Minyak atar, juga dikenali sebagai otto, iaitu minyak pati yang didapati dengan melalukan wap pada kelopak bunga. Minyak pati memberi kewangian kepada bunga tertentu. Minyak atar digunakan untuk memberikan bau kepada minyak wangi dan kosmetik. Kebanyakan minyak atar didapati daripada bunga ros. Minyak atar daripada bunga ros dihasilkan terutamanya di Bulgaria. Sebanyak kira-kira 1800 kilogram kelopak bunga ros menghasilkan 0.5 kilogram minyak atar daripada bunga ros. Pembuat minyak wangi menghargai minyak atar ros dari Bulgaria kerana bau bunganya yang kuat dan harum. |