Soane, Sir John (17531837), arkitek British yang dilantik sebagai arkitek Bank of England pada tahun 1788. Dalam tempoh 40 tahun berikutnya dia membina semula hampir keseluruhan bangunan tersebut, meskipun hanya sedikit hasil kerjanya masih wujud lagi pada masa kini. Soane juga membina Dulwich College Picture Gallery di London, dan tiga buah gereja di London, iaitu St. John di Bethnal Green, Trinity Church di Marylebone; dan St. Peters di Walworth. Soane lahir di Whitchurch, berhampiran Reading, Berkshire, England. Dia menghadiahkan rumah dan koleksi lukisannya yang terdapat di Lincolns Inn Fields kepada Kerajaan British yang dikenali sebagai Muzium Sir John Soane. |