Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
QANAAH | sifat berpada-pada iaitu berpuas hati atau reda dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki, yang dapat memenuhi keperluan hidupnya sama ada dari segi makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain | AGAMA | Konsep |
SANG NILA UTAMA | SANG NILA UTAMA ( 1348), raja Melayu yang pertama bagi kerajaan Temasik (kini Singapura). Baginda ialah putera sulung Sang Sapurba. Menurut Sejarah Melayu, Sang Nila Utama dikata sedang bermain-main di Tanjung Bemban, baginda ternampak pantai Temasik. Dia membawa rombongannya ke perairan Temasik, tetapi mereka hampir karam semasa menuju ke perairan Teluk Belanga, di selatan Temasik. Setelah membuangkan mahkota baginda ke laut, barulah ribut itu reda. Ketika Sang Nila Utama mendarat di pulau itu bersama-sama rombongannya, baginda ternampak seekor binatang yang tangkas berlalu di hadapan mereka. Baginda diberitahu bahawa binatang itu ialah seekor singa, lantas baginda menamakan pulau itu Singapura (kota singa). Setelah itu, Sang Nila Utama membuka kerajaan dan baginda menjadi raja yang pertama dengan memakai gelaran Sri Tri Buana. Baginda memerintah dari tahun 1300 hingga tahun 1348 | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
|