Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
OXFORDSHIRE | Oxfordshire ialah sebuah kaunti pertanian di selatan tengah England dengan pemandangan alam yang tidak tercemar, kampung-kampung yang cantik, dan rumah-rumah bersejarah yang menarik ramai pelancong. Ia terkenal kerana Oxford, iaitu pusat pentadbirannya, mempunyai salah sebuah universiti yang tertua dan terhebat di dunia. Sungai Thames mengalir ke arah timur melalui kaunti ini. Untuk lokasi Oxfordshire, lihat England (peta politik) | UMUM | |
KEDIAMAN DI TASIK | Kediaman di tasik. Penduduk awal di Eropah kadangkala membina tempat kediaman di tasik atau di pinggir tasik atau caruk. Ahli sains menamakan rumah-rumah tersebut kediaman di tasik. Mereka membina rumah mereka di atas pelantar kayu yang didirikan di atas cerucuk atau tiang. | UMUM | |
SEKOLAH PONDOK | SEKOLAH PONDOK, institusi pengajian dan pendidikan Islam secara tradisional. Terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada sekolah pondok seperti pesantren di Jawa, penjentren di Madura, ranggang di Aceh dan surau di Minangkabau. Sekolah pondok adalah sebuah kawasan yang di dalamnya terdapat institusi pengajian Islam yang berbentuk tradisional. Terdapat rumah-rumah kecil yang didirikan berasingan. Bentuknya hampir sama antara satu dengan yang lain. Rumah-rumah ini didirikan secara tersusun yang berhampiran dengan rumah tuan guru dan surau atau masjid. Rumah-rumah kecil tersebut merupakan tempat tinggal pelajar, manakala surau atau masjid dijadikan tempat belajar dan beribadat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
RUMAH BOT | | UMUM | Umum |
RUMAH PENJELASAN | Institusi ekonomi | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |
RUMAH KEDIAMAN | Bangunan untuk diduduki oleh orang... | KEJURUTERAAN | Bangunan/Kota |
RUMAH KEDAI | Bangunan yang menempatkan ruang perniagaan di tingkat bawah dan ruang kediaman di tingkat atas. | KEJURUTERAAN | Bangunan/Kota |
NORTHAMPTONSHIRE | Northamptonshire ialah kaunti Inggeris yang kecil yang terdiri daripada kampung-kampung dengan rumah batu yang indah, rumah agam bersejarah, rumah golongan bangsawan, dan gereja yang mempunyai puncak menara zaman pertengahan yang indah. Untuk lokasi Northamptonshire, lihat England (peta politik). Kaunti ini terkenal kerana pengeluaran kasut dan pakaian. Bandar industrinya terletak berhampiran bahagian tengah kaunti ini. Bentuk muka buminya berbeza-beza daripada padang rumput yang luas dan rata di Lembah Nene yang lebih rendah hingga dikelilingi bukit yang landai di bahagian tenggara. | UMUM | |
SEMAI | SEMAI, suku kaum Orang Asli yang terdapat di Perak, Pahang dan Selangor. Istilah Semai berasal daripada perkataan bahasa orang Temiar iaitu seman yang bermaksud orang di bukit selatan. Terdapat dua kelompok orang Semai iaitu Semai Barat dan Semai Timur. Di barat, majoriti orang Semai mendiami rumah-rumah yang berasingan berasaskan konsep keluarga nuklear. Manakala di timur, orang Semai masih tinggal di rumah-rumah panjang dan mempunyai keluarga besar. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
TUAI RUMAH | TUAI RUMAH, ketua rumah panjang di Sarawak. Tanggungjawab utama tuai rumah adalah mengawal kebajikan ahli-ahli rumah panjang yang juga merupakan anak-biak atau pengikutnya. Di samping itu, tuai rumah juga bertindak sebagai penjaga adat resam kelompoknya. Oleh itu, seseorang yang dilantik sebagai tuai rumah oleh ahli-ahli rumah panjang lazimnya seseorang yang memiliki pengetahuan luas tentang budaya atau adat resam sukunya. Pengetahuan ini penting kerana kehidupan suku kaum di Sarawak, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, masih berlandaskan undang-undang peribumi yang diwarisi turun-temurun. | BUDAYA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| rumah (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kediaman: panti, bait berek, rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, apartmen, rumah teres,
rumah berkembar, banglo, vila,
2. Dalam konteks rumah tradisional bersinonim dengan rumah limas, rumah Minangkabau, rumah Melaka, rumah kutan, rumah bumbung limas,
rumah tiang enam, rumah serambi Pahang, rumah Temuan, rumah Semai, rumah Jakun, rumah panjang,
3. Dalam konteks institusi bersinonim dengan rumah kebajikan, rumah orang-orang tua, rumah anak yatim, rumah kanak-kanak cacat,
4. Dalam konteks komersil bersinonim dengan rumah rehat, rumah tumpangan, rumah persinggahan, rumah urut, rumah sundal, rumah judi.,
|
|
Puisi |
---|
|
Rumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 90 Charity begin at home Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekering Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|