Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RUMAH PANJANG | Rumah panjang, kediaman suku kaum tertentu di Sarawak. Secara tradisi, suku kaum Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, dan Orang Ulu yang lain tinggal di rumah panjang. | UMUM | Umum |
SEMAI | SEMAI, suku kaum Orang Asli yang terdapat di Perak, Pahang dan Selangor. Istilah Semai berasal daripada perkataan bahasa orang Temiar iaitu seman yang bermaksud orang di bukit selatan. Terdapat dua kelompok orang Semai iaitu Semai Barat dan Semai Timur. Di barat, majoriti orang Semai mendiami rumah-rumah yang berasingan berasaskan konsep keluarga nuklear. Manakala di timur, orang Semai masih tinggal di rumah-rumah panjang dan mempunyai keluarga besar. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
TUAI RUMAH | TUAI RUMAH, ketua rumah panjang di Sarawak. Tanggungjawab utama tuai rumah adalah mengawal kebajikan ahli-ahli rumah panjang yang juga merupakan anak-biak atau pengikutnya. Di samping itu, tuai rumah juga bertindak sebagai penjaga adat resam kelompoknya. Oleh itu, seseorang yang dilantik sebagai tuai rumah oleh ahli-ahli rumah panjang lazimnya seseorang yang memiliki pengetahuan luas tentang budaya atau adat resam sukunya. Pengetahuan ini penting kerana kehidupan suku kaum di Sarawak, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, masih berlandaskan undang-undang peribumi yang diwarisi turun-temurun. | BUDAYA | Konsep |
GAWAI | GAWAI, perayaan yang diamalkan oleh suku kaum Dayak dan kaum-kaum lain di Sarawak. Umumnya, gawai disambut oleh penghuni sesebuah rumah panjang. Dalam bahasa Iban, gawai atau gawa bermakna apa sahaja jenis pekerjaan atau kegiatan yang dijalankan. | BUDAYA | Adat |
DATUN JULUT | DATUN JULUT, tarian masyarakat Kenyah di Sarawak. Tarian ini biasanya ditarikan oleh kaum perempuan pada hari kebesaran ataupun semasa meraikan kedatangan pelawat ke rumah panjang mereka. Lazimnya, tarian ini diadakan pada waktu petang. Kadang-kadang pihak lelaki juga ikut serta bagi menyerikan lagi suasana perayaan tersebut. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TUAI BURUNG | TUAI BURUNG, tukang tilik dalam masyarakat Iban. Tuai burung bijak mentafsir petanda berasaskan peristiwa semula jadi, terutama sekali tingkah laku burung dan binatang lain. Biasanya, tuai burung ialah seorang lelaki yang sudah berumur dan berpengaruh dalam sebuah rumah panjang. Tuai burung sama penting dengan tuai rumah dan lebih diutamakan daripada dukun dan lemambang. | BUDAYA | Konsep |
PERABOT | Perabot terdiri daripada kerusi, meja, katil, dan kelengkapan lain yang memberikan keselesaan dan kemudahan di dalam rumah, sekolah, dan pejabat kita. Kita berehat di atas kerusi dan kerusi panjang, dan menyimpan pelbagai barang di dalam peti, kabinet dapur, dan almari buku. Meja tulis menyediakan tempat untuk menelaah dan membuat kerja-kerja menulis. Sesetengah set televisyen dan sistem hi-fi mempunyai kabinet yang menarik, dan oleh kerana itu, ia juga dianggap sebagai perabot. Piano merupakan sejenis perabot yang menarik di kebanyakan rumah. | UMUM | |
SERAT | Serat , juga dikenali sebagai serabut atau gentian, ialah lembar bak rambut bagi sesuatu bahan yang benar-benar panjang berbanding dengan lebarnya. Serat sekurang-kurangnya 100 kali lebih panjang daripada lebarnya. Serat adalah fleksibel dan boleh dipintal menjadi yan dan dibuat kain. Serat ialah unit nampak yang paling kecil daripada sebarang keluaran tekstil. Pembuat menggunakan serat dalam pakaian atau dalam perhiasan rumah seperti permaidani, langsir, dan upholsteri. Mereka juga menggunakan serat dalam banyak keluaran industri, termasuk payung terjun (paracut), hos bomba, bahan penebat, dan pakaian angkasa. Dalam perubatan, serat digunakan untuk membuat arteri dan tendon artifisial. | UMUM | |
ASPIDISTRA | Aspidistra ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Timur, tetapi ditanam secara meluas sebagai tanaman di rumah. Oleh sebab tumbuhan ini tumbuh dengan baik dalam keadaan yang kurang baik, maka tumbuhan ini juga dikenal sebagai tumbuhan besi tuangan . Daunnya banyak lagi panjang dan berkilat-kilat. Warna daunnya itu boleh jadi hijau tua, berjalur-jalur putih ataupun bertompok-tompok kuning. Aspidistra berbunga di pangkalnya dengan warna ungu keperangperangan. Pengelasan saintifik. Aspidistra termasuk dalam famili lili, Liliaceae. Genusnya Aspidistra elatior . | UMUM | |
SYARIKAT PEMBINAAN | Syarikat pembinaan ialah bank simpanan khas. Fungsi utama syarikat pembinaan ialah menggalakkan simpanan daripada orang awam, dan meminjamkan simpanan itu kepada individu yang hendak membeli rumah sendiri. Pinjaman ini dibuat mengikut perjanjian undang-undang yang dikenali sebagai gadai janji. Gadai janji biasanya dibayar balik dalam jangka masa yang panjang selama 20 atau 25 tahun. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| rumah (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kediaman: panti, bait berek, rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, apartmen, rumah teres,
rumah berkembar, banglo, vila,
2. Dalam konteks rumah tradisional bersinonim dengan rumah limas, rumah Minangkabau, rumah Melaka, rumah kutan, rumah bumbung limas,
rumah tiang enam, rumah serambi Pahang, rumah Temuan, rumah Semai, rumah Jakun, rumah panjang,
3. Dalam konteks institusi bersinonim dengan rumah kebajikan, rumah orang-orang tua, rumah anak yatim, rumah kanak-kanak cacat,
4. Dalam konteks komersil bersinonim dengan rumah rehat, rumah tumpangan, rumah persinggahan, rumah urut, rumah sundal, rumah judi.,
|
|
Puisi |
---|
|
Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang, Hendak bersafar ke Tanjung Keling; Kalau semua orang berambut panjang, Apatah hal nasib si tukang gunting?
Lihat selanjutnya... |
|