja; antara ~ tengah tiga prb orang sakit yg hampir mati; dlm ~ tengah tiga prb tidak jujur, tidak boleh dipercayai, hati yg tidak tetap, bimbang; dua-dua 1. = berdua-dua tiap-tiap kali dua (orang dll), dlm kelompok-kelompok dua: ia duduk di atas kerusi dikipas ~ orang; 2. = dua-duanya dua kesemuanya: ~(nya) sama sahaja; berdua bersama-sama (dua orang), bersama dgn seorang lagi: Ismail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi; saya ~ dgn adik saya pergi memancing petang semalam; ~ hati ki tidak jujur, mencabangkan kasih; karam ~ basah seorang prb dua orang bersalah, hanya seorang yg dihukum; berdua-dua ® dua-dua; berduaan, berdua-duaan berdua sahaja (tidak ada orang lain), cuma berdua: kerana berasa kurang sedap berada ~ dlm bilik dgn seorang gadis, maka dia pun keluar; mendua 1. menjadi dua (bkn fikiran, perbuatan, dll): bunyi gendang itu hanya segelugut, tidak ~ dan tidak berulang-ulang lagi; dgn tidak ~ fikiran lagi Abdullah bersetuju hendak turun; ~ hati bimbang; ~ kali membuat dua kali, mengulangi perbuatan; 2. kencang berlari (kuda); menduai menggenapkan jadi dua, menambah jadi dua: kalau engkau sungguh cinta terhadap perempuan itu tentu tidak engkau duai dgn yg lain; ~ isteri mengambil isteri kedua; ~ laki berkhianat kpd suami (isteri yg bermukah); menduakan menjadikan dua, menganggap dua (Tuhan), menaruh dua (isteri, suami): pertimbangan antara akan ~ isterinya atau tetap beristeri satu sedang hebat berkecamuk dlm hatinya; ~ Allah menganggap (melakukan spt) ada yg berkuasa selain Allah; menyeduai Mn mengurus ternak (sawah dll) orang dgn berbahagi keuntungan; menyeduakan Mn menyuruh orang lain mengurus sesuatu (ternak, sawah, dll) dgn berbahagi keuntungan: ~ sawah; perdua 1. = seperdua setengah, satu drpd dua; seperdua umur (baya) separuh umur; 2. perkongsian (tanaman dll); berperdua berbahagi dua, berkongsi dua: Anuar menyerahkan seekor kerbau betina kpd Bibah utk dipelihara menurut cara ~ ternak di kampung; memperdua 1. membahagi dua (untung, hasil, dll): keuntungan jualan hari itu belum diperdua lagi; 2. mengusahakan ternak (sawah dll) orang dan hasilnya dibahagi dua: saya tidak sanggup utk ~ sawah saya yg sebidang itu; memperduakan 1. = menduakan; 2. menyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn berbahagi keuntungan, memawahkan; kedua 1. (peringkat, bilangan, dll) yg nombor dua: pertunjukan yg ~ ialah tayangan filem Hindustan; 2. = kedua-dua, kedua-duanya, keduanya dua-dua(nya): kedua-duanya tergelak kecil, lalu meneruskan perjalanannya; kemudian kedua-duanya pun tidur berkaparan;keduaan keadaan wujudnya dua bahagian atau unsur: ~ budaya muncul di merata tempat di dunia Islam; penduaan perihal memperdua(kan) (sawah, ternak, dll), pemawahan; pendua 1. benda yg dijadikan cadangan (kapit, teman) spt keris dll: keris tempa Melaka yg panjang tiga jengkal itu dijadikan ~ juga; 2. yg dibuat serupa dgn yg asal (bkn salinan dsb); kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dll dgn menggunakan sejenis alat; mesin ~ mesin utk membuat salinan-salinan surat dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dua kalimah | kalimah syahadat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalimatusyahadat | Ar dua kalimah syahadat; ®kalimah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalimah syahadat | kalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu rasul-Nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kalimah syahadat | kalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syahadat | 2 = kalimah ~ kalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu rasul-Nya. | Kamus Pelajar |
tahlil | 1 kalimah lailahaillallah yg diucapkan berulang-ulang utk memuji Allah. 2 perbuatan melafazkan kalimah lailahaillallah berulang-ulang. bertahlil mengucapkan kalimah lailahaillallah berulang-ulang; melakukan tahlil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kalimah Allah | perkataan Allah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kalimah | kalimah. | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kalimah | [ka.li.mah] | کليمه |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalimah |
|
|