| Tajuk | 
    Sinopsis | 
    Bidang | 
    Klasifikasi | 
   
  | SANGER, MARGARET | Sanger, Margaret (18831966) ialah pemimpin wanita gerakan kawalan kelahiran di Amerika Syarikat dalam awal tahun 1900-an. Pada waktu itu penyebaran maklumat atau alat kawalan kelahiran di Amerika Syarikat adalah menyalahi undang-undang. Sanger percaya bahawa orang perempuan sepatutnya mempunyai persamaan ekonomi dan sosial dengan orang lelaki. Untuk mencapai persamaan tersebut, dia berpendapat bahawa orang perempuan perlu mengelakkan kehamilan yang tidak dikehendaki. Sanger menubuhkan pertubuhan yang kemudiannya menjadi Persekutuan Keibubapaan Terancang Amerika (Planned Parenthood Federation of America), iaitu organisasi kawalan kelahiran yang utama di Amerika. Sanger mencipta istilah  kawalan kelahiran  yang dahulunya diken ali sebagai  keibuan sukarela  .  | UMUM |  |  
  | MACARTHUR, JOHN | Macarthur, John (17671834), mengasaskan  industri bulu biri-biri di Australia. Dia tiba di New  South Wales pada tahun 1790, sebagai pegawai  tentera British. Pada waktu itu kerajaan British  menganggap koloni tersebut semata-mata sebagai  sebuah petempatan penal dan peneroka yang tiba  terpaksa berusaha sendiri untuk menampung hidup  mereka. Macarthur mempunyai wawasan yang  berbeza. Dia percaya bahawa peneroka yang telah  dibebaskan boleh mengembangkan perdagangan  dan pertanian di New South Wales dan menjadikan  diri mereka dan koloni tersebut kaya. Dia  berpegang kuat kepada kepercayaan ini dan  berjuang untuk menjayakannya sepanjang  hidupnya. Dia berjuang tanpa kompromi dan  dengan perasaan yang sombong. Akibatnya, dia  mempunyai sedikit sahabat dan banyak musuh.  | UMUM |  |  
  | AUSTIN, STEPHEN FULLER | Austin, Stephen Fuller (17931836) merupakan penjajah Amerika. Pada tahun 1820-an, dia memulakan koloni Amerika yang pertama, sekarang ini dipanggil Texas. Kawasan ini adalah sebahagian daripada Mexico pada waktu itu.  | UMUM |  |  
  | ADAMS, ABIGAIL SMITH | Adams, Abigail Smith (17441818) ialah isteri  John Adams, presiden kedua Amerika Syarikat. Dia  juga ibu kepada John Quincy Adams, presiden  keenam. Abigail Adams terkenal kerana banyak  suratnya mengandungi pendapatnya mengenai  masyarakat pada waktu itu.  | UMUM |  |  
  | SANDRINGHAM | Sandringham ialah estet luar bandar yang digunakan oleh keluarga diraja British. Letaknya di Norfolk, lebih kurang 11 kilometer di timur laut Kings Lynn. Estet ini diperoleh untuk Edward VII, yang pada waktu itu menjadi Putera Wales, pada tahun 1861. Rumah Sandringham siap dibina pada tahun 1870. Tamannya dimajukan dan diperbaik oleh George V dan Ratu Mary. Estet ini boleh dikunjungi oleh orang ramai sekiranya keluarga diraja tidak berada di sana.  | UMUM |  |  
  | ALIRAN ASHCAN | Aliran Ashcan ialah sekumpulan pelukis  Amerika pada awal tahun 1900-an yang terkenal  terutamanya kerana lukisan realistik tentang  kehidupan di bandar. Kumpulan ini menentang  bidang yang tradisional, sentimental yang menjadi  ikutan dalam seni Amerika pada waktu itu.  | UMUM |  |  
  | EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA | EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA, sistem ejaan yang ketiga menggunakan tulisan Latin atau Rumi bagi bahasa Indonesia selepas Sistem Ejaan Rumi van Ophuijsen dan Sistem Soewandi. Sistem ejaan tersebut dirancang oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Prof. Dr. Prijono dan E. Katoppo. Jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan surat keputusan Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan No. 44876/s bertarikh 19 Julai 1958, yang ditandatangani oleh Moehammad Yamin, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan pada waktu itu.
   | BAHASA | Bahasa |  
  | PERPINDAHAN KE BARAT | Perpindahan ke barat membawa peneroka Amerika merentas benua dari Lautan Atlantik hingga ke Lautan Pasifik. Perpindahan ke barat ini bermula pada awal tahun 1600-an dengan petempatan orang Eropah di sepanjang pinggir pantai Atlantik, Amerika Utara. Ia berterusan hingga akhir tahun 1800-an. Pada waktu itu, perbatasan di barat Amerika Syarikat telah ditakluk.  | UMUM |  |  
  | KELLOGG, W. K. | Kellogg, W. K. (18601951), pengeluar bijirin  Amerika yang terkenal dengan gelaran King of The  Corn Flakes (Raja Kepingan Jagung). Semasa  separuh pertama usianya, Will Keith Kellogg tidak  dikenali ramai. Namun apabila dilantik sebagai  ketua syarikat bijirin yang ditubuhkan pada tahun  1906, dia mula menjadi salah seorang pakar  jurujual dan saudagar utama pada waktu itu, dan  berjaya mengumpul harta.  | UMUM |  |  
  | MOHD. HAMDAN ABDULLAH, TUN | MOHD. HAMDAN ABDULLAH, Tun (1922-1977), Yang Dipertua Negeri Sabah Keempat. Dia lahir pada 22 Februari 1922 di Kampung Labuaya, Tuaran, Sabah. Nama sebenarnya sebelum memeluk agama Islam ialah Indan Kari. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Vernakular di daerah Tuaran sehingga tamat Darjah Lima iaitu pencapaian tertinggi pada waktu itu (1935-1945). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
 |   |  | waktu (kata nama) |  1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak, 
  2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan, 
 
  |  | Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,  |   
  |  
  
    
   
      
                 |