Teuku Umar (18591899) ialah pahlawan Aceh, Indonesia . Dia pernah berbaik-baik dengan Belanda, namun dia mendapat kepercayaan kembali daripada rakyatnya untuk memimpin perjuangan melawan Belanda. Teuku Umar memegang jawatan Ketua Kampung Darat ketika berusia 17 tahun. Dia bertanggungjawab penuh atas segala urusan pentadbiran kampung. Pada tahun 1878, Teuku Umar berkahwin dengan Cut Nyak Dien, seorang pahlawan Wanita Aceh yang kemudian menjadi Pahlawan Nasional Indonesia. Mereka bersama-sama menjadi panglima perang Aceh yang menentang penjajah Belanda. |