Teresa, Mother (19101997), ialah biarawati Roman Katolik yang menerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1979 kerana jasanya kepada orang miskin. Dia terkenal dengan gelaran Saint of the Gutters . Pada tahun 1950, Mother Teresa mengasaskan pertubuhan agama di Calcutta, India. Pertubuhan ini dikenal sebagai Missionaries of Charity. Pertubuhan agama ini memberikan bantuan makanan kepada pihak yang memerlukan dan membuka hospital, sekolah, rumah anak yatim, pusat belia dan tempat tinggal kepada pesakit kusta dan orang yang hidup melarat. Cawangan pertubuhan ini terdapat sekurang-kurangnya di 50 buah bandar di India dan lebih kurang 30 buah cawangan di negara lain. |