Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ALAM SEMESTA | Alam semesta mengandungi semua jirim, cahaya, dan bentuk radiasi dan tenaga yang lain. Ia mengandungi segala-gala yang wujud di mana-mana ruang dan waktu. | UMUM | |
ODIN | Odin ialah ketua dewa dalam mitologi Norse. Dia juga dinamakan Wotan. Odin menjadi pemerintah alam semesta selepas dia dan kedua-dua abangnya, Ve dan Vili, membunuh gergasi ais Ymir, makhluk bernyawa yang pertama. Dari badan Ymir yang besar itu, mereka mencipta Midgard, iaitu bumi; dan mula membina Asgard, tempat tinggal dewa-dewa. | UMUM | |
EDDINGTON, SIR ATHUR STANLEY | Eddington, Sir Athur Stanley (18821944), ahli astronomi Inggeris, sejak awal telah berminat terhadap struktur alam semesta dan juga pergerakan dan susunan dalaman bintang-bintang. | UMUM | |
SINARAN | Sinaran ialah tenaga yang dibebaskan dalam bentuk gelombang atau zarah jirim yang kecil. Sinaran terdapat di seluruh alam semesta dan wujud dalam banyak bentuk. Kebanyakan orang pernah mendengar tentang sinar-x, sinar gama dan sinaran daripada reaktor nuklear. Jenis sinaran ini sering dianggap sebagai bahaya terhadap kesihatan, walaupun sinar-x dan sinar gama juga mempunyai kegunaan yang bernilai dalam perubatan. Tetapi, terdapat banyak bentuk sinaran yang lain. | UMUM | |
EKSOBIOLOGI | Eksobiologi ialah cabang biologi yang mengkhusus dalam pencarian dan kajian tentang kehidupan di tempat lain di alam semesta. | UMUM | |
NUMEROLOGI | Numerologi ialah amalan menggunakan nombor untuk menganalisis keperibadian dan meramal masa hadapan. Ia berasaskan kepercayaan bahawa alam semesta dikawal oleh hukum-hakam angka dan bahawa setiap nombor mempunyai kuasa dan kualiti khas. Kebanyakan ahli sains percaya bahawa numerologi tidak berasaskan sains, tetapi ramai orang di seluruh dunia mengamalkannya. | UMUM | |
ASTRONOMI | Astronomi, ilmu falak atau astronomi adalah ilmu yang mengkaji bintang, planet dan benda- benda lain yang terdapat dalam alam semesta. Ahli- ahli astronomi sentiasa meneropong kedudukan dan pergerakan setiap jirim angkasa lepas. Penumpuan ahli astronomi tidak terhad kepada kegiatan meneropong semata-mata, malah mereka cuba mencari jawapan kepada persoalan seperti Apakah rencaman bintang-bintang? dan Bagaimanakah bintang mendapat cahaya. Oleh sebab itu, sesetengah ahli astronomi ini juga dikenali sebagai astrofizik, iaitu mereka yang mengkaji tindak balas fizik dan kimia yang berlaku di angkasa lepas. | UMUM | |
KOSMOLOGI | Kosmologi, dalam bidang astronomi dan astrofizik, ialah kajian tentang struktur, dinamik, dan perkembangan alam semesta. | UMUM | |
TEORI BESAR DISATUKAN | Teori besar disatukan , juga dikenali sebagai GUTs (Grand Unified Theories), cuba untuk menyatukan tiga daripada empat daya asas yang dianggap menguasai alam semesta. Ketiga-tiga daya ini, daripada yang terlemah hingga kepada yang terkuat, adalah (1) daya nuklear lemah, (2) keelektromagnetan, dan (3) daya nuklear kuat. Daya nuklear lemah bertanggungjawab terhadap pereputan radioaktif banyak jenis nukleus atom. Keelektromagnetan ialah daya yang mengikat elektron kepada nukleus. Daya nuklear kuat mengikat nukleus bersama-sama. Kegravitian, iaitu daya asas keempat, tidak termasuk dalam GUTs. Kesan graviti terhadap satu atom atau nukleus adalah terlalu lemah hinggakan ahli sains tidak berupaya mengesannya. | UMUM | |
KIAMAT | Kiamat ialah apabila seluruh alam semesta musnah. | AGAMA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| semesta (kata tugas) | Bersinonim dengan sarwa, segala, sekalian, seluruh, semua, para, segenap, serbi, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;, | |
|
|