Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TIANG SERI | Tiang utama pada rumah tradisional Melayu. | KEJURUTERAAN | Alat/Alatan |
RUMAH GADANG | RUMAH GADANG, rumah tradisional yang dimiliki bersama sebagai rumah pesaka oleh keluarga matrilineal di daerah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Rumah ini menjadi pusat pengaturan segala yang bersangkutan dengan kehidupan para kerabat matrilineal, dan juga melambangkan semangat demokrasi kerana di sinilah tempat rakyat bermusyawarah dan melaksanakan acara adat serta acara keagamaan. | BUDAYA | Bangunan/Kota |
SEKOLAH PONDOK | SEKOLAH PONDOK, institusi pengajian dan pendidikan Islam secara tradisional. Terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada sekolah pondok seperti pesantren di Jawa, penjentren di Madura, ranggang di Aceh dan surau di Minangkabau. Sekolah pondok adalah sebuah kawasan yang di dalamnya terdapat institusi pengajian Islam yang berbentuk tradisional. Terdapat rumah-rumah kecil yang didirikan berasingan. Bentuknya hampir sama antara satu dengan yang lain. Rumah-rumah ini didirikan secara tersusun yang berhampiran dengan rumah tuan guru dan surau atau masjid. Rumah-rumah kecil tersebut merupakan tempat tinggal pelajar, manakala surau atau masjid dijadikan tempat belajar dan beribadat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
BERAS KUNYIT | BERAS KUNYIT, beras yang dilumur atau digaul dengan kunyit dan digunakan sebagai salah sau bahan dalam upacara tradisional. Beras kunyit pada umumnya merupakan salah satu peralatan dalam upacara mendirikan rumah, memasuki rumah baharu, membuka ladang dan kebun serta memulakan menanam padi dan menuai. Selain itu, beras kunyit digunakan sewaktu upacara perdukunan, ketika upacara perkahwinan, atau apa sahaja upacara yang berkait dengan budaya tanah. Budaya tanah ini bermaksud kehidupan manusia banyak bergantung hidup pada tanah. Walaupun beras kunyit ini juga digunakan untuk melepaskan kapal aau perahu yang pertama kali akan ke laut, tetapi orang yang ke laut ini pada dasarnya, ialah manusia berbudaya tanah. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
SPENCE, SIR BASIL URWIN | Spence, Sir Basil Urwin (19071976) ialah arkitek British, yang paling dikenal kerana hasil rekaannya, Coventry Cathedral dan University of Sussex, di Brighton. Dengan teknik dan bahan moden yang digunakan secara tradisional, dia telah mereka bentuk gereja, hospital, rumah, taman perumahan, pameran, pangsapuri, sekolah, panggung dan bangunan universiti. Antara reka bentuknya termasuklah sebuah sekolah yang lengkap di Sydenham, Kent, dan Sekolah St. Martin di Shrewsbury, Shropshire. Hasil kerjanya juga dapat dilihat di universiti di Liverpool, Durham, Southampton, Nottingham, Glasgow dan Exeter. Spence turut terlibat dalam mereka bentuk bandar baru Basildon, Essex dan Hartfield, Hertfordshire dan di Glasgow. | UMUM | |
BAIT | BAIT, rangkap dalam puisi. Kata bait itu sendiri adalah dari bahasa Arab bayt yang bermakna rumah atau khemah. Satu rangkap puisi Arab dikatakan sebuah bait iaitu terdiri daripada dua misra, dua kerat atau dua larik, atau satu kuplet daripada keseluruhan sebuah puisi. Bait-bait puisi itu pula hendaklah sesuai dengan kaedah, susunan atau aspek-aspek estetika puisi tersebut. Dalam puisi Melayu tradisional, bait ialah suatu rangkap puisi Arab atau Parsi yang diturunkan dalam bahasa asalnya serta diberikan terjemahannya dalam bahasa Melayu. Misalnya: Dalam Sejarah Melayu edisi Shellabear (1975), pada kisah Tun Teja dengan perempuan tua pelulut, diberikan suatu bait puisi Arab: La tamananna ajuzatan tadkhulu fil-khbai\Hal tamananu asadan maal-aghnami. | SASTERA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| rumah (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kediaman: panti, bait berek, rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, apartmen, rumah teres,
rumah berkembar, banglo, vila,
2. Dalam konteks rumah tradisional bersinonim dengan rumah limas, rumah Minangkabau, rumah Melaka, rumah kutan, rumah bumbung limas,
rumah tiang enam, rumah serambi Pahang, rumah Temuan, rumah Semai, rumah Jakun, rumah panjang,
3. Dalam konteks institusi bersinonim dengan rumah kebajikan, rumah orang-orang tua, rumah anak yatim, rumah kanak-kanak cacat,
4. Dalam konteks komersil bersinonim dengan rumah rehat, rumah tumpangan, rumah persinggahan, rumah urut, rumah sundal, rumah judi.,
|
|
|