Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MERAH SILU | MERAH SILU, watak dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Bagaimanapun watak Merah Silu dalam kedua-dua karya sejarah ini mempunyai beberapa persamaan dan perbezaannya. | SASTERA | Penerbitan |
BAHR AL-LAHUT | BAHR AL-LAHUT, sebuah kitab Jawi tentang agama Islam yang berkaitan dengan ilmu tasawuf karangan Abdullah Arif pada abad ke-12 M. (6 H). Abdullah Arif ialah salah seorang pendakwah yang terawal tiba di Alam Melayu. Antara pendakwah yang sezaman dengannya termasuklah Syekh Ismail dan Faqir Muhammad yang mengislamkan Merah Silu (Malik al-Salih), pemerintah kerajaan Samudera-Pasai. Menurut al-Tarikh Salsilah Negeri Kedah karangan Muhammad Hassan bin Dato Kerani Muhammad Arshad, orang yang pertama mengislamkan negeri Kedah juga bernama Abdullah iaitu pada tahun 1137 M. (531 H). Jika dibandingkan tarikh ini dengan tarikh ketibaan Abdullah Arif di Aceh (117 M), tidak banyak berbeza. | BAHASA | Bahasa |
|
|