Kata |
Takrif |
Sumber |
nukil | nukilan; menukilkan memetik (cerita, karangan, dll), mengutip; nukilan sesuatu yg dipetik (dipungut dll), kutipan, petikan, pungutan: penelitian saya terhadap berbagai-bagai sumber spt ~ sejarah terbitan-terbitan yg berkaitan; nukilan sesuatu yg dipetik (dipungut dll), kutipan, petikan, pungutan: penelitian saya terhadap berbagai-bagai sumber spt ~ sejarah terbitan-terbitan yg berkaitan; penukil orang yg memetik (cerita, karangan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nukilan | sesuatu yg dipetik (dipungut dll), kutipan, petikan, pungutan: penelitian saya terhadap berbagai-bagai sumber spt ~ sejarah terbitan-terbitan yg berkaitan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sitat | IB sesuatu yg dikutip (dipetik), kutipan, nukilan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
petikan | 1. hasil (pendapatan) memetik; 2. = pemetik picu senapang dll; 3. = pemetik suis lampu elektrik; 4. kutipan, nukilan; ~ api alat utk memasang rokok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
petik | ; memetik 1. mengambil (buah, bunga, pucuk, dll) drpd tangkainya: telah sudah bermain-main itu, lalu ia pun pergi pula ~ bunga mengarang kuntum; buah-buahan itu dipetik dan kemudian dibawa dgn lori ke kilang-kilang; 2. mengambil atau menyalin sebahagian drpd isi buku (karangan dll), menukil: dlm ucapan dan syair orang Arab banyak menggunakan kalimat-kalimat dan perbandingan-perbandingan kata yg dipetik drpd Quran; 3. bermain gitar (kecapi dll) dgn menggamit talinya: ia bernyanyi sambil ~ gitar; 4. menarik picu senapang dll dgn jari, menarik tali panah dgn jari; 5. merapatkan dan menggesekkan ibu jari dgn jari lain supaya mengeluarkan bunyi: barangkali inilah kunci rahsia itu, Lebai Dusin menjegil-jegilkan mata dan ~ jari dgn riang; 6. menekan (memusing) suis lampu dll yg menggunakan kuasa elektrik: dia membuka tingkap, ~ kipas angin dan ~ lampu kerana bilik itu agak muram sedikit; 7. memilin atau memintal misai dgn menggunakan dua jari; 8. menghisap rokok dll dgn menyelitkan rokok itu di antara dua jari; ~ bola melompat sambil menangkap (memukul) bola; ~ hasil mengutip hasil; memetiki memetik berulang-ulang; memetikkan memetik utk orang; terpetik telah dipetik, tergamit, terkutip, terpintal, tertekan; petikan 1. hasil (pendapatan) memetik; 2. = pemetik picu senapang dll; 3. = pemetik suis lampu elektrik; 4. kutipan, nukilan; ~ api alat utk memasang rokok; pemetikan perbuatan memetik; pemetik 1. orang yg memetik; 2. petikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
classic | klasik | Kesusasteraan | Tiada | Kategori karya sastera yang bermutu tinggi yang lahir daripada tamadun Yunani dan Romawi. Karya sastera diakui memiliki keunggulan dan kehebatan sepanjang zaman. Karya sastera klasik bukan sahaja menampilkan pemikiran yang besar tetapi juga memperlihatkan estetik seni yang tinggi bagi bangsa yang melahirkannya. Biasanya, pengarang yang menghasilkan karya klasik merupakan seniman yang mewakili genius zaman silam bagi bangsa berkenaan. Antara karya yang dianggap klasik dalam sejarah kesusasteraan Barat termasuklah karya Homer, Iliad dan Odyssey dan karya karangan Shakespeare bertajuk Hamlet dan Romeo and Juliet. Karya Jane Austen berjudul Pride and Prejudice merupakan contoh karya klasik dalam sejarah kesusasteraan Inggeris. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, karya yang dianggap klasik umumnya muncul atau lahir dalam era kesusasteraan istana di Pasai, Aceh dan Johor-Riau. Karya berkenaan merupakan nukilan pengarang istana yang dianggap sebagai golongan genius Melayu pada zaman silam. Antara karya yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, dan Tuhfat al-Nafis. Ketinggian nilai karya ini terletak pada ketinggian pemikiran yang mendasari penulisan karya tersebut. Aspek penting yang diketengahkan dalam karya termasuklah sejarah, adat-istiadat, kepercayaan, sosiopolitik, undang-undang, adab sopan dan sebagainya. Di samping itu, karya klasik memperlihatkan ketinggian seni kesusasteraan Melayu zaman silam yang kaya dengan kehalusan bahasa, ketajaman pemikiran, kekayaan pengalaman, dan keindahan pengucapan. Ketinggian mutu karya bagi suatu bangsa ada kalanya berlaku dalam suatu tempoh masa tertentu yang dianggap sebagai periode klasik bagi hasil kesusasteraan bangsa tersebut. Karya yang tergolong dalam periode itu merupakan karya zaman keemasan dalam sejarah bangsa tersebut. Zaman Abasiyah dianggap zaman keemasan dalam tradisi kesusasteraan Arab tradisional. Abad ke-16 hingga abad ke-19 boleh dianggap sebagai period klasik dalam sejarah kesusasteraan Melayu tradisional. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
nukilan | [nu.ki.lan] | نوکيلن |
|
Tesaurus |
---|
| nukil | | Kata Terbitan : nukilan, |
|
|