Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DIANG-DIANGAN | DIANG-DIANGAN, cerita rakyat Brunei yang dituturkan secara berlagu dari mulut ke mulut dengan diiringi pukulan gendang yang khusus. Cerita ini dituturkan dalam dialek bahasa Brunei yang diselang-seli dengan perkataan-perkataan Melayu Brunei lama. Diang-diangan berbeza bentuknya daripada hikayat dan syair, walaupun sering terdapat persamaan bunyi pada akhir kalimat yang tertentu. Diang-diangan hanya mementingkan kata-kata yang sesuai dan menarik untuk menghidupkan jalan cerita. | SASTERA | Karya |
PUTERA | Putera ialah gelaran yang tertinggi golongan bangsawan. Perkataan ini berasal dari perkataan Latin , princeps , bermakna pertama . Perkataan princeps digunakan sebagai gelaran kepada pegawai awam dan tentera Rom purba. Puak Visigoth dan Lombard Jerman yang tinggal dalam Empayar Rom menggunakan perkataan putera bagi maksud kuasa kebebasan. | UMUM | |
MESTIZO | Mestizo ialah perkataan Sepanyol yang berasal daripada perkataan Latin mixtus yang bererti bercampur. Perkataan ini merujuk kepada seseorang yang berketurunan campur. Seorang mestizo mungkin mempunyai keturunan campuran orang kulit putih dengan orang kulit hitam atau keturunan orang Melayu. Perkataan ini lebih kerap digunakan kepada keturunan campuran orang kulit putih dengan kaum Asli Amerika, terutamanya di Amerika Latin. Lihat juga Amerika Latin (penduduk; gambar). | UMUM | |
REGRESI | Regresi ialah tanda tipikal penyakit mental tertentu. Perkataan ini asalnya daripada perkataan Latin yang bermaksud rosot kembali . | UMUM | |
ELL | Ell ialah ukuran panjang yang dikira dari lengan bawah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Anglo-Saxon, eln atau Teutonik, alina, yang bermakna lengan bawah dari hujung jari hantu hingga siku. | UMUM | |
YULE | Yule ialah perkataan lain untuk Krismas. Yuletide bermaksud musim Krismas. Asal usul perkataan Yule tidak pernah ditentukan, tetapi berkemungkinan perkataan ini berasal daripada pesta menuai pra-Kristian yang diadakan pada bulan November. | UMUM | |
REBUS | Rebus ialah sejenis permainan perkataan. Dalam permainan ini, petempatan atau saiz huruf, nombor, atau perkataan menunjukkan nama, frasa, atau perkataan lain. | UMUM | |
ANUITI | Anuiti ialah sejumlah wang yang dibayar pada masa yang ditetapkan, biasanya sekali setahun. Perkataan ini berasal daripada perkataan Latin, annus , yang bermaksud tahun . Polisi insurans, wasiat, dan dokumen lain memperuntukkan anuiti. | UMUM | |
ILMU SARAF | Ilmu saraf, bererti perubahan atau pertukaran. Perkataan ini diambil sebagai satu istilah yang bermaksud satu sistem penukaran perkataan, luaran atau dalaman, tetapi tidak melibatkan penukaran pada baris perkataan. | UMUM | Umum |
KOMA | Koma ialah keadaan hilang kesedaran sama sekali. Perkataan ini berasal dari perkataan Yunani, koma, yang bermakna tidur lena. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kata (kata nama) | Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz,
sebut, ujar, syarah, bahas;, | | Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan, |
|
|