Rekreasi ialah sebarang aktiviti yang dilakukan secara sukarela untuk keseronokan peribadi, bersantai, atau kepuasan peribadi. Aktiviti-aktiviti ini biasanya dilakukan pada waktu senggang atau waktu lapang. Umumnya, manusia perlu bergiat dalam sesuatu bentuk rekreasi sebagai pelepasan daripada rutin bekerja atau kerja sekolah. |