Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SENJATA PANJANG | SENJATA PANJANG, sejenis senjata yang berukuran melebihi sehasta dan berhulu panjang. Senjata panjang terdiri daripada lembing, seligi, tombak, sundang pedang, keris panjang dan parang panjang (golok). | BUDAYA | Alat/Alatan |
POTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANUR | POTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANUR, kumpulan karya Abdul Hadi W.M. Kumpulan puisi ini memuatkan 39 buah puisi yang ditulis antara tahun 1967 hingga 1972. Melalui puisi-puisinya dalam kumpulan ini Abdul Hadi menampilkan fenomena alam dan kekuasaan Tuhan. Bagi Abdul Hadi semua kejadian ini bersumber kepada kekuasaan dari kemuliaan Allah, yang mencipta alam dan isinya. | SASTERA | Karya |
KAIN PANJANG | KAIN PANJANG, kain yang kedua-dua punca atau hujungnya tidak dicantumkan. Dalam istilah tenunan orang Melayu, kain ini dinamakan kain lepas atau kain tenunan panjang. | BUDAYA | Kraf Tangan |
PUCUNG | Pucung ialah mana-mana satu daripada 60 spesies burung randuk, yang termasuk burung helang dan bittern. Pucung adalah burung yang cantik, paruhnya panjang dan runcing. Burung ini mempunyai kepala yang tirus, leher yang panjang, dan kaki yang panjang. Sesetengah burung pucung mempunyai jambul yang panjang dan berbulu pada leher dan badannya. Burung pucung tinggal di semua benua kecuali Antartika.. | UMUM | |
BURUNG BOTAK | Burung botak ialah burung besar berkaki panjang, bersayap kuat, dan berparuh panjang tirus. Terdapat 17 spesies burung botak di seluruh dunia, iaitu 14 di Hemisfera Timur dan tiga di Hemisfera Barat. Burung botak memakan serangga, ikan, katak, reptilia, anak burung dan mamalia kecil. Kebanyakan spesies burung botak mencari makanan di paya dan rawang, tetapi sesetengah spesies mencari makanan di hutan atau di dataran berumput dan di kawasan ladang. | UMUM | |
PADANG PANJANG | PADANG PANJANG, pusat gerakan Islam yang terletak di Propinsi Sumatera Barat, Indonesia. Padang Panjang juga merupakan Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. Kota ini memainkan peranan penting dalam modenisasi bidang kebudayaan, terutama pendidikan agama Islam di Sumatera sejak awal abad ke-20. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
GALAH PANJANG | GALAH PANJANG, permainan luar. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan seramai empat hingga 10 orang dalam satu pasukan. | BUDAYA | Konsep |
METER | Meter ialah unit asas panjang dalam sistem metrik Simbolnya ialah m. Satu meter bersamaan dengan 39.37 inci. Ahli sains mentakrif meter sebagai jarak perjalanan cahaya dalam vakum dalam 299 792 458 sesaat. Dari tahun 1960 hingga 1983, panjang meter ditakrif sebagai 1 650 763.73 panjang gelombang cahaya merah-jingga dari isotop kripton-86, yang diukur dalam vakum. Standard ukuran ini menggantikan bar meter platinum-iridium. Lihat juga Sentimeter. | UMUM | |
ROMBOID | Romboid ialah satu satah yang mempunyai dua sisi selari yang sama panjang, dan dua sisi lagi berlainan tetapi juga sama panjang. | UMUM | |
SEKENDI | Sekendi ialah mana-mana satu daripada melebihi 25 spesies burung randuk yang terdapat di kawasan panas di seluruh dunia. Burung ini berbeza-beza panjangnya dari 48 sentimeter hingga 110 sentimeter. Ia mempunyai leher yang panjang, kaki yang panjang, dan paruh yang panjang kurus yang melengkung ke bawah. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| panjang (adjektif) | 1. Dalam konteks ketinggian bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang, Berantonim dengan rendah
2. Dalam konteks kepanjangan bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong, Berantonim dengan pendek
3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela
| Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan, |
|
Puisi |
---|
|
Kencang-kencang angin timur, Belayar tanah seberang; Panjang-panjang engkau umur, Akan pembalas budi Si Dayang.
Lihat selanjutnya... |
|