Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ARMADA PERTAMA | Armada Pertama membawa banduan pertama dari Britain ke Australia pada tahun 1788. Pelayaran ini mengambil masa lapan bulan. Persediaan. Pada bulan Ogos 1786, Teluk Botany, di pantai timur Australia dinamakan sebagai tempat baru bagi menerima banduan yang dibawa dari Britain. Admiraliti Inggeris mula mengatur Armada Pertama, yang akan mengangkut kira-kira 700 banduan, berserta pegawai dan askar marin untuk mengawal banduan itu. | UMUM | |
ROSSE, EARL OF | Rosse, Earl of (18001867) ialah ahli astronomi Ireland yang membina teleskop pantul, yang pada masa itu merupakan yang terbesar dan paling berkuasa di dunia. Dia mengambil masa beberapa tahun untuk menyempurnakan kaedah dan bahan-bahan yang digunakan untuk membina cermin teleskop yang diperbuat daripada logam yang bergilap. Teleskop itu terletak di pekarangan rumah keluarga Rosse di Birr Castle, di Kaunti Offaly. Dengan menggunakan teleskop tersebut, Lord Rosse dapat mengkaji langit dengan lebih terperinci. Secara khusus dia dapat mengkaji tentang jisim jerebu yang dikenal sebagai nebula. | UMUM | |
OSTEOPOROSIS | Osteoporosis ialah kehilangan tisu tulang. Tulang yang normal terdiri daripada siri plat nipis, bersilang yang dikelilingi oleh cangkerang yang tebal. Dalam osteoporosis, plat ini dipenuhi dengan lubang atau mungkin hilang keseluruhannya. Cangkerang juga sering menjadi semakin nipis. Tulang menjadi amat rapuh, dan boleh retak sekalipun akibat kecederaan kecil. Walaupun osteoporosis mengambil masa bertahun-tahun untuk terjadi, biasanya tiada amaran tentang kewujudannya sehinggalah berlaku kecederaan. | UMUM | |
SYDNEY HARBOUR BRIDGE | Sydney Harbour Bridge di New South Wales ialah jambatan Australia yang paling terkenal di Australia dan salah sebuah jambatan satu rentangan yang paling panjang di dunia. Bersama dengan rentangan jalan masuknya, panjangnya ialah 1149 meter. Jambatan ini terbentang menyeberangi Pelabuhan Sydney dari Dawes Point ke Milsons Point. Jambatan ini, yang dibuka pada 19 Mac 1932, mengambil masa sembilan tahun untuk dibina dan menelan belanja hampir 20 juta dolar Australia. | UMUM | |
SEWARD, WILLIAM HENRY | Seward, William Henry (18011872), berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika Syarikat semasa Perang Saudara Amerika (1861 1865). Dia ialah pemimpin Republikan yang terkemuka di negara itu pada tahun 1860, tetapi tewas di tangan Abraham Lincoln dalam penamaan calon parti. Seward bertungkus-lumus untuk pemilihan Lincoln dan diterima dalam Kabinet Lincoln sebagai Setiausaha Negara. Oleh sebab kemampuan Seward mengendalikan hal-ehwal luar negara, negara-negara Eropah tidak memberi sebarang bantuan kepada Negeri-Negeri Gabungan. Seward telah dicederakan oleh orang yang bersubahat dengan John Wilkes Booth pada malam Lincoln dibunuh. Dia mengambil masa yang lama untuk sembuh dan meneruskan tugasnya sebagai Setiausaha Negara di bawah Presiden Andrew Johnson. | UMUM | |
TENDON | Tendon , yang juga dikenali sebagai sinew, ialah korda yang kuat, berwarna putih yang melekatkan otot pada tulang. Otot menggerakkan tulang dengan menarik tendon. Tendon adalah satu berkas banyak serat yang liat. Sesetengah tendon berbentuk bulat, yang lain berbentuk panjang atau leper. Satu hujung tendon muncul daripada satu hujung otot. Hujung satu lagi terjalin dalam bahan tulang. Tendon ini boleh menggelongsor ke atas dan ke bawah di dalam selaput tisu berserat, sebagaimana tangan bergerak dalam lengan baju. Tendon dan selaput dikekalkan di tempatnya oleh tisu penghubung yang dikenali sebagai ligamen . Tendon yang terpotong boleh dicantumkan semula (dijahit). Penyembuhannya mungkin mengambil masa enam minggu atau lebih. Lihat juga Tangan; Tendon Achilles; Tubuh manusia (gambar: Ligamen dan tendon). | UMUM | |
TASIK TE ANAU | Tasik Te Anau ialah tasik yang terbesar di Pulau Selatan New Zealand. Tasik ini luasnya 344 kilometer persegi dan panjangnya melebihi 64 kilometer. Ia mempunyai tiga buah terusan yang panjang yang menganjur ke luar ke arah pergunungan di bahagian barat. Kebanyakan puncak gunung di sekeliling tasik ini menjulang hingga melebihi 1800 meter di atas aras laut. Te Anau, sebuah bandar kecil di hujung selatan tasik ini, merupakan tempat percutian yang popular. Antara tarikannya ialah perjalanan dengan bot di Tasik Te Anau. Tasik ini juga merupakan tempat permulaan Milford Track, iaitu lorong pejalan kaki yang mengambil masa selama tiga hari untuk sampai ke Milford Sound. Untuk lokasi, lihat New Zealand (peta rupa bumi). | UMUM | |
MURABITUN, KERAJAAN | Murabitun, Kerajaan merupakan satu daripada kerajaan Islam yang muncul dalam lingkungan masa di antara tahun 448 hingga 541 H. bersamaan tahun 1056 hingga 1147 M., di sebelah barat laut benua Afrika. Beberapa kabilah iaitu Sanhajah, Lamtunah, Masufah dan Jadalah al- Barbariyyah telah bersatu pada abad ketiga Hijrah. bersamaan abad kesembilan Masihi. Antara tujuan penyatuan ini adalah untuk berusaha menyusun urusan perdagangan antara kafilah-kafilah yang melalui padang pasir iaitu di antara bahagian utara terletaknya wilayah Walata dengan bahagian selatan terletaknya kerajaan Ghana. Namun, penyatuan ini tidak dapat bertahan lama, malah ia menjadi lemah dan seterusnya runtuh. Ghana telah mengambil peluang di sebalik keruntuhan ini dan menjadi semakin berpengaruh. Seterusnya, Ghana berjaya menguasai beberapa bahagian di padang pasir yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Barbar dan Arab. | UMUM | |
SALOMA | Saloma, (19351983), penyanyi, pelakon dan Biduan Negara Malaysia. Nama sebenarnya ialah Salmah binti Ismail. Minat Saloma dalam bidang seni bermula semenjak zaman persekolahan. Bintangnya menyerlah setelah dia mengambil bahagian dalam drama berjudul Gadis Moden dan beritanya ini telah mendapat tempat di muka depan akhbar Utusan Melayu . Pada masa itu usianya baru 13 tahun. Oleh sebab penglibatannya dalam bidang seni, terutamanya nyanyian sejak di bangku sekolah, kawan-kawannya selalu mengejek, kononnya dia akan menjadi orang wayang. Kesan ejekan itu menyebabkan Saloma tidak meneruskan persekolahannya. | UMUM | |
SEROJA MASIH DI KOLAM | SEROJA MASIH DI KOLAM, novel karya Adibah Amin. Novel ini diterbitkan oleh Pustaka Melayu Baru pada tahun 1966. Seroja Masih di Kolam mengambil latar masa tahun 1966-an, ketika masalah kebudayaan dan bahasa kebangsaan menjadi topik perbincangan hangat. | SASTERA | Karya |
|
Tesaurus |
---|
| masa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,
2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,
| Kata Terbitan : semasa, |
|
|