Perang Badar al-Kubra meletus pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah bersamaan dengan tahun 624 M. antara orang Islam dengan orang kafir Makkah al-Mukarramah. Faktor utama berlakunya peperangan ini ialah orang Quraisy telah menyeksa dan merampas harta orang Islam sehingga memaksa mereka berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan rumah tangga di Makkah al- Mukarramah. Orang kafir juga telah menghalang orang Islam daripada menunaikan haji dan umrah. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. mahu melemahkan kekuatan orang kafir Quraisy dengan menghalang jalan perdagangan mereka dari Makkah al- Mukarramah ke Syam. |