Kata |
Takrif |
Sumber |
saringan | 1 hasil yg diperoleh drpd menyaring. 2 acara dsb utk memilih; pemilihan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saringan | 1. = penyaring penapis, tapisan; 2. acara dsb utk memilih (yg baik, elok dll): drpd jumlah ini, seramai 16 orang akan dipilih utk menjalani ~ bagi memilih 6 orang peserta paling baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saringan | 2 acara dsb utk memilih; pemilihan. | Kamus Pelajar |
saringan | 1 hasil yg diperoleh drpd menyaring. | Kamus Pelajar |
saring; menyaring | saringan | Kamus Pelajar |
menapis | 1. menuras dgn saringan (barang yg cair spt minyak, air minum, dll), menyaring: air yg digunakan di situ telah dibersihkan dan ditapis sebelum dihantar ke rumah-rumah; 2. meneliti serta memilih-milih (utk mengasingkan yg dikehendaki drpd yg tidak dikehendaki), menyaring: ia perlu ~ maklumat yg berbagai-bagai itu sebelum membuat sesuatu pilihan yg dapat diterima; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tapis I | 1. alat utk menapis; 2. bp menapis; bertapis (telah) ditapis: air yg belum ~;menapis 1. menuras dgn saringan (barang yg cair spt minyak, air minum, dll), menyaring: air yg digunakan di situ telah dibersihkan dan ditapis sebelum dihantar ke rumah-rumah; 2. meneliti serta memilih-milih (utk mengasingkan yg dikehendaki drpd yg tidak dikehendaki), menyaring: ia perlu ~ maklumat yg berbagai-bagai itu sebelum membuat sesuatu pilihan yg dapat diterima; tapisan 1. sesuatu yg sudah ditapis, hasil drpd menapis; 2. = penapis alat utk menapis sesuatu: ~ minyak; penapisan 1. perbuatan menapis: ~ minyak; ~ kertas kerja dilakukan oleh ahli jawatankuasa; 2. (Udg) pemeriksaan yg dibuat terhadap bahan terbitan, filem dsb dgn tujuan utk menghalang penyebaran atau pengeluaran bahan yg boleh dikira sebagai tidak bermoral, lucah, cabul atau membahayakan keselamatan; penapis 1. alat utk menapis, penyaring: kaca atau filem yg berwarna itu dinamakan ~ warna atau ~ cahaya; 2. orang (badan dsb) yg menapis: dlm negeri kita ini, ada Lembaga P~ Filem, sebuah badan yg bertugas utk menapis filem yg hendak ditayangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saring | ; menyaring 1 membersihkan benda-benda cair dgn melalukannya menerusi alat yg berlubang halus-halus; menapis: ~ air minuman. 2 memilih utk mendapatkan mana-mana yg baik dll. saringan 1 hasil yg diperoleh drpd menyaring. 2 acara dsb utk memilih; pemilihan. penyaringan perbuatan atau proses menyaring. penyaring alat atau perkakas utk menyaring; penapis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saring I | ; menyaring 1. membersihkan sesuatu (menerusi benda yg berlubang kecil-kecil), menapis: ~ minyak; 2. ki memilih (utk mencari yg baik, elok, dll): ~ pemohon-pemohon yg akan diambil bekerja; saringan 1. = penyaring penapis, tapisan; 2. acara dsb utk memilih (yg baik, elok dll): drpd jumlah ini, seramai 16 orang akan dipilih utk menjalani ~ bagi memilih 6 orang peserta paling baik; penyaringan 1. perihal (kerja, proses, dsb) menyaring, penapisan; 2. perbuatan atau proses memilih (yg baik, elok, dll); 3. yg telah disaring. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
heat | n 1. (form of energy) haba: latent ~, haba pendam; ~ conduction, konduksi haba; 2. warmth, hotness, kepanasan, kehangatan; (radiated) bahang: the ~ of the iron, kepanasan besi itu; the ~ of the midday sun, bahang mata hari rembang; 3. source of heat, [various translations]: after ten minutes she turned down the ~ of the oven, selepas sepuluh minit, dia mengurangkan suhu ketuhar; she placed the pan directly on to the high ~, dia meletakkan kuali terus di atas dapur yg panas; 4. hot weather, cuaca panas; 5. also body heat, panas badan: to bring down the body ~, menurunkan panas badan; 6. most intense part, kemuncak: in the ~ of the battle, pd kemuncak peperangan itu; 7. (sports ) saringan: preliminary ~s, saringan awal; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
screening hospital | hospital saringan | Kesihatan Awam | Tiada | Hospital yang menyediakan perkhidmatan saringan sesuatu penyakit. Contohnya, COVID-19. |
heats | saringan | Sukan | Lumba Basikal | Acara awal untuk memilih pelumba yang layak bertanding seterusnya. |
nutritional screening | saringan pemakanan | Sains Kesihatan | Tiada | Proses mengenal pasti status atau penyaringan status pemakanan. |
drive-through screening | saringan pandu lalu | Kesihatan Awam | Tiada | Tiada |
filter bubble | gelembung saringan | Umum | Tiada | Situasi apabila seseorang hanya mendengar atau melihat berita dan maklumat yang menyokong apa yang mereka sudah percaya dan suka, terutamanya situasi yang dicipta di internet hasil daripada algoritma (set peraturan) yang memilih hasil carian seseorang. |
repercharge | saring semula | Sukan | Lumba Basikal | Saringan ulangan bagi pelumba yang kalah untuk meneruskan pertandingan peringkat seterusnya. |
COVID-19 self-test kit | kit ujian kendiri COVID-19 | Kesihatan Awam | Tiada | Alat yang digunakan sebagai ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh individu untuk mengesan status COVID-19 dengan cepat dan mudah. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
saringan | [sa.ri.ngan] | ساريڠن |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
ujian pranatal | prenatal testing | Ujian semasa mengandung yang terdiri daripada ujian rutin, ujian saringan dan ujian diagnosis. | Menengah Atas |
|
|